Bob oh Bob , cepat betul hang lupa ...hang masuk parti PAS , ada ke artis lain pernah pertikaikan . Yang Afdlin Shauki serta UMNO kerana menyokong transformasi Najib mengapa pulak dipersoal ?
Adakah Bob Lokman mahu Afdlin Shauki sertai PAS dan seterusnya mendapat title free sebagai Ostat dari pengikut-pengikut totok parti ini ?
Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman mempersoalkan kewajaran rakan seni sealirannya, Afdlin Shauki Aksan menyertai Umno secara rasmi semalam.
Persoalan tersebut muncul ekoran sepanjang perkenalannya dengan pelawak terkenal itu, beliau tidak penah melihat kencenderungan Afdlin untuk berpolitik.
Namun, Bob Lokman tidak menafikan hak Afdlin untuk berbuat demikian kerana ia adalah hak mana-mana individu di dalam negara demokrasi.
"Persoalannya, jika Afdlin menyertai Umno kerana perjuangan, ia menghairankan saya.
"Kerana sepanjang perkenalan saya dengan beliau, bagi saya Afdlin tidak pernah memandang serius perbezaan politik mana-mana parti di negara ini.
"Mungkin ada sesuatu sebab mengapa Afdlin berbuat demikian, Afdlin ada jawapannya saya tidak boleh membuat telahan sebarangan kerana saya belum berkesempatan bersemuka dengannya,"jelas Bob lokman.
Tindakannya Afdlin bersama rakan kumpulan Boboinya, Harun Salim Bachik membuat pengumuman menyertai Umno secara rasmi selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM) melabuhkan tirainya.












apahal nak kecoh2 plak ostat bob ni??? suka ati afdlin la dia nak masuk parti apa pon..kepala otak ostat bob ni sbenarnya mewakili sebahagian besar sikap sebenar penganut2 pas orthodoks nie..dorang pikir asal nak bertobat je mesti kena masuk parti pas sebab pas shaja la yg kununnya berada dilandasan yang sebenar untuk menuju ke sorga..aku rasa pasni mesti menggelupur giler penganut2 pas orthodoks ni kalaulah tiba2 amy search plak declared masuk UMNO..
salah ker afdlin masuk UMNO bob?? ker hang takut makin ramai lg artis yg akn istihar masuk UMNO bob?? rilex la. ni negara demokrasila bob..
rilek la bro..kalo bro nak u-turn pun, no hal!!