Nik Aziz tak setuju berundur , Hadi Awang boleh berkuasa sampai mati !

on Sunday, January 29, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Abdul Hadi, menurut beliau, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.Abdul Hadi mengetuai Pas sejak 2002 dan beliau mempertahankan jawatan presiden tanpa cabaran pada pemilihan Jun lalu.SH


Komen GPB

Sudah dijangka Nik Aziz akan mengeluarkan fatwanya bahawa  Hadi Awang tak perlu  berundur dan boleh berkuasa sampai mati !

Kata-kata Pok Nik juga mengambarkan diri beliau yang  tidak akan berundur dari jawatan MB Kelantan selagi masih hidup .  Itu lah stail politik dalam PAS yang bukan sahaja ketandusan pemimpin tetapi juga gilakan KUASA !

Tun Mahathir & Pak Lah pun berundur dari jawatan tertinggi parti bila sudah sampai masanya ,tetapi nampaknya dalam PAS lain sikit . Selagi tak mati  , ia  dibolehkan  berkuasa !!


4 Responses

  1. glassman says:

    bukan kerr dia orang jugak nak hadkan tempoh perdana menteri? sekarang dah lain plak,.,. kalau dia jadi PM sampai mati?

  2. Anonymous says:

    Nik Aziz nak tunjukkan kepada puak puak PAS yg dia lebih "berkuasa" dari Hj.Hadi.Kalau org lain jadi Presiden,dia tak boleh nak tunjuk semua tu.

  3. Anonymous says:

    Dulu masa Dato Seri Dr Mahathir jadi PM, dia yg sibuk suruh undur, tang dia... nak memerintah sampai mati, dah mcm diktator lah pulakkk ...kah kah kah

  4. Anonymous says:

    jgn sempitkan minda. tengok apa yang tersirat. bukan yang tersurat. fikir dalam2...

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps