Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan cadangan untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, kerana ia tidak memberi kesan untuk merubah pendirian pembangkang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak ada keperluan Perdana Menteri berdebat dengan individu seperti Anwar kerana semua menyedari sikap Ketua Pembangkang itu yang suka memburuk-burukkan nama negara kepada dunia luar.
Beliau berkata, Anwar akan menjadikan pentas perdebatan berkenaan sebagai platform untuknya meraih populariti politik dengan mempamerkan sikap ‘bengisnya’.
“Buat apa (debat) semua orang sudah tahu dan jika debat itu dibuat ia tak akan merubah pendirian mereka (pembangkang). Lainlah kalau dia (Anwar) sependapat dengan kerajaan berhubung isu dibangkitkan.
“Tak perlu layan orang seperti Anwar dan kalau buat pun semata-mata dia nak tunjuk bengis,” katanya pada sidang media selepas Program Bicara Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian untuk menganjurkan perdebatan antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang berhubung dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.
Ditanya sama ada cadangan debat berkenaan mampu menjadi transformasi politik baru dalam negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah selesa dengan model politik sedia ada.













Setuju sangat dengan Tun M.
'POLITICAL MILEAGE' DAN 'POLITICAL MOMENTUM' .... saja jer anwar nak tumpang populariti DS Najib nak 'femeskan' nama dia balik..... buang masa jer debat dengan orang 'kureng-kureng' macam anwar ni...