..

..

Adakah Shahrizat diarahkan bercuti 3 minggu dari jawatan Menteri ?

on Thursday, January 12, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil membuat keputusan mengejut untuk bercuti selama 3 minggu bermula esok sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat .

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BERNAMA , beliau telah pun menghantar pemohonan cuti ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak .

Beliau juga berharap pihak SPRM dapat menyiasat dan menentukan samada dirinya terlibat dalam keputusan dibuat kerajaan dalam isu NFC di mana suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif .

Tindakan Shahrizat ini boleh dianggap sebagai baik dan bertanggungjawab bagi memudahkan SPRM menjalankan siasatan untuk menyiasat kes NFC ini .

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu merumuskan projek itu berdada dalam keadaan kucar kacir.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. UTARA NEWS

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan Rafizi Ramli dan PKR bahawa wujudnya penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Komen GPB 

Satu keputusan yang tepat di buat oleh Kak Ijat untuk memudahkan SPRM menyiasat kes NFC bagi membersihkan beliau dan keluarganya .


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.