Archive for 11/20/11

default

(Video) Istilah kerajaan regim DAP dikalangan orang Melayu memang realiti di P.Pinang !

on Sunday, November 20, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bila data Ilham Cente menyatakan bahawa dalam minda orang Melayu di negeri ditadbir kerajaan DAP memang tepat sekali. Ketua Pemuda UMNO , Sdr Shaik Hussien mengesahkan perkara terbabit dan inilah realiti sebenar di PP .


Siapa buat keputusan di PP ? ...Lim Guan Eng

Siapa menjawab segala isu ? .... Lim Guan Eng

Siapa bercakap isu Melayu ? ... Lim Guan Eng

Siap yang pergi majlis-majlis Islam ... Lim Guan Eng


Menurut beliau ini lah kerajaan DAP yang sebenar . Mana pergi pemimpin Pakatan yang lain seperti Malik , Mansor dan pemimpin PKR yang lain ??

Ini membuktikan Guan Eng anak Kit Siang mempunyai kuasa veto besar di PP dan seorang pemimpin Gila Kuasa macam mentornya Kuan Yew di Singapura !!

default

Nurul Izzah meroyan lagi , tuduh pulak Najib bohong !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments






Apa yang Nurul Izzah ini meroyan sangat pasal ISA dan menuduh Najib berbohong ?? Yang Bapak hang bohong pasal 16 Sept kepada rakyat Malaysia itu ok  pulak ?

Najib memang akan hapus ISA tetapi ia akan terhapus bila dua akta baru akan diperkenalkan  . Itu pun Nuruk Izzah tak faham lagi ka ? Jangan dok kelirukan rakyat la dengan menuduh PM berbohong dalam isu ini  .

Adakah Nurul Izzah tahu 13 orang yang ditahan itu sangat merbahaya kepada negara termasuk Asia Tenggara ? Jangan hanya dok fikir semua perkara hendak politikkan tapi keselamatan rakyat dan negara diabaikan .  Kalau sudah senjata dan bahan letupan ditemui itu nak biarkan lagi ke ?? Nampak jelas Nurul Izzah seorang  pemimpin yang cukup tidak bertanggungjawab dan ISA digunakan untuk memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik

default

NGO talibarut DAP pun nak tumpang jadi pencacai Pakar Lembu PKR !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Hebat betul NGO Melayu , KMPP  yang sememangnya  diketahui  dalangnya ialah  DAP .  Dalam  2 - 3 hari  suara mereka cukup   lantang , mungkin sudah dapat arahan kot dari atasan .


KMPP adalah sandiwara & talibarut  DAP di PP 


Selepas mendesak UMNO Negeri PP mengambil alih jawatan Pengerusi BN negeri  di portal wajib mereka , Malaysiakini  KLIK DI SINI , kini lagi jauh suara mereka iaitu telah sampai  ke Gemas pasal isu Fidlot .

Cuma yang GPB hairan mengapa baru sekarang KMPP ini mendesak Shahrizat letak jawatan ??  Walhal isu NFC ini telah dijawab secara detail oleh  Datuk Seri Dr Salleh Ismail  di media cetak dan elektronik  hingga menjemput sendiri pihak media ke ladang mereka untuk meninjai sendiri keadaaan sebenar bukan fitnah palsu 3 ekor pakar lembu PKR .

KMPP dok di Pulau Pinang tahu ke cerita sebenar tentang isu Fidlot ??  Semua 9 tuduhan fitnah dan karut oleh 3 ekor pakar lembu PKR jelas satu fitnah & spin saja , malah ia telah dijawab sendiri oleh NFC. Malah DS Shahrizat sendiri tidak tahu menahu akal bisnes yang dilakukan suaminya ini

Kalau NGO ini hendak bercakap tentang soal membersihkan nama dikalangan orang Melayu sebab Kak Ijat berasal dari PP , GPB ingin cabar pulak KMPP ada berani ka desak Anwar letak jawatan disebabkan video seks yang mirip wajahnya  bersama China Doll ??   Yang ada bukti video pun sampai la tak bersihkan namanya ,  ini kan pulak KMPP nak desak Shahrizat pasal isu fidlot yang terang-terang difitnah PKR .


KMPP patut tengok video ini dulu ...jangan hanya jadi pencacai saja tanpa selidiki dulu kesahihannya

default

Artis Malaysia pun mahu Melayu bersatu , tak sabar nanti PAU 2011

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.

default

Najib belasah kaki fitnahnya di Konvesyen Media Sosial 1 Malaysia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Hari ini GPB mengikuti majlis Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia  di PWTC yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak .  Seramai 2 ribu orang peserta dari media sosial  yang menyokong kuat kerajaan  hadir menyertai konvesyen ini .

Di program ini  juga , PM merasmikan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1 Malaysia  iaitu MyVoice . Lebih menarik lagi , hadiah cabutan bertuah seperti IPAD 2 , Blackberry Torch , Samsung Tab 10.1 , I Phone 4 disedikan kepada peserta yang bertuah .  Sayang sekali , GPB dan rakan2 blogger yang lain tidak bertuah untuk mendapat hadiah berkenaan .

 PM bergambar dengan urusetia

Najib belasah puak2 pembangkang yang dok 
fitnah dirinya semasa menunaikan haji 


 antara pemimpin BN yang hadir

 blogger politik No 1 , Dr Novandri menyampaikan resolusi konvensyen




 Dato Seri Utama Rais bersama Pengerusi penganjur Datuk Sharkar


 mencabut kertas untuk hadiah cabutan bertuah kepada peserta



 Imam Muda , Asyraf juga turut sertai konvensyen media sosial ini


default

Isu Fidlot : Pakar lembu PKR memang bodoh macam lembu !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.