Isytihar harta : Guan Eng cuba lagi perbodohkan rakyat ??

on Saturday, January 14, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Langkah kerajaan DAP diketuai Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan Exco kerajaannya melakukan perisytiharan harta untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dipersoalkan ketelusannya oleh Pemuda UMNO P.Pinang .

Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Shaik Hussein Mydin berkata perisytiharan harta dilakukan mereka sebagai satu langkah bijak untuk mengelirukan rakyat sekali lagi .

" Guan Eng dan barisan Exconya hanya mengistiharkan harta di atas nama mereka dan tidak mengistiharkan harta syarikat yang mana mereka menjadi Pengarah, Pengerusi atau pemilik saham termasuklah harta dan saham atas nama keluarga. katanya menerusi sms kepada pihak Utara News.

Menurutnya lagi , masa yang begitu lama diambil untuk mereka mengisytiharkan harta juga jelas menunjukkan tidak ketidaktelusan kerajaan DAP dalan menunaikan janji mereka sebelum ini .

" Lim Guan Eng diminta berhentilah daripada bersandiwara dengan rakyat P.Pinang dan jangan ingat rakyat mudah diperbodohkan " katanya .


Kelmarin Kerajaan DAP P.Pinang telah Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh adalah Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri .  UTARA NEWS


NAK BUKTI KERAJAAN DAP TAK TELUS ..KLIK DI SINI



Komen GPB 

Lagi satu  putar belit Guan Eng memperbodohkan rakyat  dan menariknya itu Malik Itik adalah Exco paling miskin... itu aset belum kira duit cash lagi ..hahaha


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.