..

..

Sam Ketot perangkap PERKASA agar mengaku terlibat insiden letupan 901

on Wednesday, January 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Macam sial AMK ini ..sudah start dah fitnah sana sini .....terbaru mereka cuba perangkap PERKASA dengan cabaran bahawa tidak terlibat insiden letupan bom luar mahkamah tinggi Kuala Lumpur.




Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menafikan penglibatan mereka dalam insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin, lalu.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas laporan utama akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Peserta Bawa Bom’ yang mendakwa tiga butir bom buatan sendiri itu adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.






Menurut Shamsul, laporan berita yang kononnya memetik sumber polis itu jelas bersifat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan imej penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku.


“Sebelum daripada itu, Presiden Perkasa Dato’ Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901. Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,” soal beliau.


AMK juga katanya, mendesak akhbar Utusan Malaysia mendedahkan identiti ‘sumber polis’ yang dikatakan mendakwa tiga butir bom berkenaan milik peserta perhimpunan tersebut.


Katanya lagi, adalah pelik apabila polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan, tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan ‘hasil siasatan’ mereka sendiri yang kemudian diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat.


“Berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkanmasuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.


“Pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai,” kata beliau.
Justeru, katanya, AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur supaya mengumumkan hasil siasatan polis dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden yang menyebabkan beberapa peserta perhimpunan mengalami kecederaan.


One Response

  1. Anonymous says:

    Machamana kalau pihak lain yang bukan Umno, bukan PKR, Bukan PAS, Bukan MCA, bukan MIC, bukan GERAKAN, bukan NGO Melayu yang buat ?

    Mungkin KOMUNIS atau DALANG2NYA !

    Pikir diluar kotak BEB !

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.