PANAS !! Orang Cina sendiri dedahkan DAP nak jadi taiko besar sekiranya memerintah Perak !!

on Monday, January 30, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 DAP baru sahaja  mengepak dada mereka melaungkan parti mereka berbilang kaum hanya kerana 2 orang Melayu berfikiran  liberal masuk partinya . Tetapi tidak lama kerana seorang pemimpin kaum Cina sendiri membongkarkan bahawa DAP nak tubuhkan kerajaan Cina di Perak !!

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini  mendedah DAP ingin  menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Harus diingatkan perkara ini bukan baru kerana  semasa 11 bulan kerajaaan  DAP memerintah dengan meletakkan seorang boneka sebagai MB , siapa sebenarnya taiko besar ??

DAP memang inginkan menjadi taiko besar di Perak tetapi hanya mampu bertahan 11 bulan sahaja .Jadi kini mereka menghasut pengundi Cina dengan pelbagai dakyah semata-mata ingin berkuasa semula .


Adakah Nizar diperlukan lagi oleh DAP ??

MCA mendedahkan  Pakatan Rakyat bercita-cita untuk menubuhkan sebuah 'Kerajaan Cina' di Perak jika menang dalam pilihan raya umum akan datang.


"Saya mendapat maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, kononnya parti pembangkang berkempen kepada masyarakat Cina di peringkat akar umbi bahawa orang Cina akan dijadikan 'taiko' sekiranya mereka memerintah Perak," kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dipetik Utusan Malaysia hari ini.


Menurut Chua, janji-janji itu hanya helah terbaru Pakatan Rakyat yang merupakan satu pembohongan yang amat besar untuk memenangi sokongan dan menggesa masyarakat Cina tidak terpedaya.


"Ini merupakan satu pembohongan besar kerana selepas pilihan raya yang lalu, walaupun pembangkang menang, tetapi menteri besar yang dilantik bukan daripada kaum Tionghua, tetapi seseorang daripada PAS," kata Chua dipetik akhbar milik Umno itu.


Chua yang juga pengerusi MCA Perak berkata, kebanyakan masyarakat Cina tidak sedar bahawa sekiranya mengundi DAP, mereka sebenarnya hanya memberi lebih kekuatan kepada PAS dan PKR untuk mendominasi pakatan pembangkang.


"Jika dilihat pada pilihan raya umum 2008, DAP mempunyai 18 wakil rakyat sementara PAS dan PKR hanya 11 orang, tetapi yang menjadi 'taiko' di negeri ini ialah PAS, bukannya DAP,” kata Chua.


One Response

  1. Oleh kerana mereka dapat 18 kerusi dan PKR/PAS 11 kerusi lah NIZAR jadi BONEKA.... Melayu Masih tak sedar ker?????? Bangun lah wahai Melayu ku, ugama ku ...... Jangan mudah di perolok kan ......

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps