Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan mengenai sokongannya terhadap Israel yang disiarkan akhbar itu bulan lepas.
Anwar berkata laporan yang dikeluarkan WSJ adalah tepat seperti mana yang beliau maksudkan.
Ditanya kenapa beliau bertegas tidak mahu menyaman WSJ, Anwar berkata akhbar itu telah meletakkan semua syarat yang disebutkannya yang perlu diikuti sebelum menyokong segala usaha melindungi keselamatan Israel.
Anwar berkata demikian sebagai mengulas desakan Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu atau menyaman WSJ jika akhbar itu tidak tepat melaporkan kenyataannya.
Beliau ditemui pemberita selepas bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas di sini hari ini.
Mengenai pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz telah mendengar penjelasannya berhubung isu tersebut.
Pertemuan itu turut disertai Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ditanya adakah pendiriannya berhubung Israel berbeza dengan Pas, Anwar berkata terdapat sedikit perbezaan iaitu dari segi penekanan.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan Pas akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu dalam masa terdekat .
Komen GPB
Kalau dah laporan WSJ itu benar dan diakui sendiri Anwar , maka saman Anwar terhadap Utusan sebelum ini adalah sia-sia la ..haha.. memang confirm la Utusan menang !! ..
Jadi apa lagi juak2 pencacai Anwar dok bising pasal kapal syarikat di Israel berlabuh di Port Kelang la . Tak guna la woi dok tutup kesalahan Anwar ini dengan perkara bodoh ini kerana kenyataan terbaru ini sudah cukup membuktikan beliau menyokong kuat negara Israel !













BUAT APE NAK SAMAN...KERANA STATEMENT DIA LAH KANTONG PRU13 Pakatan PENUH..
Lu x paham lagi ke...Hanya Anuar saja yg pakar dengan stretigi MASUK DEPAN BELAKANG ni..
APE JADI dgn Isu APCO..konon nya ???