Mungkin sebab ini Anwar mahu pinda Seksyen 377 (B) ?

on Sunday, January 22, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

"Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh.

Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit.

-- BERNAMA


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps