UIAM kata Aziz Bari sudah tak layak bergelar Profesor !!

on Tuesday, January 31, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps