Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-11-27

default

Amin muka saja ganas , tapi perangai macam budak !

on Wednesday, December 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




MEREKA selama ini begitu lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.Tidak cukup dengan menulis mereka berteater,bertwitter dan bersajak.Tulisan mereka sinis,kritikal dan mencerca kerajaan serta pemimpin dalam diam.Tulisan mereka nampak macam orang baik-baik tapi dalam tulisan mereka mengandungi racun dan fitnah kalau diselak pemahamannya sehelai demi sehelai.

Teater mereka bergerak ke seluruh negara. Menggunakan berbagai-bagai watak dan falsafah tapi watak itu adalah pemimpin UMNO dan kerajaan.Falksafah mereka adalah memutarbelitkan segala fakta dan bukti.Mengangkat yang bathil sebagai teras perjuangan mereka.

Sajak mereka cukup hebat.Kalah Usman Awang,menangis WS Rendra kalau penyajak tersohor Indonesia itu hidup lagi bila menikmati sajak-sajak mereka yang begitu lantang dan celaka mengkritik kerajaan.Itu mereka namakan sebagai karya yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

Bahasa yang mereka tweet dalam twitter masing-masing lagi buruk sifat lakunya. Pandangan mereka sahaja betul dan pandangan orang lain semua tidak betul serta fitnah semata-mata.Selama ini mereka angkuh sebab tidak ada orang yang mengajar mereka tetapi bila Papagomo mengajar mereka dengan bahasa yang sama,mereka aanggap itu fitnah pula.Memang siallah puak ni!

Mereka lambangkan pemimpin dalam karektor yang cukup jijik pada setiap karya yang mereka adaptasikan.Mereka menghina menggunakan bahasa yang kadang-kadang cukup melankolik,hanya yang berfikiran seperti mereka sahaja yang akan memahami apa yang tersirat baik dalam teater ataupun sajak-sajak mereka.

Saat mereka mengkrtitik,mereka begitu sekali mendokong kebebasan bersuara kononnya itu suara anak muda.Kononnya itu suara pembaharuan yang perlu dihormati dalam demokrasi di Negara ini meskipun karya ataupun tulisan mereka semuanya bias menyokong pembangkang dan bagi kumpulan ini hanya mereka yang betul.Orang lain semua salah,semua fitnah.

Jadi bila ada pihak yang bangkit menyuarakan tentangan kepada suara mereka.Mereka anggap itu fitnah.Bila ada anak muda bangun mempertahankan kerajaan serta pimpinan,mereka anggap anak muda ini memfitnah mereka.tapi kalau tulisan itu menyokong segala pendirian mereka,mereka akan anggap itulah suara anak muda.Tak ke sial namanya tu?

Sikap mereka ini terbukti apabila seorang penulis yang mengaku kolumnis sebuah portal jijik bernama Malaysian Insider yang menggunakan nama Amin Iskandar menyaman blogger yang menggunakan nama papagomo.com kerana tulisan itu tidak menyokong beliau,mereka akan anggap itu fitnah dan satu laporan polis dibuat.

Rendahnya moral kolumnis ini.Dia sudah jadi macam budak-budak kecik bergaduh dan bila tak mampu melawan,dia balik rumah mengadu dengan mak atau bapak.Tapi pelik jugak kita,bila masa mereka ini percaya pada polis?Selama ini mereka maki hamun polis dengan berbagai-bagai gelaran termasuklah anjing dan berbagai-bagai lagi.

Papagomo ada pendiriannya dan sebagai seorang penyokong ataupun pengikut setia kerajaan,bila Menteri atau Timbalan Menteri diserang serta dipersendakan,menjadi tanggungjawab beliau untuk mempertahankannya sebagaimana orang yang mengaku sebagai Amin Iskandar itu mempertahankan Anwar Ibrahim serta pembangkang apabila diserang.Timbalan Menteri adalah ntar Ulul Amri tetapi orang yang mengaku nama Amin Iskandar itu belum tentu Ulul pun.

Tapi siapa orang mengaku nama Amin Iskandar ini?Warganegarakah ataupun dia juga adalah sebahagian agen yang diupah untuk mengkucar kacirkan Negara?Marah sungguh Amin kepada papagomo,adakah betul beliau kena liwat seperti Saiful ataupun Sukma?

Agen tertentu dan terlatih sahaja yang mampu membongkar hingga dapat segala nama penuh serta nombor kad pengenalan,itupun kalau betul orang yang mereka adu itu Papagomo.Com.Siapa pula dibelakang Amin Iskandar ini?Adakah orang UMNO sendiri yang memang tidak gemar dengan tindakan Papagomo.com yang konsisten menyerang Anwar Ibrahim?

Atau Amin Iskandar cemburu dengan kejayaan Papagomo mendominnasi kejayaan sebagai penulis blog hari ini?Atau kawan Amin yang turut menemani Amin di Bala Polis Travers itu cemburu kerana selama ini dialah yang mengaku sebagai orang hebat dalam dunia blogger serta mengasaskan bloger itu dan ini?

Ada yang dakwa Amin ini kumpulan yang bertuankan CIA?Ada yang panggilnya Amin,ada juga yang panggilnya Black dan dia sentiasa berdiri teguh di belakang Anwar.itu yang didakwa. Ini tulisan yang saya petik…Apahal pun, kami merujuk dan mengulang posting lepas mengenai Amin Iskandar. Rujukan sini menunjukkan dia adalah sebahagian dari bekas NGO Mafrel atau kini dinamakan National Institute for Electoral Integrity (NIEI). Amin adalah Ekxecutive Direrctor NIEI.

Semasa Bersih 2.0, NIEI adalah penaja yang membawa masuk ahli Komunis Phillipnes dan aktivis pelajar dari Korea yang mungkin sekali pakar bom molotov.

NIEI atau MAFREL adalah sebahagian dari alat CIA untuk menjatuhkan kerajaan secara subversif atau covert melalui proses demokrasi kononnya. Baca di AIDC sini dan berita pengakuan MAFREL sini. Puak-puak macam Amin dan sahabatnya di Universiti Bangsar Utama (UBU)memang hebatlah mendebat dan menyajakkan mengenai demokrasi, ahak asasi manusia, kebebasan bersuara, dan lain-lain hujah onani penjajah Amerika.

Selain itu, UBU adalah juga "pusat mengamal hisap ganja dan dadah khayal." Otak, impian dan pemikiran mereka pun khayalan dan unrealistik juga. Typical Mat Mat Seni ...

Tidak susah Papagomo, tulis baik-baik satu laporan dan laporkan Amin ini kepada polis sebagai collaborator CIA. Difahami ada blogger yang kononnya pro UMNO dan dibiayai seorang Menteri dan bekas exco Pemuda UMNO ada bersama Black membuat laporan. Ini satu lagi petikan…Apa punya manusia la si Amin Black ni, selama ini aku anggap brader ni mengamalkan kebebasan bersuara. Rupanya aku silap beb. Amin Black tak leh terima apabila orang bersuara dan menentang dia, terbaru si Black ni nak buat report polis terhadap blogger no. 1 Malaysia iaitu Papa Gomo.

Alah, baru sikit kena sungkit dengan Gomo, terus hilang telor Amin Black ni. Apa benda la brader black ni. Menggelupor semacam je. Kata pejuang reformasi la, pejuang kebenaran la, baru kena sikit dah report polis?

Come on la bro, this is very not the UBU gang la. Alamak selama ini apa yang korang banggakan pasal kebebasan bersuara kira dah terkubur la. Kira lu orang ni cakap tak serupa bikin la kan?

Artikel aku ni pun kau nak report polis ke Amin? Eeuuuwwww

sumber : Sanggah Tok Janggut 

default

Nurul Izzah & Tony PuAKA mesti berang KR1M terus jadi pilihan rakyat

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Dakwaan pembangkang bahawa produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual lebih mahal berbanding pasaran dan kurang berkualiti, bukan saja gagal menggugat kepercayaan pengguna, sebaliknya memberi publisiti luas kepada masyarakat negara ini.

Ia jelas terbukti apabila purata jualan produk KR1M mencatatkan peningkatan memberangsangkan hingga 15 peratus sejak isu berkenaan digembar gembur Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menghargai kebijaksanaan rakyat dalam menentukan kebenaran dan mainan politik pihak pembangkang.

“Saya percaya hingga kini rakyat masih percaya kepada KR1M...buktinya, jualan produk meningkat 15 peratus sejak isu itu ditimbulkan,” katanya pada sidang media khas mengenai penarikan balik 13 produk KR1M yang tidak memenuhi piawaian di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini, semalam.


Hadir sama, timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Datuk Rohani Abdul Karim serta Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Mengulas penarikan balik 13 produk KR1M dari pasaran, Ismail Sabri berkata, ia dibuat atas sebab teknikal membabitkan perlabelan produk atau komposisi bahan dalam bungkusan dan bukannya berkaitan kesihatan pengguna.

“Berdasarkan laporan terperinci diterima, kami dapati produk terbabit selamat untuk pengguna, tetapi perlu diperbetulkan dari sudut teknikal supaya tidak mengelirukan orang ramai.


“Contohnya, minyak sapi sebelum ini dilabel sebagai sebatian minyak sapi, tapi ramuannya jelas tercatat mengandungi minyak kelapa sawit dan minyak sapi. “Justeru, kami perlu memperbetulkan label sebagai sebatian minyak makan kelapa sawit dan sapi,” katanya.

Menurutnya, untuk berlaku adil, pihaknya menubuhkan Unit Pemantau Khas bagi memantau secara besar-besaran produk makanan di pasaran, tidak kira murah ataupun berjenama.


“Ini kerana kami dapati ada produk dari sumber kilang sama dengan KR1M dibungkus dengan jenama berbeza dan dibekalkan di pasaran.

“Yang ini, kalau Tony Pua nak tolong, eloklah dia tengokkan produk lain di pasar raya dan salurkan maklumat kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

default

SMM barua Pakatan ajak Najib debat pasal kebebasan akademik

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Apa kejadahnya  budak-budak SMM yang terkenal pembela No 1 Aziz Bari & barua Pakatan  nak ajak Najib turun debat dengan Anwar Ibrahim pada 15 Disember ini ?   Hang pa ini ingat Najib tak ada kerja dan program lain ka tarikh itu   hingga sanggup buat demontrasi di pejabat PM ini .


Sehubungan itu, mereka berharap Najib dapat memenuhi undangan tersebut untuk menyemarakkan lagi "usaha membina negara yang lebih cemerlang seiring dengan dasar transformasi kerajaan".


"Kita nak tengok pandangan kerajaan dan pembangkang terhadap keseriusan mereka dalam memperjuangkan kebebasan akademik dan mahasiswa.


"Kita juga mahu melihat bagaimana kebebasan dapat membentuk suasana pelajar dan mahasiswa supaya (menjadi) lebih baik," kata pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab.

Sudah la Ahmad Syukri ....jangan dok bodek la  untuk mengumpan PM ke  forum yang dibalik tabirnya adalah  pembangkang ini .  Apa yang hang faham dengan transformasi kerajaan  ?? Hang ingat dengan buat forum debat ini dalam masa 2 jam boleh selesai semua masalah ??

Forum ini semua membuang masa saja . Cuma yang GPB musykil mana SMM ini dapat fund hingga boleh bikin forum besarni ?   Siapa yang bayar SMM ini untuk sewan dewan Perhimpunan Cina - Selangor ?? Mungkin kutip derma seorang sikit kot untuk perjalanan SMM ni ..hahaha ..



ayat itu macam aku pernah tengok di Haprak Daily ...tak sangka mahasiswa 
yang dikatakan bijak pun kena tiru  bulat-bulat ayat  PAS ...hahaha

default

Akibat fitnah,Harakah kena bayar 50 ribu kepada Umi Hafilda

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan.

Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk "Malaysia Sweeps 10 Oscars" (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan. - Bernama

default

Akhbar Cina ikut stail Guan Eng & DAP rasis ,sanggup jadi kilang fitnah !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menuntut dua akhbar berbahasa Cina menarik balik artikel mereka yang didakwa suatu pembohongan serta palsu.

Selain itu, beliau juga meminta permohonan maaf dibuat dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar itu kerana menyiarkan laporan yang tidak tepat berkenaan ucapannya semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.



Menurut Musa, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit tidak benar sama sekali dan bercanggah dengan isi ucapannya selaku wakil UMNO Pulau Pinang.

"Kenyataan penarikan balik artikel itu dan permohonan maaf mereka harus dicetak dan disiarkan di muka hadapan kedua-dua akhbar berkenaan.

"Saya juga memberi mereka tujuh hari untuk berbuat demikian dan tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Wisma UMNO, di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim dan Ketua Wanita UMNO negeri, Zabariah Wahab.

Kenyataan kedua-dua akhbar tersebut menyebut Musa mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) hanya menghantar UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tidak bergantung kepada parti komponen yang kalah pada pilihan raya lalu untuk menakluk Pulau Pinang.

Musa menafikan berucap sedemikian sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya menyentuh mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO di Pulau Pinang. - Utusan


Komen GPB 

GPB berada di dalam Dewan Merdeka semasa Datuk Musa berucap di pentas . Tak pernah pun beliau sentuh bahawa biar  UMNO saja dihantar bertanding di PRU akan datang di P.Pinang  .  Beliau sempat lagi memberi contoh bahawa UMNO tidak pernah tikam belakang merujuk kepada PRU 1990 dulu .

Nampak sangat wartawan akhbar Cina ini cuba memainkan game DAP & Guan Eng bahawa  UMNO PP ingin bolot  jawatan Ketua Menteri . Selain itu mereka mahu perpaduan di dalam parti komponen BN PP bergaduh dan berpecah .

Untuk melihat video ucapan perbahasan beliau ..KLIK DISINI

default

Checkmate ! Guan Eng tentu malu besar bila naik kapal selam boleh selam

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid (atas, kanan) berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.


Komen GPB 

Hahaha ...kaki penipu  dah kena Checkmate !

Sepatut bawa sekali Tony PUAKA yang selalu fitnah aset milik ATM ini .

Kepada jurukamera, hang pa amik gambar cantik punya lihat muka anak Kit Siang ini terkejut tengok kapal selam yang mereka fitnah tak boleh
selam ini

default

Dilema Najib: Winnable candidate VS sabotaj dalam parti - Siri 1

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas tamat persidangan Agung UMNO , semua perwakilan UMNO hingga ke pemimpin tertinggi parti telah ber "baiah"  bahawa tidak akan mensabotaj calon yang dipilih parti pada PRU 13 akan datang . Pemuda , Wanita dan Puteri telah berikrar akan menyokong siapa saja calon yang dipilih demi survival parti dalam pilihanraya paling getir dalam sejarah .



Perwakilan P.Pinang , Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa ucapan menyokong usul terima kasih ucapan dasar Presiden ,  beliau telah membangkitkan isu sabotaj dalam parti oleh segelintir pengkhianat  dalam UMNO ini semasa PRU 12 .  Mereka ini juga menurut beliau  akan kita berdepan semasa PRU 13 akan datang .


Malah perwakilan Wilayah Persekutuan juga cadangkan agar Lembaga Disiplin parti  diwujudkan semasa PRU bagi kenalpasti ahli /pemimpin  yang cuba sabotaj calon parti semasa kempen . Persoalannya , adakah ia  akan berkesan bagi hapuskan unsur sabotaj dalam parti ini bagi memenangkan calon Winnable Candidate parti ?

GPB yakin DS Najib , TS Muhyiddin ,termasuk Ku Nan tentu dalam dilema bagi memilih calon Winnable Cndidate untuk UMNO dan BN . Mereka ini telah merasai betapa peritnya PRU 12 lalu dan melihat bagaimana calon parti disabotaj ahli .

Semasa PAU 2011 ,Panglima Perang termuda parti  Khairy Jamaluddin  juga telah   bangkitkan semasa ucapan penggulungannya bahawa calon Winnable Candidate perlu juga disokong jentera parti sendiri . Ya ! Ini merupakan faktor penting dan jika calon tidak disokong jentera, bagaimana hendak pergi berperang !


GPB ingin mengimbau kembali saat sabotaj calon  dalam parti UMNO  ketika peristiwa hitam PRU 12 yang mana kita hilang kuasa di 5 buah negeri .  Pak Lah masa itu sebagai pemimpin  gagal dan tidak dihormati jentera partinya sendiri .  Kita harap tidak berlaku lagi di zaman Najib di mana kita berperang untuk survival Melayu dari hilang kuasa di Putrajaya !




Bekas MB Perlis , DSK terpaksa menangguhkan pengumuman calon ke keesokan harinya disebabkan masalah sabotaj dikalangan penyokong wakil rakyat masing2  . Di tambah lagi ketika itu ramai AJK Bahagian terutama bahagian Arau yang mana ramai telah  meletakkan jawatan disebabkan tak puas hati calon dicadangkan bahagian tidak diberi perhatian .

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat 'sedikit masalah teknikal'.


"Memang sepatutnya saya umum hari ini tetapi ada sedikit masalah teknikal, jadi saya terpaksa tangguhkan pagi esok yang akan diadakan kira-kira pukul 9 pagi di Dewan 2020 di Kangar," katanya ketika dihubungi semasa dalam perjalanan pulang ke Kangar dari Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, penangguhan dibuat kerana beliau juga perlu berjumpa dengan semua pemimpin dan ahli UMNO negeri terlebih dahulu.


"Saya perlu berjumpa dengan semua ahli UMNO di ketiga-tiga bahagian di Perlis untuk meminta mereka menarik semula peletakan jawatan masing-masing yang dibuat pagi ini.


"Saya perlu jumpa dan bercakap dengan mereka kerana mereka ini orang penting di bahagian masing-masing dan tidak sepatutnya meletak jawatan," katanya.


Shahidan merujuk kepada kira-kira 60 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO, sebahagian besarnya dari bahagian Arau yang menyerahkan surat peletakan jawatan dalam parti kepada beliau, Presiden UMNO dan Setiausaha Agung UMNO hari ini.


Peletakan jawatan itu dibuat selepas terdapat spekulasi bahawa Shahidan tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kali ini yang boleh menyebabkannya kehilangan jawatan Menteri Besar.


Beberapa AJK Bahagian dari Kangar dan Padang Besar turut meletak jawatan. Keputusan itu dibuat kira-kira pukul 4 pagi ini di kediaman rasmi Menteri Besar.


Idris Jusoh hadapi masalah bantahan oleh penyokong2 wakil rakyat yang tidak 
dicalon parti semasa PRU 12. Setiap hari kediaman rasmi beliau siri bantahan
diadakah hingga hari mengumumkan senarai calon 



Lebih 50 penyokong penyandang kerusi DUN Batu Maung, Ir Mansor Musa, dan anggota parlimen Bayan Baru, Datuk Wong Kam Hoong, secara terbuka menaikkan sepanduk berdemonstrasi di kompleks PISA, Pulau Pinang, untuk merayu Abdullah mengubah keputusannya .Natijahnya Norman Zahalan menggantikan Mansor, sementara calon baru Ooi Siew Kim menggantikan Wong  kalah kepada calon PKR iaitu Malik Kassim dan DS Zahrain Hashim



Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga timbalan pengerusi BN, telah  berpesan kepada penyokong-penyokong agar tidak mensabotaj kempen pilihanraya calon-calon parti itu jika wakil rakyat mereka digugurkan kali ini.

"Itu dah melangar disiplin parti.


"Kalau setakat merayu dia pergi rumah Menteri Besar, atau cari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, itu biasa, tapi kalau sampai dah sabotaj itu maknanya dia dah melampaui batas dan tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka."


GPB harap Najib & pimpinan tertinggi BN  dapat kenalpasti dulu puak2 yang nak sabotaj parti ini dulu. Ini lah perosak dan pengkhianat sebenar yang nak melingkup parti untuk kepentingan diri .  Kita tidak mahu tragedi hitam ini yang sudah  kena kepada Pak Lah dan barisan kepimpinan parti di negeri  berlaku lagi di PRU 13 .


default

Akibat terpengaruh raba nenen , coli pun dirembat !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



“Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

default

Bukti Najib untuk Guan Eng , parti paling rasis dimalukan lagi ...

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Memang DAP tak habis-habis mengapi-apikan semangat perkauman bukan Melayu supaya   membenci Najib & UMNO .  Apa yang Guan Eng cakap di portal berbelit Malaysian Insiders ini semua spin bagi menunjukkan Najib memainkan sentimen perkauman .

Sebenarnya Najib telah menempelak puak2 pembangkang ( terutama DAP ) yang sekarang ini sudah mempunyai agenda  untuk meminda perlembagaan . Tetapi ia tidak disiarkan di  portal harprak ini dan mereka gunakan kaki pembelit chauvinist seperti Guan Eng untuk spark issue bahawa Najib telah  menyerang bukan Melayu .

