Himpunan Sejuta Umat P.Pinang , Kerajaan regim DAP buat laporan polis !

on Thursday, January 26, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tak habis-habis Malik Itik dan Khalifah DAP cuba ganggu segala macam program keagamaan anjuran NGO   di negeri P.Pinang . Sebelum ini program anjuran Persatuan  Qaryah Masjid P.Pinang   yang dirasmikan Tun Mahathir telah  disabotaj oleh  JAIPP  dengan   menghalang hebahan majlis Multaqa Wahdatul Ummah. KLIK DI SINI


Hari ini kerajaan regim DAP menerusi Exconya bikin drama bahawa terdapat   surat jemputan palsu untuk hadir Himpunan Sejuta Umat  telah diedarkan oleh pihak tertentu yang  menggunakan nama pejabat agama  & logo kerajaan negeri .

Agak pelik juga sudah beberapa tempat telah diadakan program himpunan ini  , ini  merupakan kes yang pertama seumpamanya dilaporkan dan berlaku pulak di negeri regim DAP.   Kemungkinan selepas ini pihak Sekretariat Himpunan  akan dipanggil  polis bagi membantu siasatan ekoran laporan dibuat   mengenai surat berkenaan .

Ini lah dugaan yang diterima oleh pihak yang pertahankan akidah umat Islam . Blogger pencacai DAP  seronok  menuduh pihak sekretariat  himpunan  terdesak menarik kehadiran orang ramai    manakala Exco Agama pulak cakap dengan nada  kesal dan  mendakwa kerajaan negeri tidak terlibat penganjuran majlis berkenaan .

Sebenarnya Malik tak payah bercakap pun orang sudah tahu bahawa ia  bukan dianjurkan  kerajaan regim DAP. Di tambah lagi yang nak hadir pulak pemimpin yang tengah popular di kaca television ketika ini   , YB  Datuk Dr Hassan Ali , bekas Exco Kerajaan Negeri  & Pesuruhjaya PAS Selangor .

Walau bagaimanapun , GPB berpendapat tindakan Malik Itik bikin isu ini sebenarnya telah mempopularkan lagi himpunan ini .

Rakyat negeri ini akan lebih ingat program ini & terima kasih kerana beri publisiti free...hahaha




KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012


JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG


3 Responses

  1. Blog tuan yang hebat ini telah saya pautkan di blog saya.
    Mohon tuan pautkan blog saya juga. TQ
    www.melayukulai.info

  2. Wake UP! says:

    Biasalah komunis DAPig tu sengaja je nak cari publisiti murahan. Sendiri buat, sendiri pulak kata orang lain yang buat.

  3. Anonymous says:

    takper.....

    di akhirat nanti ko jawab yer Malik Kasim.... bab agama ko ngelat, bab duit jer ko nak? jangan lupa, Allah SWT maha Berkuasa!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps