AMK bodek Faekah & Khalid Gagap sekat Ibrahim Ali masuk Selangor

on Wednesday, January 25, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Kerajaan Negeri mempercepatkan tindakan menyekat kemasukan Presiden Perstuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ke Negeri Selangor.

Ketuanya, Irwan Ismail berkata, tindakan itu perlu disegerakan agar beliau tidak berterusan mencampuri isu pengambilalihan portfolio Hal Ehwal Islam oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pelantikan Exco Kerajaan Negeri baru iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Siapa beliau untuk mempersoalkan pelantikan dan isu rombakan portfolio berkenaan, sedangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin sudah memberikan perkenan dan lampu hijau. Mengapa beliau yang merupakan orang luar cuba mencampuri urusan Kerajaan Negeri Selangor?

“Perlu diingat bahawa Kerajaan Negeri Selangor diterajui Pakatan Rakyat (PR), jadi perubahan portfolio dan pelantikan ini dipersetujui semua pimpinan PR Negeri Selangor malah tiada wakil Pas Selangor yang mempertikaikannya,” katanya.

Irwan berkata, AMK meminta agar disegerakan larangan kemasukan Ibrahim ke Selangor kerana bimbang percubaan ‘menangguk di air keruh’ itu akan mewujudkan ketidakharmonian agama, sosial dan politik di negeri ini.

“Beliau orang luar, seharusnya tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan ekstrimis seperti beliau harus sedar bahawa zaman beliau sudah berakhir. Beliau perlu bersikap matang dalam isu ini.

“Beliau tidak perlu masuk ke negeri ini, jika sekadar untuk memporak-perandakan keamanan dan keharmonian rakyat Selangor,” katanya.

Bagaimanapun semalam, Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak kisah jika Kerajaan Negeri Selangor mahu menyamannya berhubung kenyataan mengecam Abdul Khalid yang kini memegang portfolio Hal Ehwal Islam minggu lalu.


Komen GPB

Kena kritik sikit , terus nak sekat masuk negerinya ...hahaha ..

Najib dan Rosmah kena fitnah , ada ke yang kena sekat tak boleh masuk Malaysia ?? haha.. Tindakan BODOH !!


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps