Apa maksud Tuan Ibrahim yang menyarankan pemimpin Pakatan lupakan Dr Hassan Ali ? Adakah PAS sudah kecut untuk jawab tentang pemecatan Hassan Ali ini ?
Kalau bab fitnah Najib dan Rosmah , mereka boleh jaja seluruh pelusuk negara melalui ceramah2 , tapi nampaknya dalam bab pemecatan Dr Hassan Ali ini nampak lain macam sikit . PAS seolah-olah cuba matikan isu ini dari terus popular dan kalau boleh semua pemimpin Pakatan jangan bercakap lagi di media tentang Dr Hassan Ali .
Dalam fikiran GPB ...boleh ke mereka tutup isu Hassan Ali ini ? hahaha....
PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.
"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.
"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.













itulah nampak gayanya?
Bila dah terlajak kata tak boleh ditarik balik...terima jelah kesudahanya pas akan hancur.
Pas akan dihancorkan oleh ahli2 mereka sendiri...perasit sudah bertapak kuat dalam Pas
Pas menunggu masa tersungkur dan dimalukan