Guan Eng patut malu , pembohongannya menipu rakyat sudah kantoi !

on Thursday, January 26, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disarankan agar tidak memalukan dirinya sendiri lantara menyebarkan dakwaan menyatakan kononnya beliau telah berjaya melangsaikan hutang Kerajaan Negeri itu sebanyak RM630 juta kepada Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, Guan Eng sebenarnya tidak pun membayar hutang tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan sebelum ini dan menjelaskan bahawa hutang tersebut hanya dialihkan kembali kepada Kerajaan Pusat.

Menurutnya lagi, hutang sebanyak RM630 juta itu telah diambil alih Kerajaan Pusat ekoran satu perjanjian berhubung penyusunan semula sistem bekalan air di negeri itu yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.

Penyusunan semula itu menetapkan kerajaan negeri perlu membayar faedah sewaan bekalan air sebanyak RM14.6 juta setahun bagi tempoh 45 tahun.

Donald berkata, kenyataan Guan Eng tersebut jelas mengelirukan dengan mendabik dada kepada rakyat kononnya pentadbirannya yang cekap telah melangsaikan sebanyak 95 peratus hutang kerajaan negeri itu.
“Guan Eng sebenarnya tidak mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi untuk membayar hutang yang besar dalam tempoh yang singkat,” kata Donald yang dipetik dari akhbar online TheStar hari ini.

Selain itu, Donald menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai taktik politik murahan untuk memancing undi rakyat.

Blogger  Outsyed the box, turut membidas kekeliruan yang sengaja ditimbulkan Guan Eng itu di blog miliknya dengan menyifatkan sebagai ‘helah murahan’.

“Sudahlah Guan Eng. Sangat memalukan untuk mengelirukan orang ramai macam ini. Ini adalah satu helah murahan,” katanya yang petik dari blog miliknya di sini hari ini.


Komen GPB

Tak habis-habis menipu je kerja Ketua Menteri DAP ini kepada rakyatnya ... bila tipu kantoi pulak !!

Dia ini GPB rasa  la seperti anggap  rakyatnya bodoh dan tak tahu apa-apa .  Sampaikan bukan hasil usahanya pun didakwa dibikin oleh dirinya . Memang populis tahap menggila punya pemimpin !


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps