Hot !! Video " PAS bukan Agama " yang wajib ditonton umat Islam

on Wednesday, January 25, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

PAS bukan agama, sebaliknya PAS merupakan satu parti politik, tegas YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, di Dewan Orang Ramai Meru Klang, dalam Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah, 20 Jan.

“PAS bukan agama. PAS adalah mekanisme untuk membawa agama dalam hidup. PAS adalah sebuah parti, macam parti-parti lain untuk berjuang menegakkan sesuatu idealisme”, katanya.

Dr Hassan berkata PAS sekarang tidak lagi boleh diharap untuk menjaga agama dan kini menjadi parti yang berbeza daripada parti yang dimasuki 15 tahun dulu.

“Dulu saya masuk PAS, 15 tahun yang lalu, saya yakin pertama sekali PAS nak menegakkan negara Islam, bersendikan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..sebab itu saya masuk PAS.

“Saya masuk PAS kerana kepimpinan ulamak. Atasnya ulamak, presidennya ulamak, timbalan presidennya ulamak, naib presidennya ulama, sebab saya perlu dipimpin ke jalan yang benar oleh ulama.

“Sekarang ini..dalam pimpinan PAS, ulama yang tinggal lebih kurang 23% sahaja, 72.28% adalah orang yang bukan ulama, pada masa yang sama ada orang mengatakan mereka itulah parasit-parasit dalam PAS”, katanya.AIDC






** Ada seorang Ostat terkenal PAS datang ceramah disebuah masjid di Permatang Pauh baru-, baru ini . Dia cakap orang Melayu mengapa masa nak makan ,pandai pulak   cari kedai makanan Islam tetapi bila nak sokongan kepimpinan ,  parti tidak pilihan ikut cara Islam .


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps