Ini cerita pembinaan rumah murah di Pulau Pinang, negeri dibawah regim DAP tak pernah lupa kepada orang orang kaya dan rakyat asing dengan membina rumah mewah dengan harga tak patut untuk penduduk Penang.
Dalam sidang dewan hinggalah kepada ceramah di seluruh negara.Bermula dengan Lim Guan Eng hinggalah kepada Lee Man Chor(Dr Mansor TKM1) .Kata kepala regim dan gembalanya mereka berjaya membina rumah murah sebaik saja memerintah di Pulau Pinang.
Selepas berkoyan koyan pembohongan,putar belit,cetak risalah tipu dan edar ke seluruh negeri.Kesemuanya mendapat sambutan hangat dengan sorakan dan sokongan padu daripada yang berotak kacang.
Jom kita flashback artikel Pisau pada 2011:
Buletin lidah bercabang yang memperbodohkan rakyat Pulau Pinang ternyata terlalu banyak berbohong. Inilah yang dikatakan Cekap putar belit,Auta Sana Sini dan Terus Berbohong .
Pisau percaya dengan buletin ini seluruh rakyat Pulau Pinang tertanya tanya dimanakah lokasi 11 ribu rumah murah yang dikatakan dibina oleh regim DAP.
Taman Sungai Duri Permai dan Taman Sungai Duri Indah dirancang dan diluluskan oleh kerajaan BN. Jadi dimanakah yang dikatakan rumah murah yang dibina oleh regim DAP?
Guan Eng kata telah bina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah sahaja yang telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta. Tapi pembaca nampak dan tau tak kat mana lokasi? Guan Eng tak pernah bagi tau di manakah perumahan terbabit dibina.
Satu lagi persoalan rumah murah di Daerah Timur Laut,berapa peratuskah rumah murah yang diperuntukkan kepada bumiputra?
GuanEng lu punya taichi sudah basi,lu punya tipu semua orang sudah tau.Sekadar memaklumkan rumah murah yang diLULUSKAN tetapi tidak pula menyatakan berapa banyak yang SIAP DIBINA ternyata fakta retorik Guan Eng menjadi bahawa ketawa rakyat Pulau Pinang.
BN Pulau Pinang harus berterima kasih kepada regim DAP yang bersusah payah menghantar Buletin Mutiara ke setiap rumah di seluruh negeri Pulau Pinang,sekurang kurangnya dapat menyedarkan rakyat bahawa regim DAP sebenarnya lebih banyak berbohong daripada membuat kerja.
Tiada rumah murah:klik sini
Tapi bak kata orang tua tua,pembohong selalunya pelupa,hari tu dia cakap lain,hari ni dia cakap lain.Dr Mansor memang ada niat nak jatuhkan Guan Eng kah?
GEORGETOWN: Pulau Pinang muncul negeri pertama memperuntukkan jumlah terbesar bagi pembinaan rumah mampu milik untuk tahun 2012.
Peruntukan sebanyak RM500 juta khusus bagi Dana Perumahan Mampu Milik itu adalah membabitkan semua kaum di negeri berkenaan.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata peruntukan itu membabitkan 15,000 unit rumah mampu milik yang akan dilaksanakan di Bandar Batu Kawan.
"Ia berharga antara RM72,000 hingga RM220,000 seunit di lokasi terbabit yang berkeluasan 200 ekar. Projek ini membuktikan lagi kerajaan negeri prihatin mewujudkan institusi keluarga yang sempurna.
"Sejak mengambil-alih pentadbiran Pulau Pinang pada 2008, kerajaan negeri sudah mewujudkan lebih 1,500 unit rumah mampu milik di seluruh Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)," katanya.-blog Mansor Othman
GuanEng kata 3,421 rumah murah dibina oleh pihak swasta dan selebihnya dibina oleh regim DAP daripada jumlah 11,596.
Dr Mansor kata hanya bina 1,500, jauh beza tu,mana pi rumah murah yang lain?
Guan Eng umum banyak rumah murah ,Man chot umum rumah murah murah,tapi orang penang sendiri pun tak tau lokasi kat mana,depa buat atas bumbung Komtar kot?!
Lepas 4 tahun baru umum ?Itu pun lepas puas bohong sana sini habis busuk satu negeri dengan kencing pakatan.Janji pakatan serupa bohjan tabur janji ngorat awek jer..bila dah dapat dia bikin serupa touch n go !
sumber - Pisau






