Anwar bingung ! Apa lagi strategi Najib selepas pelbagai bantuan untuk rakyat ?

on Sunday, January 22, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada umum untuk menafsirkan sama ada pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menandakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir.

"Itu bacaan masing-masing. Terserah kepada bapak (anda) semua, bacaan masing-masing," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar berkenaan, Najib ditanya sama ada pemberian pelbagai bentuk bantuan sejak kebelakangan ini khususnya BR1M menandakan PRU-13 semakin hampir.

Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan agenda transformasi untuk membawa negara menuju kepada sebuah negara maju diakui ramai.

''Kita telah buktikan dalam masa tiga tahun ini, begitu banyak pembaharuan yang telah kita lakukan, begitu banyak idea baru yang telah dapat kita cetuskan.

''Saya percaya ini akan banyak membantu ke arah memantapkan lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan," jelasnya.

Menurut kaji selidik Umcedel, 43 peratus daripada 2,559 responden dari seluruh negara percaya BN akan terus berkuasa dan hanya 18 peratus berpendapat pembangkang akan mengambil alih kerajaan, manakala 39 peratus tidak pasti.


KOMEN GPB


-  NAJIB SERAHKAN  KEPADA  RAKYAT MENAFSIR SENDIRI SEGALA MACAM BENTUK BANTUAN DARIPADA KERAJAAN SEPERTI BR1M , SARA , IHSAN SAMUDERA  DI KETIKA RAMAI MENYATAKAN PRU 13  SEMAKIN HAMPIR ...


 - SEMAKIN BINGUNG PUAK-PUAK PEMBANGKANG PERAH OTAK PIKIAQ  UNTUK NAK FITNAH APA LAGI  ...  


-RAKYAT PULAK SEMAKIN SUKA APA YANG KERAJAAN BN BUAT  SEKARANG INI . ITU YANG DITAKUTI ANWAR DAN DAP .... SILAP-SILAP UNDI KAUM CINA PUN BOLEH SWING ..


- CUMA ISU SPBA SAHAJA YANG  BELUM SETTLE  LAGI ......YANG LAIN-LAIN ISU  NAMPAK DAH COOL DOWN SIKIT   ... ...


-  NAK TAHU BILA PRU 13, KENA RAJIN LA TENGOK   ISU-ISU SEMASA  & MOOD RAKYAT TAPI SEBENARNYA NAJIB DAH BERI HINT NYA  PUN HARI INI !!






Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps