TERKINI !! Mahasiswa barua PKR mengamuk di depan IPD Tanjung Malim pulak

on Sunday, January 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Sekumpulan 30 aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sedang berdemontrasi di depan Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjong Malim yang terletak di Slim River bermula kira-kira jam 1.45 tengahari tadi. Mereka menuntut supaya pihak polis membebaskan 14 rakan mereka yang ditahan awal pagi tadi dalam satu lagi demontrasi di depan pintu utama UPSI.



Selain itu mereka membawa kain rentang mendakwa seorang mahasiswa, Safwan Anang dipukul oleh pihak polis dalam demontrasi di UPSI itu sehingga kononnya beliau cedera parah.

Beberapa penyokong PKR kelihatan berada dalam kumpulan demontrasi mahasiswa di IPD Tanjong Malim itu, ada antaranya membawa bendera parti itu di kenderaan hilux yang dipandu. Lagi bukti gerakan segelintir mahasiswa ini didalangi oleh parti pakatan haram pembangkang.

Sumber dalam kumpulan itu berkata, mereka mendesak pihak polis segera membebaskan 14 rakan yang ditahan. Sebaliknya, sekiranya 14 mahasiswa itu dibebaskan, kumpulan SMM ini akan membuat satu lagi demontrasi mewar-warkan bahawa pihak polis tunduk atas desakan mereka kerana tindakan penahanan itu kononnya tidak mengikut undang-undang.

Kepada pihak polis, fikirkanlah apa yang terbaik buat mententeramkan keadaan. Tindakan tegas awal pagi tadi adalah wajar bagi membendung sikap mahasiswa pro-SMM itu yang semakin mengganas.

sumber : Wangsa Setia 


Ikuti video SMM yang kononnya pejuangkan kebebasan akademik tetapi sebenarnya menyelit juga memaki hamun parti UMNO dan polis .



5 Responses

  1. Anonymous says:

    Aku cadangkan kita bawa lastik dan lastik je mereka ni dari jauh terutama kereta HILUX yang menjadi dalang di belakang lembu2 ni.

  2. Anonymous says:

    maka ketawalah kafir harbi dan sekutunya melihat pelajar melayu hancur dalam pelajaran...dan akan menjadi kuli-kuli batak mereka pada satu hari nanti...pelajar banggang otak udang...makan pon ditanggung tak sedar diri...kufur nikmat..

  3. Anonymous says:

    bodoh punye melayu..bersungguh berdemo..kene gertak ngan polis..takot plak..siap melawan plak tu..hihi...siap rempuh pintu..memg dasar anak melayu xberadap..magkok punye mahasiswa/siswi..siap yang berpurdah pon join..patot polis kaut je..biar telondeh sgala jubah yg dipakai..memalukan melayu!!

  4. Anonymous says:

    RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN MENGUTUK KERAS TINDAKAN MAHASEWEL BIADAP

  5. Anonymous says:

    1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174

    BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

    a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia

    b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa
    Semalam pada pukul 8.02 pagi · Suka

    2) Bebaskan ilmuan berakademik

    BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :

    a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

    b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

    c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.