Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba untuk melaga-lagakan Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor apabila didapati beberapa kain rentang telah dipasang di Selangor yang menunjukkan sikap tidak puas hati Pemuda PAS Selangor.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan menegaskan pihaknya menafikan segala kenyataan yang tertera di kain rentang tersebut dan menganggap tindakan itu hanyalah tindakan pihak yang nakal yang cuba untuk mengeruhkan hubungan baik Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan pemuda-pemuda di setiap kawasan untuk menurunkan kain-kain rentang ini dan membuat laporan polis di tempat masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan.HAPRAK DAILY
Komen GPB
Nampaknya sudah ada pergolakan dan rasa tidak puas hati dalam Pemuda PAS Selangor terhadap keputusan kerajaan Khalid Gagap yang tidak mengekalkan portfolio agama kepada parti mereka . Pemuda PAS Selangor menafikan kain rentang tu dibuat mereka , tapi mungkin kah ada ahli mereka sendiri yang tak puas hati .
Ini tak mustahil kerana selepas pemecatan Dr Hassan Ali serta peralihan portfolio agama ini , ramai ahli PAS di akar umbi tidak setuju dengan kepimpinan parti mereka serta Pakatan Rakyat sendiri .













lagi 1,2 ari lg... diorang kata umno yang pasang.... x caya kita tunggu la...