Lihat dibawah jawapan dan bukti Najib yang dedahkan bahawa sudah ada agenda  DAP  nak pinda perlembagaan jika berkuasa di Putrajaya .


Najib berkata sekiranya sebelum berkuasa lagi mereka (pihak pembangkang) telah berura-ura untuk meruntuhkan apa yang telah dibina oleh kerajaan selama ini dan ini menyebabkan timbul kesangsian sekiranya mereka ini berkuasa.


“Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?”, katanya.


Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera, katanya.


Najib berkata rakyat tidak memerlukan sebuah parti keadilan tetapi kerajaan yang berani tegakkan keadilan sosial di mana semua termasuk bukan Melayu mendapat pelbagai bantuan dalam membina sebuah negara yang adil, seimbang dan saksama.

Inilah cara kita memerintah negara kita sebab itulah Tuhan mengizinkan kita memerintah sejak 54 tahun lalu, kita masih berkuasa dan Insya Allah kalau ini gambaran sokongan kepada kita, pilihan raya akan datang milik kita,” katanya.


Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.


Selaku Perdana Menteri, saya akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik, katanya.

default

Nik Aziz mesti marah kenyataan panas terbaru Tun M ini ..

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.

Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.



*** NIK AZIZ GUNA ALASAN LAWAN UMNO UNTUK TERUS BERKUASA...hahaha

default

CD Ustaz PAS pesong akidah samakan Nik Aziz dengan Nabi diserahkan pihak berkuasa

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setelah beberapa hari mencetuskan kontroversi, cakera padat (CD) Ustaz Budak’ yang dikatakan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi, akhirnya CD tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Penyerahan yang dilakukan penduduk Pasir Mas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini semalam.

Wakil penduduk, Mohd Nor Ismail berkata, tindakan tersebut bertujuan menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap kandungan CD berkenaan apabila didakwa boleh memesongkan akidah umat Islam.

“CD ini saya perolehi daripada rakan, kandungannya menyamakan Datuk Nik Abdul Aziz dengan nabi, sedangkan al-Quran dan hadis menjelaskan bahawa tidak ada lagi nabi selepas Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui di pekarangan pejabat JHEAIK di sini, semalam, bersama 15 wakil penduduk lain.

Mohd Nor berkata, CD berkenaan diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir, Hasmah Omar, itu turut menuntut pihak jabatan berkenaan melakukan siasatan terhadap penceramah berkenaan, Shamsul Zaman Sukri.

Menurutnya, siasatan tersebut penting bagi memastikan akidah dan kepercayaan umat Islam tidak terpesong lebih- lebih lagi golongan kanak- kanak.

Sementara itu, Shamsul Zaman yang juga penceramah Pas dalam siri ceramahnya sebelum ini dikatakan menyamakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan nabi berasaskan hadis, ulama adalah pewaris nabi.

default

Apa kaitan Husam dengan China doll ini?

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Apa cerita ni Husam ? Bila tersebarnya gambar ni , Timbul banyak persoalan tentang siapa China doll ni ? Jawapannya hanya ada pada Husam.

default

Mahfuz Bean buktikan PAS memang pencacai No 1 DAP

,
on Tuesday, December 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hang pa tengok la sendiri tindak tanduk pemimpin  parti HamPAS ini merangkap pencacai kesayangan  DAP.

Macamana orang Melayu tak kata DAP lebih berkuasa dalam Pakatan Haram   kerana  terbukti  PAS sanggup pertahankan parti paling rasis ini bila diserang UMNO .  Adakah DAP akan pertahankan PAS bila diserang UMNO ?  ..

Hahaha ...jangan mimpi la DAP nak pertahan PAS .... PAS je  yang bodoh ibarat melukut di tepi gantang  menagih undi bukan Melayu dari Cina melalui DAP  .

Awat PAS terasa bila DAP diserang oleh UMNO  di PAU 2011 ??  Memang parti haram jadah DAP  ini kurang ajar  hingga sanggup gelarkan MB Perak sebagai hitam metalik  . DAP sudah cakap musuh utama mereka ialah UMNO , jadi apa yang PAS dok kalut sangat seperti Mahfuz ni .

Hang dapat arahan ka untuk defend DAP ??? Macam sial betul pencacai2 DAP ini ... PAS balun MCA , ada ke UMNO pi pertahankan seperti Mahfuz ?? Sorry la ...haha...

 UMNO bukan seperti parti kuda tungangan  kesayangan DAP ini ..



default

Lagi bukti DAP hina institusi Raja didedahkan MB Perak

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming dianggap menghina kedaulatan Perak dan Institusi Diraja kerana mengeluarkan kenyataan "Perak Darul Kartun", kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Anggota Parlimen Taiping itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana sebagai seorang pemimpin beliau perlu menunjukkan keperibadian yang baik kepada rakyat.

"Dengan sikap Nga ini, rakyat boleh menilai sendiri pemimpin macam ini ke yang perlu diikut? kata-katanya yang menggelar "Perak Darul Kartun" ini telah menghina Perak," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Serbaguna Bangunan SUK hari ini.

Beliau diminta mengulas lanjut tindakan Nga yang mengeluarkan kata-kata seperti itu termasuk menghina Zambry pada majlis ceramah 9 Sept lepas.

Setelah dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan, Nga baru-baru ini telah memohon maaf kepada Zambry kerana menggelarkannya "hitam metalik".

default

Kerajaan regim DAP haramkan pasukan bola sepak negeri guna stadium !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) kecewa dengan sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi sokongan terhadap pembangunan pasukan bola sepak negeri itu.

Setiausaha Kehormat FAP, Datuk Mohd. Ridzwan Bakar berkata, dalam keadaan sekarang sepatutnya FAP dibantu dalam meningkatkan mutu bola sepak Pulau Pinang terutama menyelesaikan bebanan hutang.

Namun, jelasnya, sebaliknya yang berlaku ketika ini FAP terus dipinggirkan apabila tidak mendapat peruntukkan malahan tidak dibenarkan menggunakan Stadium Bandaraya di sini oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akibat gagal menjelaskan hutang lapuk.




"Baru-baru ini kerajaan negeri tidak membenarkan kami menggunakan Stadium Bandar Raya untuk satu perlawanan persahabatan.

"Mereka kata jika ia melibatkan pasukan lain selain FAP, mereka akan benarkan guna. Janganlah politikkan bola sepak Pulau Pinang sehingga sebegitu rupa.

"Tak kan kerana Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim Presiden FAP, mereka buat macam ini. Dia telah bersusah payah cari duit untuk membayar hutang dan mengembalikan mutu bola sepak Pulau Pinang.

"Janganlah hanya kerana marahkan dia (Zahrain) sebagai individu, FAP turut menjadi mangsa," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara FAP dan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di sini, semalam.Pulau Pinang menduduki tangga tercorot Liga Perdana.


Komen GPB 

Kerana marah dan bermusuh dengan Dato Zahrain , regim DAP diketuai si lidah biawak jadikan pasukan Harimau Kumbang sebagai mangsa . Stadium keramat iaitu Stadium Bandaraya akan terus diharamkan daripada digunakan pasukan bola sepak negeri ini .

Jelas  sekali . kerajaan  regim DAP telah politikkan pasukan bola sepak negeri ini dan kalau boleh ia mati terus.  Ditambah lagi Guan Eng sendiri adalah  orang luar  , jadi semangat sayangkan pasukan bola sepak negeri haram tak ada berbanding Ketua Menteri dahulu , TS Koh Tsu Koon  .

default

Apa kaitan DAP dengan majlis berendoi anak Melayu ini ?

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Di atas ini ialah gambar satu majlis berendoi seorang bayi Melayu . Yang  menariknya seorang ketua regim DAP paling kuat menipu , Guan Eng pun turut hadir . Apa tujuan DAP sampai ke majlis berendoi pun nak dipolitikkan ?

Timb Presiden UMNO sudah berkata kepada orang Melayu perlu berwaspada, jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang disifatkan sebagai parti paling rasis.

" Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP”, katanya.

Awas parti paling rasis ini seperti DAP ini. Orang Melayu Singapura telah ditipu hidup-hidup   Kuan Yew mentor DAP sudah lebih 45 tahun . Dulu Kuan Yew masuk kampung orang Melayu dengan memakai songkok tapi kini  Guan Eng pulak mengikut jejak langkahnya .

DAP hanya beri RM 100 untuk seorang bayi dilahirkan di negeri ini  tetapi ibubapa mesti mengundi di negeri DAP ini .  Ini bertujuan untuk memancing undi terutama  orang Melayu supaya kekalkan kuasa parti rasis ini di P.Pinang .


Ini confirm keluarga  melayu DAP ..

Nilai seorang bayi di atas ini hanya RM 100 oleh kerajaan DAP , tetapi bayi ini semasa  dalam perut ibunya telah pun  ditanggung  subsidi dan bantuan  oleh kerajaan BN melalui klinik kesihatan & hospital kerajaan .

default

Nurul Izzah tukang promosi jual wine di tweet ! Apa kata juak-juak PAS ??

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Apa niat Nurul Izzah mempromosi  satu pesta sempena Cristmas iaitu  Bangkung Cristmas Bazaar yang menyajikan wine  di twitternya ??  Sebagai pemimpin wanita berimej  Islam , amat dangkal sekali boleh tweet  untuk hebahkan tentang pesta jual wine .

GPB nak tanya apa kata juak2 PAS yang kononnya anti giler air syaitan ini ?  Adakah Nurul Izzah boleh dikategorikan bersubahat ??





default

Akibat serang parti rasis DAP, Anwar panik terpaksa bikin ceramah balas

,
by Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Perhimpunan 'balas' pihak pembangkang di Shah Alam, semalam bagi menjawab isu yang ditimbulkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 menunjukkan golongan itu semakin gentar dengan strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan di Shah Alam itu turut membuktikan pembangkang mengakui kekuatan UMNO dan BN yang mendapat suntikan semangat baru bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.

"Pembangkang bagi saya sudah mula bimbang selepas mesej Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perwakilan serta ahli parti bersatu, menguatkan barisan seterusnya menghentikan persengketaan bagi memastikan kemenangan pada PRU13 mula menyerap di jiwa kami.

"Kebimbangan dan kerisauan pembangkang itu jelas dan amat difahami sehingga mereka terpaksa pula mengadakan perhimpunan tergempar semata-mata bagi menjawab segala isu yang dibawa ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,"

default

Nik Aziz tak mahu bertanggungjawab diangkat Nabi Politik

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal, detikperubahan.com.

default

Zed akui kalau tak jadi artis , menjadi ahli politik UMNO sepenuhnya

on Monday, December 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




"Sebenarnya,dah lama saya ceburi bidang politik.Sebelum jadi artis lagi saya dah ikut parti UMNO untuk jayakan tanggungjawab sosial dalam membantu rakyat.


Kalaulah saya tidak ceburi bidang industri hiburan,mungkin saya akan jadi ahli politik kerana impian saya untuk jadi Gabenor,sekali gus wakil artis untuk memperjuangkan nasib rakan-rakan artis saya"


SETERUSNYA DI SINI 

default

Wakil rakyat lama perlu berundur

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB setuju sangat saranan Tun M agar parti Umno perlu meletakkan ramai pemimpin muda pelapis sebagai calon pilihanraya . Kepada pak menteri yang rasa dah lama di atas itu sejak era zaman Tun M , elok lah berundur secara sukarela . Parti ini bukan untuk individu mencari jawatan tapi untuk perjuangkan agama ,bangsa dan negara .


IPOH 5 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.


Beliau berkata, wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.


"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya kepada pemberita pada “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.


Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.


"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat,” katanya. – Bernama. 

default

Fuziah lebih hebat dari pakar atom IAEA dibantai MB Pahang

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Beliau berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat, tetapi masih diputarbelitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

"Pihak tertentu telah mempolitikkan isu pembinaan kilang berkenaan demi politik sempit mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Adnan berkata, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat. – Bernama

default

PAU 2011 adalah terakhir, Anwar nak humbankan semua orang UMNO !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




“Ini Perhimpunan Agung Umno terakhir sebagai parti berkuasa. Pemimpinnya mempertahankan jenayah dan kuasa.Itu pun tanpa segan dan malu mereka menjerit ‘Kami Selamatkan Melayu’.


“Melayu begini harus dihumbankan,” kata Anwar tegas dan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang khusyuk mendengar ceramahnya.KLIK DI SINI



Kita tengok siapa sebenarnya akan dihumbankan dalam PRU 13 ...

Ooo bercakap tentang jenayah ... Yang bercakap itu pun tak sedaq lagi dirinya  sedang jalani kes di mahkamah  ...Dulu dah sekali hang  masuk jail , sekarang nak kena lagi sebab pi bantai stor kunyit  Saiful .

Membujur lalu melintang patah ..

Tak semudah untuk Anwar dan DAP bangsat melangkah masuk Putrajaya ..

default

Guan Eng tentu seronok baca berita ini

by Keris Pusaka
 - No Comments

Keputusan 2 Adun BN PP yang menarik diri dari bertanding pada PRU 13 merupakan satu langkah yang tepat . Umno perlu calon muda ,dinamik dan mempunyai idea untuk bantu parti .

 Pastinya 2 DUN ini akan mempunyai calon baru sekaligus memastikan Umno dan BN terus menjadi pilihan rakyat dan orang muda. Guan Eng lidah biawak jangan terlampau seronok sangat kerana ada lagi muka baru yang lebih baik akan ditampilkan Umno .

default

Bapak Rasis DAP terpaksa bohong, jamin hak orang Melayu tak hilang

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Selepas pekung parti paling rasis DAP dibongkarkan UMNO  di PAU 2011 , parti chauvinist ini sudah semakin gelabah  ditambah lagi kajian menunjukkan orang Melayu semakin sedaq dan benci  parti rasis DAP ini . Selepas anaknya , kini giliran bapa Rasis DAP pulak meroyan macam orang gila. Macam bangsat sekali chauvinits seperti  Kit Siang terpaksa bohong terang-terang kepada pengundi Melayu bahawa DAP /PR tak hapus orang Melayu jika berkuasa. Memang nak perbodohkan orang Melayu betul bangsat DAP ini !

Siapa  hapuskan DEB di PP sejak mula berkuasa ? Siapa yang kawal tanah wakaf di PP ?

Adun mana di PP pernah cakap "Balik India" kepada seorang peniaga restoran ?

Siapa hina rakyatnya yang kahwin warga asing sebagai pengkhianat negara ?

Siapa yang pertikaikan diskaun 5 % untuk Bumiputra membeli rumah ?

Siapa yang cakap  nak kurangkan penjawat awam kerajaan bila memerintah ?

Siapa yang selalu hina pegawai2 kerajaan di ceramah2  bila mana kerajaan dalam bajet 2012 telah umumkan kenaikan gaji kakitangan awam ?

Dalam isu Raja-Raja Melayu pulak  , DAP juara   parti yang tidak hormati institusi Raja seperti berlaku Perak dan Selangor .Macam bangsat sekali seorang Bapak Rasis DAP ini mengaku hak orang Melayu tak  hilang jika mereka memerintah .

Satu pembohongan besar dan nyata !

DAP Terlalu Benci Dan Dengki Terhadap Orang Melayu

10 DALIL MENGAPA DAP WAJIB DITOLAK ORANG MELAYU

ikuti petikan teks ucapan Timb Presiden UMNO " Menunjangi Survival Bangsa" balun DAP

Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.


Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.


Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

 Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

 Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

 Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

default

KR1M : Nurul Izzah mesti terasa gelaran " kemere " oleh Muhkriz

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menggelarkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang sebagai “kemere” kerana tidak mempunyai daya usaha untuk membantu rakyat keluar dari tekanan hidup kerana mereka hanya tahu mengkritik.

Katanya ini kerana kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang seharusnya bersama kerajaan pusat menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka tidak bagi buah fikiran cara terbaik untuk diselesaikan pada masa rakyat terbeban dengan bermacam-macam masalah sebaliknya hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh-temeh.

Inilah bezanya pendekatan kerajaan BN dengan parti pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat,” katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ke-15, di Padang Sera, Jerlun, di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata kewujudan KR1M tidak akan membunuh kedai-kedai runcit atau mewujudkan persaingan tidak sihat malah ia membantu pengusahanya mendapat bekalan lebih mudah, harga murah dan keuntungan berpatutan.

Katanya kerajaan mahu mewujudkan satu sistem pengedaran produk berkualiti berharga murah melalui KR1M supaya orang ramai dapat membeli barangan asas pada harga terkawal dan berpatutan dan tidak bertujuan menanggung subsidi harga barangan.

KR1M adalah usaha murni kerajaan BN sebaliknya menjadi amalan pembangkang menjadikannya satu polemik supaya dapat mengkritik dan mempolitikkan apa saja usaha BN walaupun ia dilaksanakan demi kebaikkan rakyat, kata Mukhriz.

Rakyat menerima tempias kenaikan harga barang kesan dari ekonomi dunia yang lembab walaupun ekonomi dalaman negara baik tetapi kerana perkara yang berlaku di luar kawalan seperti kenaikan harga minyak memberi kesan secara langsung,” katanya.

Menurutnya rakyat cukup matang untuk menilai usaha kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.

Mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberi penekanan setiap produk memenuhi piawaian kesihatan dipatuhi, Mukhriz berkata produk KR1M memenuhi syarat tersebut dengan baik.

“Masalah yang berlaku baru-baru ini hanyalah pelabelan tetapi selepas diletakkan pelekat kita sudah menyelesaikan untuk jangka masa pendek, ini bukan isu kritikal yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” jelasnya.

default

Bob Lokman pun dah pandai , mengaku ditawarkan duit oleh 2 menteri pulak ..hahaha

on Sunday, December 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Lucu! Amat lucu! Bob Lokman, pendakwah tetap harapan PAS PIS PUS, mendakwa beliau telah dihubungi dua orang Menteri dan menawarkan sesuatu kebendaan kepada beliau. Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut di dalam ceramah beliau dua malam lepas di Markaz PAS PIS PUS Cawangan Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

Menurut Raja Lawak dan Maharaja Kelentong ini, Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman,

 "Engkau nak apa?" "Engkau nak berapa?"

 Walaubagaimanapun, Bob Lokman sehingga ke akhir ceramahnya tidak mendedahkan nama kedua-dua Menteri tersebut.

Hamboiihhh! Hebat bebenor Bob Lokman sehingga dua Menteri berjumpanya untuk memujuk beliau masuk BN (Mana ada Menteri Pakatan Haram kan).

Kau ingat kau siapa Bob Lokman? EXCO, Ahli Parlimen, ADUN, artis terkenal seperti Lisa Surihani? Kau hanyalah pencacai DAP yang melalak sini sana siang dan malam untuk menampung hidup. Tidak lebih daripada itu!

sumber : cucu tok selampit


Komen GPB


Dah pandai menipu pun nampakya bob ni ..nampak sangat dia masuk PAS kerana politik je ..

default

Guan Eng memang jantan tak guna dan tak bertanggungjawab !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.



Dr Yen Yen, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.

"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?”

Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.

Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.

Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.



Komen GPB 

Nak Roboh !!    ..syarikat di bawah kerajaan DAP sendiri yang bina, lepas itu bila ada masalah terus nak roboh .

Woi apek ??? Itu bukan duit kerajaan negeri , tapi duit kerajaan Pusat . Suka hati mak bapak dia terus nak roboh  projek yang dianugerahkan kerajaan Pusat kepada PDC untuk membina. Sepatutnya PDC & Guan Eng perlu bertanggungjawab di atas kegagalan projek jutaan ringgit ini .


SATU LAGI PROJEK DAP YANG MERUGIKAN RAKYAT P.PINANG !

default

Blog pencacai PAS hangat ucapan Fathul Bahari, mula tabur cerita fitnah

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Ini lah kerja juak-juka pencacai PAS yang tak pergi PWTC , tiba-tiba syok dok tabur fitnah di depan laptop. Sebenarnya mereka berang dengan ucapan Ustaz Fathul Bari ini semasa membahaskan usul agama mewakili negerinya iaitu Perlis .

Najib keluar dewan sebentar pun difitnah oleh puak2 pencacai ni ??? Semasa perwakilan lain menyampaika perbahasan dan Najib tiada , mengapa puak2 pencacai ini tak reka cerita fitnah juga ?

Lihat video di bawah ini yang tentu dibenci oleh pencacai karat PAS.











Saya bersyukur apabila saya menyertai Umno, saya diberi ruang sebebasnya (untuk bercakap tentang Islam). Tidak pernah ada sekatan bercakap tentang Islam," kita membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.


"Sehubungan itu, saya mencadangkan setiap tiga bulan, buka ruang jemput orang agama beri pandangan. Jangan mengamuk dalam masjid, atas mimbar dan pentas ceramah. Kalau nak nasihat pemimpin, inilah tempatnya," katanya.

Katanya, dalam perlembagaan Umno menyatakan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Tetapi apabila kita bercakap mengenai bangsa dan negara, kita bersemangat, tapi soal agama di mana orang agama?" soalnya ketika membahas usul agama, pendidikan dan sosial.

Fathul Bari yang juga anak sulung bekas mufti Perlis berkata demikian bagi mengulas rungutan kekurangan ilmuan agama untuk bersama-sama dengan Umno.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan antara "alasan popular" ilmuan agama kurang menyertai Umno kerana "tidak ada saluran untuk menyampaikan pandangan" mereka.

"Itu adalah realiti... Mungkin boleh (salur pandangan) di media baru, laman sosial facebook, blog atau twitter. Tetapi sejauh mana jawapan (dapat) diberikan, kalau 1,000 orang, (bagaimana keadaannya),"katanya.

Dalam perbahasannya juga, Fathul Bari mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi agar "mengumpulkan" pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.

"Sebelum pelajar ke Timur Tengah, sama ada Mesir, Arab Saudi, transitkan mereka sebulan, dua bulan atau tiga bulan, dikumpulkan, di mana (mereka) diberikan pentarbiyahan dasar kerajaan bahawa kita mengambil berat pelajar di luar negeri.

"Kita cerita, mereka tidak pernah dianaktiri oleh pemerintah, cerita kebaikan kita," katanya yang berkelulusan Pengajian Islam dari Universiti Islam Madinah. .

sumber : Empayar Pemuda

default

Berita fitnah blogger pembangkang memalukan keluarga kami

by Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Memalukan dan mengecewakan!

Itulah digambarkan pelakon tersohor, Datuk Jalaluddin Hassan, apabila tersebarnya berita perkahwinan penyanyi, Syella Kamaruddin yang dikaitkan dengan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Jalaluddin memberitahu, berita yang tersebar di laman maya itu, membuatkan dia dan keluarga terkejut besar. Malah orang tuanya sendiri tidak mengetahui perkara ini.


“Baru semalam (Jumaat) saya hubungi abang saya. Bila saya bertanyakan perkara ini, abang dan kakak ipar saya tergelak besar.


“Orang paling terkesan dengan khabar ini ialah orang tua kami. Takkanlah abang saya sekejam itu sehingga menyembunyikan hal ini dari pengetahuan mereka,”



Jalaluddin turut kesal dan marah apabila berita itu turut mengaitkan bapanya.

“Saya ada terbaca artikel berkenaan isu itu. Kenapa menulis sedemikian? Mengaitkan pula ayah saya dalam hal ini.

“Cukuplah mereka membuat cerita tidak benar tentang abang saya. Kini mereka mahu melibatkan ayah saya pula. Orang yang menyebarkan berita ini memang tidak berbudi bahasa,” katanya dalam nada geram.


Gesa Musa ambil tindakan

Berikutan fitnah yang disebarkan, Jalaluddin menggesa abangnya mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.

“Bagi saya, mereka yang menyebarkan fitnah ini merupakan orang yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Main sedap mulut sahaja berkata-kata.

“Kalau tidak tahu, buat cara tidak tahu. Sebelum sebarkan, siasat dahulu berita itu benar atau tidak,” katanya.

Membangkitkan mengenai perkahwinan yang dikatakan menelan belanja RM15 juta itu, Jalaluddin memberitahu, adalah sesuatu yang mustahil jika abangnya mempunyai wang sebanyak itu kerana menurutnya, Musa merupakan seorang yang sederhana dalam segala hal.

“Abang saya memakai selipar apabila keluar. Dia juga pergi ke kedai mamak untuk makan. Kalau abang saya mampu mengadakan majlis perkahwinan yang berjumlah RM15 juta, pasti bapa saya kini hidup lebih senang,” katanya.



Minta suami Syella tampil

Selain akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menyebarkan fitnah ini, Jalaluddin juga turut meminta agar suami Syella tampil membuat kenyataan.

“Perkara ini melibatkan maruah kami sekeluarga. Jika suami Syella seorang yang gentleman, sila tampil dan betulkan keadaan,” katanya.

Jalaluddin juga meminta agar Syella tidak terus menyembunyikan suaminya itu.

“Sekiranya suami Syella rasa bertanggungjawab terhadap isu ini, dia harus datang ke depan dan tonjolkan dirinya.

“Dia harus sedar, kami semua terluka dengan tohmahan yang dibuat oleh masyarakat, terutama terhadap orang tua saya. Tambahan pula, perkara ini tidak semena-mena melibatkan orang yang tidak bersalah,” kata Jalaluddin.

Sebelum ini, perkahwinan Syella, mengejutkan orang ramai apabila majlis persandingan dan hantaran yang diterima mencecah RM15 juta.

Bertambah kecoh, apabila Syella, dikatakan berkahwin dengan orang kenamaan yang pernah memegang jawatan penting dalam negara.

Gambar mereka turut tersebar dan nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, tiba-tiba menjadi sebutan. Musa, bagaimanapun, dalam satu kenyataan, menafikan khabar itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarkan berita palsu itu.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara sebenar

default

Serang DAP dianggap serang bukan Melayu , lagi bukti DAP parti RASIS !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Memang GPB nantikan apa komen  parti anak beranak  rasis DAP ini selepas berakhirnya PAU 2011 semalam .   Guan Eng a.k.a lidah biawak  memang berang tahap omega  sekali bila mana  UMNO terus membuka pekung sebenar parti paling RASIS ini  yang merbahaya untuk orang Melayu .

Tapi si celaka BIAWAK ini , beliau memutar belitkan dengan anggap  pemimpin & perwakilan UMNO yang  yang  menyerang DAP  di PAU 2011  sebagai mengancam bukan Melayu .   UMNO adalah sebuah parti inklusif, sederhana , wasatiyyah   bukannya   rasis seperti DAP . Malah parti teras BN ini bukan sahaja mempejuangkan orang Melayu bahkan menjaga seluruh rakyat Malaysia .

Bila masa perwakilan & pemimpin UMNO menyerang bukan Melayu di dalam PAU 2011 ? Jangan bohong la musibat lidah biawak Guan Eng !

Yang hanya ditujukan ialah parti RASIS DAP yang memang berotakan chauvinist ultra kiasu   dah  mengancam orang Melayu seperti menghina agama Islam , merobohkan gerai Melayu , mengawal tanah wakaf Islam dari dibangunkan di PP , menghina warna kulit pemimpin Melayu , mengurangkan penjawat awam majoriti berbangsa Melayu dan lain-lain .

Yang paling GPB meluat kenyataan haprak si biawak ini ialah dengan menuduh UMNO pengecut kerana rela fitnah anaknya mencabul . Sebenarnya Guan Eng lah bapa paling pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana  tidak berani membuat laporan Polis untuk pertahankan anaknya .

Kesimpulannya , DAP memang panas pungkkok bila UMNO menyerang regim DAP . Tun M pernah berkata UMNO perlu beri penjelasan kepada rakyat dan ini yang cukup ditakuti pembangang terutama DAP. GPB yakin orang Melayu semakin sedaq tentang bahayanya parti chauvinis DAP  yang tebak semangat perkaumana mereka .




KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan “senjata perkauman” untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.


“Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.


“Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini,” kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam.


Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat.


Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan.


“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini.

default

PAS buta kayu ,kajiannya sendiri dah buktikan DAP parti chauvinis & rasis

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Hasil kajian empirikal yang membayangkan sokongan rakyat telah kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) harus diterjemahkan anggota Umno dengan kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk itu, semua anggota parti harus bekerja keras bagi memastikan sokongan tersebut terus kekal bersama Umno dan BN apabila pilihan raya berlangsung.

Katanya berdasarkan kajian oleh panel pemikir yang diarahkan PAS Pusat, sebanyak 56.1 peratus setuju DAP cuba menghakis Ketuanan Melayu serta DAP merupakan parti cauvinis.

"Dari kajian tersebut juga, sebanyak 54.2 peratus bersetuju Umno membela hak dan ketuanan Islam, serta 54.1 peratus bersetuju Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) berjaya memulihkan kembali sokongan rakyat yang terhakis dahulu," katanya semasa menggulung perbahasan, pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Beliau berkata kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kendalian Prof Datuk Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid pula menunjukkan rakyat Malaysia kembali yakin dengan prestasi BN masa kini.

"Pada 2011, 86 peratus yakin Malaysia diurus dengan baik oleh BN. Pada 2010, 77 peratus saja menaruh keyakinan pada penterjemahan program (Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi, Politik), tetapi tahun ini angka meningkat sebanyak 82 peratus.

"Malah, penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 85 peratus pada tahun ini berbanding 75 peratus pada tahun lepas," katanya.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan keputusan kajian terbabit, potensi Umno dan BN untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang amat besar.

"...potensi tidak ada hanya pada Presiden, atau Timbalan Presiden, atau Naib-naib Presiden atau Anggota Majlis Tertinggi, atau Menteri, potensi ada pada kita semua termasuk pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan," katanya.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada 'tentera baru' Umno dan BN iaitu pengamal media sosial seperti pengguna Twitter, blogger dan Facebook.

"Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka.- BERNAMA


PAS HANYA PAKAT DENGAN DAP HANYA NAK JATUHKAN UMNO 

default

Zalim ! Adun DAP halau sebuah keluarga Melayu dari rumah

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kerana sewa rumah kerajaan DAP tak dibayar , seorang ADUN DAP , Koid Teng Guan  didakwa melakukan tindakan zalim dengan menghalau sebuah keluarga Melayu di flat Jalan Sungai di Georgetown . Lagi satu bukti bahawa kerajaan DAP  tidak berjiwa rakyat seperti yang mereka cakapkan  berulang kali oleh Guan Eng .

Sebaliknya mereka terus menzalimi rakyatnya sendiri dengan rakus dengan semangat chauvinis yang kuat .


Menurut info yang A.S terima, ADUN DAP Kawasan Sungai Pinang, Koid Teng Guan telah menghalau satu keluarga melayu yang tinggal di flat Jalan Sungai, berhampiran Georgetown yang dimiliki oleh kerajaan negeri.


Alasannya ialah, tunggakan sewa keluarga melayu itu dah terlalu tinggi.
Ketua rumah yang juga seorang ibu tunggal ini dikatakan merayu berkali-kali namun tak diendahkan oleh YB DAP ini.
Bagi A.S, jika benar sekalipun tunggakan bayaran sewa dah terlalu tinggi, adakah tiada lagi jalan diplomasi selain dari mengusir keluar keluarga melayu terbabit?


Inikah kerajaan DAP yang dikatakan prihatin kepada rakyat??
Ini kerajaan zalim namanya!!  


sumber : ANAK SEBERANG 

default

Zahid Hamidi beri perhargaan sebab tahu hasil kerja blogger pro UMNO

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




GPB semalam di dalam Dewan Merdeka terharu sangat pengiktirafan hasil kerja blogger oleh seorang pemimpin kanan parti iaitu Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi . Di dalam dewan keramat parti terbesar orang Melayu , ia menjadi saksi peranan blogger sebagai cybertrooper UMNO dihargai .


" Yang berjuang untuk kita, tanpa upah , tanpa tidur , tanpa ada sebarang ganjaran .. kita berikan penghargaan kepada cyber trooper kita "


Kata-kata ini membuktikan  Datuk Seri Zahid tahu kerja seorang blogger !  GPB salute  seorang Naib Presiden seperti  Datuk  Zahid !  Mantan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO P.Pinang ini memang seorang pemimpin yang hebat !

GPB yang membuat coverage perhimpunan agung UMNO ini hingga semalam walaupun tidak mendapat layanan hebat sepertimana media arus perdana & akhbar Cina , tapi  kita tetap menjalankan tanggungjawab juga atas nama perjuangan untuk membantu parti .



** Ada benda yang nak kena tegur untuk PAU 2011 ini .....

default

Pengacara No 1 Malaysia Aznil Nawawi beri sokongan kepada Najib & UMNO ?

on Saturday, December 3, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sempena PAU 2011 , begitu ramai artis terkenal Malaysia hadir ke himpunan parti Melayu terbesar yang berlangsung di PWTC .  Petang tadi GPB dan rakan blogger Mat Kilau Penang dalam dok merayau di dalam dewan  merdeka , terserempak dengan Pak Nil a.k.a Aznil Hj Nawawi .

GPB tak sangka ikon pengacara No 1 Malaysia ini pun hadir PAU 2011 yang mana hari ini merupakan penggulungan oleh Presiden UMNO iaitu YAB DS Najib Tun Razak .

Adakah Aznil menyokong parti UMNO ??   Sedangkan ucapan Najib  ini disiarkan live di TV ke seluruh negara dan sudah tentunya beliau boleh menonton di rumah .

Jawapannya hanya ada pada Pak Nik sendiri ... apapun GPB ucap terima kasih kepada beliau yang sudi hadir ke himpunan keramat orang Melayu ini



Kenyataan media Presiden UMNO selepas berakhir PAU 2011

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011, yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.


Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.


Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.


“Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional,” katanya.


Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.


Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.


Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.


Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan kekalahan UMNO pada pilihan raya lepas adalah disebabkan oleh anggota yang mengkhianati parti.


“Seperti yang disebut dalam ucapan Muhyiddin, kita perlu ada semangat berpasukan sebab bila kita analisa kekalahan dulu (pilihan raya umum 2008) kita kalah kerana ada orang UMNO yang mengkhianati partinya sendiri, betul tak?”, kata beliau dan disambut laungan daripada semua perwakilan dan pemerhati yang mengiyakan kata-katanya itu .


Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya.


“Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan ketua bahagian,” katanya.


Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.


“Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).


“Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing, turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh”, katanya.

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps