Rafizi main perkauman pertahankan pemberi maklumat a.k.a petualang NFC ??

on Tuesday, January 24, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pemimpin PKR menyelar kenyataan Datuk Ibrahim Ali yang mendesak Ketua Audit Negara membuat kenyataan rasmi bahawa tidak berlakunya kecelaruan dalam Fidlot Nasional Corporation (NFCorp), dan mereka melihatnya sebagai satu intimidasi terhadap Ketua Audit berkenaan.

"Kenyataan itu dilihat sebagai cubaan meletakkan tekanan politik ke atas Ketua Audit Negara," jelas pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider terhadap perkara tersebut yang merupakan isu utama dalam kempen bagi pilihan raya akan datang.

"Ibrahim Ali tidak mempunyai kaitan dengan pengurusan akaun, jadi dia tidak layak untuk mempersoalkan laporan audit."

Ibrahim yang merupakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa semalam mendesak Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan isu kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) tidak berada dalam keadaan bercelaru.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata demikian selepas perjumpaan dengan Pengerusi NFCorp, Datuk Mohamad Salleh Ismail yang menjelaskan pejabat ketua audit telah mengesahkan tidak berlaku sebarang kecelaruan dalam syarikat tersebut.

Tambah Ibrahim, pejabat ketua audit mungkin telah melakukan sedikit kesilapan kerana tidak kesemua kakitangan pejabat terbabit mendapat latihan secukupnya.

Rafizi turut mengkritik Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman apabila menyatakan pemberi maklumat tersebut sebagai "bukan Melayu", dan menurut Rafizi, tindakan tersebut sebagai cubaan yang "rendah dan berbahaya" bagi memuaskan masyarakat Melayu.

"Ini adalah kes penyalahgunaan wang. Ia dilakukan oleh bukan sahaja bukan Melayu, malah Melayu sendiri, serupa sahaja, contohnya seperti kes Perwaja Eric Chia dan PKFZ (Port Klang Free Zone), yang mana PKR turut mengambil tindakan, tambahnya.


Komen GPB

Perghhhh !! .... SPIN tahap GABAN !!   dasyat giler  pakar lembu PKR  ini berbelit .



Tok Him desak NFC membuat laporan polis terhadap petulang yang songlap duit syarikat & mendedahkan kepada umum . Tetapi apa yang Rafizi lakukan ialah  spin dengan  menuduh Perkasa cuba  main sentimen   perkauman dan seolah-olah   pertahankan petualang itu  yang menyeleweng wang syarikat jutaan ringgit !!

Rafizi sudah kelupoq kepanasan bila pemberi maklumatnya dituduh songlap duit ... hahaha

Sekanrang padan la ...  PENIPU  PKR  PENCAYA KEPADA PENYANGAK  ....


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps