Archive for 12/25/11

default

Kerana isu Hassan Ali , 42 ahli PAS P.Pinang keluar parti sertai UMNO !

on Sunday, December 25, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Sebanyak 42 anggota PAS di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan PAS yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.

Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.

Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.




“Kami juga mengambil keputusan keluar dari PAS adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.

Beliau berkata tindakan mereka itu juga bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.


Komen GPB 

Dr Hassan Ali juga menyebut 2 daripada 3 perkara yang dipejuangkan beliau secara peribadi , iaitu agama & bangsa .  Hari ini 42 orang ahli PAS hardcore keluar parti kerana demi perjuuangan agama & bangsa juga .

Nampaknya ada persamaan prinsip perjuangan ahli parti  peringkat akar umbi  dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini  .  Semakin ramai dah sedar bahawa PAS kini sudah tidak berani lagi pejuangkan agama dan bangsa sendiri dek kerana takut dengan PKR dan DAP lahanat .

default

Nga Kor Ming kini liabiliti Dap, salahgunakan kuasa beri kontrak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

IPOH 24 Dis. - Setiausaha Agung DAP Perak, Nga Kor Ming perlu tampil memberi penjelasan secara terperinci berhubung isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada syarikat milik isterinya pada 2008.

Naib Pengerusi DAP negeri itu, M. Kulasegaran berkata, sekiranya tidak ditangani segera, isu itu bakal mendatangkan pelbagai kesan negatif sehingga menjejaskan imej parti tersebut.

"Sudah ada laporan polis yang dibuat mengenainya dan Kor Ming sendiri juga akan memfailkan saman ke atas tuduhan tersebut, namun saya merasakan adalah lebih baik jika beliau sendiri menjelaskan segala senario yang berlaku.

"Untuk bersikap adil kepadanya, berilah beliau masa yang cukup selain Datuk Bandar sekarang juga perlu mengesahkan sama ada dokumen yang tersiar di blog berkenaan adalah benar atau tidak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seorang blogger Sekupangduas atau nama sebenarnya, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut pada 21 Disember lalu.

Menurut Ahmad Sofian, laporan itu dibuat bagi menyahut cabaran Kor Ming yang menuduhnya mengada-adakan bahan bukti dalam sebuah artikel yang disiarkan di portal berita propembangkang sebelum ini.

Ahmad Sofian dalam blognya di http://www.sekupangduas.blogspot.com pada 16 Disember lalu memuat naik beberapa salinan dokumen yang menunjukkan berlaku salah guna kuasa dalam pemberian tender menjahit kot ahli majlis MBI selepas pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.

Dokumen itu mendedahkan Ethan and Elton, syarikat yang mana isteri Kor Ming, Wong Seow Ching sebagai salah seorang pengarahnya, memenangi kontrak tersebut walaupun menawarkan harga lebih tinggi berbanding pembida lain.

Syarikat tersebut yang didaftarkan selepas Kor Ming menjadi exco kerajaan negeri ketika itu, mendapat kontrak membekal dan menjahit kot tersebut meskipun mengenakan caj RM650 setiap sut berbanding yang terendah oleh Goodman Tailor iaitu RM450.

Blog tersebut juga mendakwa, kontrak untuk 24 kot rasmi yang pada asalnya ditawarkan kepada Goodman Tailor pada 3 April 2008 kemudiannya diberikan kepada Ethan and Elton selepas disyorkan oleh kerajaan negeri pada ketika itu.

Berikutan itu, dua lagi laporan dibuat kepada SPRM oleh dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelmarin yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping tersebut secara nyata terlibat dalam urusan pemberian kontrak berkenaan pada 2008.

Kor Ming baru-baru ini bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam pemberian kontrak tersebut kerana mendakwa ia dilakukan secara tender terbuka.

default

Semakin parah...Karpal desak Ramasamy letak jawatan TKM PP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pertelingkahan antara pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh dengan timbalan setiausaha agung parti itu Prof P Ramasamy semakin tegang apabila Karpal Singh hari ini menyeru Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

Karpal Singh (kanan) , yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, berkata
Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya.

"Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di George Town.

Karpal Singh merujuk kepada laporan dalam sebuah akhbar harian berbahasa semalam yang memetik Ramasamy sebagai berkata pengkritik beliau (Ramasamy) sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka.

Karpal Singh berkata dengan membuat kenyataan demikian Ramasamy jelas memberi gambaran kepada orang ramai bahawa dia mengaitkannya (Karpal Singh) bersama ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Tanasekharan.

"Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

Karpal Singh mencabar Ramasamy (kiri) supaya memberikan nama mereka
yang terlibat dan melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Oleh kerana dia tidak menafikannya atau membuat sebarang pembetulan tentang laporan berita tersebut, saya mencabarnya memberi nama mereka yang telah dibabitkannya dalam berita itu dan membuat laporan polis dan kepada SPRM disebabkan dakwaan itu bermakna cubaan rasuah," kagtanya.

Pengerusi DAP itu berkata Ramasamy telah gagal dalam tugasnya sebagai timbalan ketua menteri dan juga telah melakukan kesalahan kerana tidak membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ramasamy tidak dapat dihubungi untuk meminta ulasannya.

- Bernama

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© Generasi Pejuang Bangsa . Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.