PAS cuci tangan, Anwar sokong Israel adalah pandangan peribadi !

on Tuesday, January 31, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Pas Selangor menganggap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti mana dilaporkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) sebagai satu kenyataan yang tidak mewakili pakatan pembangkang.

Sebaliknya, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan Anwar itu adalah kemungkinan mewakili pendirian peribadi Anwar atau pun parti yang diwakilinya atas kapasiti sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pada dasarnya Pas tidak mengiktiraf negara Israel yang ditubuhkan secara haram melalui keganasan, merampas tanah dan hak asasi penduduk Palestin.

''Dalam pakatan, PKR, Pas dan DAP masing-masing mempunyai pendirian berbeza dalam isu-isu tertentu termasuklah dasar luar.



''Kita mempunyai pendirian yang sama dalam soal untuk memerintah negara namun berpendapat bahawa apa yang dinyatakan oleh beliau (Anwar) menerusi laporan WSJ itu adalah petikan terpilih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan menerusi WSJ bertarikh 26 Januari lalu yang memetik Ketua Pembangkang itu sebagai berkata; ''saya menyokong semua usaha untuk melindungi negara Israel''.

Kenyataan tersebut dikecam oleh orang ramai termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menganggap ia satu kenyataan yang memperlihatkan seola-olah Anwar memberikan sokongan terhadap Israel yang selama menindas rakyat Palestin.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menafikan kedudukan Pas akan terjejas berikutan kenyataan Anwar itu yang telah menimbulkan kemarahan rakyat di negara ini khususnya masyarakat Islam.

"Saya yakin Pas tidak terjejas. Kita (Pas, PKR dan DAP) mempunyai pendirian yang sama dalam soal bagaimana untuk memerintah negara.

''Mengenai kenyataan (Anwar) itu, kita akan teliti dan kaji apa maksud sebenarnya. Setakat ini kita tidak terima penjelasan lagi (daripada Anwar) mengenai kenyataan itu.

''Namun, kita percaya Anwar tidak sokong Israel," kata beliau.


Komen GPB 

Hairan betul GPB  kenyataan terbaru Khalid Samad tentang kenyataan Anwar menyokong keselamatan negara Israel  di WSJ ini .  Seorang pemimpin mereka yang bakal dinobatkan PM  , beliau  boleh katakan itu pandangan peribadi & tidak wakili pakatan .

Lebih memeranjatkan lagi , dasar luar parti-parti dalam Pakatan Haram ini semuanya berbeza !!   Macam ini kah parti yang hendak kita pilih untuk memimpin negara ?  Kalau semua berbeza  pandangan  tentang dasar luar negara, lingkup negara kita !!

Yang seorang sokong Israel dan yang lain tidak sokong ... mana satu yang nak ikut ??

Persoalannya seperti kata Zul Nordin ,yang rakyat Malaysia dan umat Islam nak tahu ialah, adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengiktiraf rejim zionis Israel?

Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel?

Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

Kalau Khalid Samad bercakap PAS tak iktiraf Israel dan pandangan  Anwar pulak adalah  peribadi terhadap negara Yahudi itu .. cukup merbahaya sekali !




"UNDI DAP UNDI ISRAEL,

UNDI PKR UNDI ISRAEL,

  UNDI PAS UNDI ISRAEL"!


One Response

  1. nonbal says:

    baik analisis ni GPB, syabas,,,

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps