Adakah AnuWAR sokong lindungi Israel sebab bandarnya dikenali tempat suci GAY ?

on Saturday, January 28, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemu ramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).


Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.


"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin?


“Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah hari ini.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata, masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.


AIDCNews – 27/10/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menyokong segala usaha untuk melindungi negara Israel walaupun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara itu sekiranya beliau dipilih menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, katanya seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), Asia, 26 Jan.

Lapor portal itu, Anwar bagaimanapun tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel itu, satu langkah yang katanya kekal ke atas Israel sebagai menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Malaysia sebelum ini di antara negara Islam yang secara konsisten tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi dalam masa sama membuka hubungan diplomatik dengan Palestin.

Lapor portal itu lagi, walaupun Ketua Umum PKR itu menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita di Malaysia, namun Anwarjuga berkata undang-undang liwat yang lapuk perlu dipinda.

“Bukan urusan saya untuk menyerang dan menangkap rakyat berdasarkan orientasi seks mereka”, katanya.-AIDC


Komen GPB

Sebelum ini Anwar dan kilang2 fitnah PKR menuduh BN bayar APCO  sebuah syarikat perunding Yahudi . Itu baru syarikat  yang mereka fobia menuduh BN  sokong Yahudi ...tapi hari ini  Anwar Ibrahim terang-terang menyokong segala usaha melindungi  negara laknat Israel ini !!

Apa kata penyokong2 taksub PAS ???  Ini Wall Street Journal milik UMNO ke buat  fitnah putar belit kenyataan ANwar ??hahah....


3 Responses

  1. Centurion says:

    anwar sekarang sudah mengaku dia sokong yahudi. apa pula alasan penyokong anwar? masih nak tuduh UMNO membayar anwar pula ke supaya bercakap demikian hehehehe

  2. Anonymous says:

    Rasanya Anwar ni dah 'mabuk' gay kot. Mungkin juga sbb rayuan kes Saiful. Ada kemungkinan (sokong Israel => undang2 anti-gay). Bukan kebetulan.

  3. Anonymous says:

    bagila anwar mnjawab dlm tv live

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps