Archive for 12/04/11

default

Bob Lokman pun dah pandai , mengaku ditawarkan duit oleh 2 menteri pulak ..hahaha

on Sunday, December 4, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Lucu! Amat lucu! Bob Lokman, pendakwah tetap harapan PAS PIS PUS, mendakwa beliau telah dihubungi dua orang Menteri dan menawarkan sesuatu kebendaan kepada beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ceramah beliau dua malam lepas di Markaz PAS PIS PUS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Menurut Raja Lawak dan Maharaja Kelentong ini, Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,

 "Engkau nak apa?" "Engkau nak berapa?"

 Walaubagaimanapun, Bob Lokman sehingga ke akhir ceramahnya tidak mendedahkan nama kedua-dua Menteri tersebut.

Hamboiihhh! Hebat bebenor Bob Lokman sehingga dua Menteri berjumpanya untuk memujuk beliau masuk BN (Mana ada Menteri Pakatan Haram kan).

Kau ingat kau siapa Bob Lokman? EXCO, Ahli Parlimen, ADUN, artis terkenal seperti Lisa Surihani? Kau hanyalah pencacai DAP yang melalak sini sana siang dan malam untuk menampung hidup. Tidak lebih daripada itu!

sumber : cucu tok selampit


Komen GPB


Dah pandai menipu pun nampakya bob ni ..nampak sangat dia masuk PAS kerana politik je ..

default

Guan Eng memang jantan tak guna dan tak bertanggungjawab !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.



Dr Yen Yen, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?”

Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.



Komen GPB 

Nak Roboh !!    ..syarikat di bawah kerajaan DAP sendiri yang bina, lepas itu bila ada masalah terus nak roboh .

Woi apek ??? Itu bukan duit kerajaan negeri , tapi duit kerajaan Pusat . Suka hati mak bapak dia terus nak roboh  projek yang dianugerahkan kerajaan Pusat kepada PDC untuk membina. Sepatutnya PDC & Guan Eng perlu bertanggungjawab di atas kegagalan projek jutaan ringgit ini .


SATU LAGI PROJEK DAP YANG MERUGIKAN RAKYAT P.PINANG !

default

Blog pencacai PAS hangat ucapan Fathul Bahari, mula tabur cerita fitnah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ini lah kerja juak-juka pencacai PAS yang tak pergi PWTC , tiba-tiba syok dok tabur fitnah di depan laptop. Sebenarnya mereka berang dengan ucapan Ustaz Fathul Bari ini semasa membahaskan usul agama mewakili negerinya iaitu Perlis .

Najib keluar dewan sebentar pun difitnah oleh puak2 pencacai ni ??? Semasa perwakilan lain menyampaika perbahasan dan Najib tiada , mengapa puak2 pencacai ini tak reka cerita fitnah juga ?

Lihat video di bawah ini yang tentu dibenci oleh pencacai karat PAS.











Saya bersyukur apabila saya menyertai Umno, saya diberi ruang sebebasnya (untuk bercakap tentang Islam). Tidak pernah ada sekatan bercakap tentang Islam," kita membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.


"Sehubungan itu, saya mencadangkan setiap tiga bulan, buka ruang jemput orang agama beri pandangan. Jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah. Kalau nak nasihat pemimpin, inilah tempatnya," katanya.

Katanya, dalam perlembagaan Umno menyatakan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Tetapi apabila kita bercakap mengenai bangsa dan negara, kita bersemangat, tapi soal agama di mana orang agama?" soalnya ketika membahas usul agama, pendidikan dan sosial.

Fathul Bari yang juga anak sulung bekas mufti Perlis berkata demikian bagi mengulas rungutan kekurangan ilmuan agama untuk bersama-sama dengan Umno.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan antara "alasan popular" ilmuan agama kurang menyertai Umno kerana "tidak ada saluran untuk menyampaikan pandangan" mereka.

"Itu adalah realiti... Mungkin boleh (salur pandangan) di media baru, laman sosial facebook, blog atau twitter. Tetapi sejauh mana jawapan (dapat) diberikan, kalau 1,000 orang, (bagaimana keadaannya),"katanya.

Dalam perbahasannya juga, Fathul Bari mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi agar "mengumpulkan" pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

"Sebelum pelajar ke Timur Tengah, sama ada Mesir, Arab Saudi, transitkan mereka sebulan, dua bulan atau tiga bulan, dikumpulkan, di mana (mereka) diberikan pentarbiyahan dasar kerajaan bahawa kita mengambil berat pelajar di luar negeri.

"Kita cerita, mereka tidak pernah dianaktiri oleh pemerintah, cerita kebaikan kita," katanya yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah. .

sumber : Empayar Pemuda

default

Berita fitnah blogger pembangkang memalukan keluarga kami

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Memalukan dan mengecewakan!

Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.


“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.


“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,”



Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.

“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.

“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.


Gesa Musa ambil tindakan

Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.

“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.

Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.

“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.



Minta suami Syella tampil

Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.

“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.

Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.

“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.

“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.

Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.

Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.

Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar

default

Serang DAP dianggap serang bukan Melayu , lagi bukti DAP parti RASIS !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Memang GPB nantikan apa komen  parti anak beranak  rasis DAP ini selepas berakhirnya PAU 2011 semalam .   Guan Eng a.k.a lidah biawak  memang berang tahap omega  sekali bila mana  UMNO terus membuka pekung sebenar parti paling RASIS ini  yang merbahaya untuk orang Melayu .

Tapi si celaka BIAWAK ini , beliau memutar belitkan dengan anggap  pemimpin & perwakilan UMNO yang  yang  menyerang DAP  di PAU 2011  sebagai mengancam bukan Melayu .   UMNO adalah sebuah parti inklusif, sederhana , wasatiyyah   bukannya   rasis seperti DAP . Malah parti teras BN ini bukan sahaja mempejuangkan orang Melayu bahkan menjaga seluruh rakyat Malaysia .

Bila masa perwakilan & pemimpin UMNO menyerang bukan Melayu di dalam PAU 2011 ? Jangan bohong la musibat lidah biawak Guan Eng !

Yang hanya ditujukan ialah parti RASIS DAP yang memang berotakan chauvinist ultra kiasu   dah  mengancam orang Melayu seperti menghina agama Islam , merobohkan gerai Melayu , mengawal tanah wakaf Islam dari dibangunkan di PP , menghina warna kulit pemimpin Melayu , mengurangkan penjawat awam majoriti berbangsa Melayu dan lain-lain .

Yang paling GPB meluat kenyataan haprak si biawak ini ialah dengan menuduh UMNO pengecut kerana rela fitnah anaknya mencabul . Sebenarnya Guan Eng lah bapa paling pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana  tidak berani membuat laporan Polis untuk pertahankan anaknya .

Kesimpulannya , DAP memang panas pungkkok bila UMNO menyerang regim DAP . Tun M pernah berkata UMNO perlu beri penjelasan kepada rakyat dan ini yang cukup ditakuti pembangang terutama DAP. GPB yakin orang Melayu semakin sedaq tentang bahayanya parti chauvinis DAP  yang tebak semangat perkaumana mereka .




KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan “senjata perkauman” untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.


“Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.


“Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini,” kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.


Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat.


Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan.


“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini.

default

PAS buta kayu ,kajiannya sendiri dah buktikan DAP parti chauvinis & rasis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hasil kajian empirikal yang membayangkan sokongan rakyat telah kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) harus diterjemahkan anggota Umno dengan kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk itu, semua anggota parti harus bekerja keras bagi memastikan sokongan tersebut terus kekal bersama Umno dan BN apabila pilihan raya berlangsung.

Katanya berdasarkan kajian oleh panel pemikir yang diarahkan PAS Pusat, sebanyak 56.1 peratus setuju DAP cuba menghakis Ketuanan Melayu serta DAP merupakan parti cauvinis.

"Dari kajian tersebut juga, sebanyak 54.2 peratus bersetuju Umno membela hak dan ketuanan Islam, serta 54.1 peratus bersetuju Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) berjaya memulihkan kembali sokongan rakyat yang terhakis dahulu," katanya semasa menggulung perbahasan, pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Beliau berkata kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian Prof Datuk Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali yakin dengan prestasi BN masa kini.

"Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.

"Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus pada tahun lepas," katanya.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan keputusan kajian terbabit, potensi Umno dan BN untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang amat besar.

"...potensi tidak ada hanya pada Presiden, atau Timbalan Presiden, atau Naib-naib Presiden atau Anggota Majlis Tertinggi, atau Menteri, potensi ada pada kita semua termasuk pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan," katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada 'tentera baru' Umno dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.

"Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka.- BERNAMA


PAS HANYA PAKAT DENGAN DAP HANYA NAK JATUHKAN UMNO 

default

Zalim ! Adun DAP halau sebuah keluarga Melayu dari rumah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerana sewa rumah kerajaan DAP tak dibayar , seorang ADUN DAP , Koid Teng Guan  didakwa melakukan tindakan zalim dengan menghalau sebuah keluarga Melayu di flat Jalan Sungai di Georgetown . Lagi satu bukti bahawa kerajaan DAP  tidak berjiwa rakyat seperti yang mereka cakapkan  berulang kali oleh Guan Eng .

Sebaliknya mereka terus menzalimi rakyatnya sendiri dengan rakus dengan semangat chauvinis yang kuat .


Menurut info yang A.S terima, ADUN DAP Kawasan Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah menghalau satu keluarga melayu yang tinggal di flat Jalan Sungai, berhampiran Georgetown yang dimiliki oleh kerajaan negeri.


Alasannya ialah, tunggakan sewa keluarga melayu itu dah terlalu tinggi.
Ketua rumah yang juga seorang ibu tunggal ini dikatakan merayu berkali-kali namun tak diendahkan oleh YB DAP ini.
Bagi A.S, jika benar sekalipun tunggakan bayaran sewa dah terlalu tinggi, adakah tiada lagi jalan diplomasi selain dari mengusir keluar keluarga melayu terbabit?


Inikah kerajaan DAP yang dikatakan prihatin kepada rakyat??
Ini kerajaan zalim namanya!!  


sumber : ANAK SEBERANG 

default

Zahid Hamidi beri perhargaan sebab tahu hasil kerja blogger pro UMNO

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB semalam di dalam Dewan Merdeka terharu sangat pengiktirafan hasil kerja blogger oleh seorang pemimpin kanan parti iaitu Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi . Di dalam dewan keramat parti terbesar orang Melayu , ia menjadi saksi peranan blogger sebagai cybertrooper UMNO dihargai .


" Yang berjuang untuk kita, tanpa upah , tanpa tidur , tanpa ada sebarang ganjaran .. kita berikan penghargaan kepada cyber trooper kita "


Kata-kata ini membuktikan  Datuk Seri Zahid tahu kerja seorang blogger !  GPB salute  seorang Naib Presiden seperti  Datuk  Zahid !  Mantan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO P.Pinang ini memang seorang pemimpin yang hebat !

GPB yang membuat coverage perhimpunan agung UMNO ini hingga semalam walaupun tidak mendapat layanan hebat sepertimana media arus perdana & akhbar Cina , tapi  kita tetap menjalankan tanggungjawab juga atas nama perjuangan untuk membantu parti .



** Ada benda yang nak kena tegur untuk PAU 2011 ini .....

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.