Archive for 11/13/11

default

Kereta Ketua Srikandi PKR kena curi pun nak juga politikkan

on Sunday, November 13, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments



Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.

"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.



Komen GPB

Kereta kawan GPB iaitu Proton Waja pun pernah  hilang dan berhampiran pulak dengan IPD Polis . Jadi  apa yang Siti Aishah dok meroyan sangat  pasal keretanya hilang  .

Sebab you orang besar PKR , jadi kalau kereta hilang pun nak tuduh kerja politik juga la ...Dangkal sekali otan pemikiran Srinkadi Penipu ini .  Yang syok itu boleh cerita pulak kereta diletakkan dekat balai polis Petaling Jaya .

Apa hang ingat Polis jaga 24 jam kereta hang ka ??   hahaha .... Habis tu kalau kereta dia  hilang di tempat ceramah , nak tuduh kerja sapa pulak sedangkan ia diletakkan berhampiran .

Kesimpulannya . tak payah la Aishah dok berbelit pasal dokumen penting parti hilang  dan bagaimana pencuri boleh curi. GPB dengar cerita  Kereta Waja sememangnya menjadi kereta pilihan utama sindiket kaki curi kereta di negara ini .

default

Jalan paling selamat selamatkan Malaysia ialah undi DAP pada PRU 13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



“Jalan paling selamat setakat ini ialah selamatkan Malaysia dari dikuasai BN melalui pemberian undi kepada PAS, PKR dan DAP pada PRU13 tidak lama lagi.


“Sikap hipokrit BN mestilah dihentikan dengan segera demi menyelamatkan Malaysia dari mereka,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.


                                                                                                                     IDHAM LIM                    


Kerana tak beri royalti kepada Kelantan dan untuk selamatkan Malaysia ini , undi perlu diberikan kepada Pakatan terdiri DAP , PKR dan DAP ..hahaha


Rakyat jangan mudah terperdaya dengan cakap kaki pembelit ini . Harus diingatkan jika Pakatan memerintah sahaja , perkara yang mereka akan laksanakan ialah kurang kakitangan kerajaan dan ini dicakap sendiri oleh Tony Pua .

Sebabnya mahu kurangkan perbelanjaan kerajaan dan  adakah cara ini  baik untuk rakyat ??  Ini kah jalan paling selamat yang dicakap Idham lim ??

Ini bukan jalan selamat tapi jalan membawa ke neraka  dan DAP selaku parti paling Rasis akan sentiasa cuba menidakkan hak orang Melayu bila berkuasa . Lihat lah apa dah jadi di PP di mana habis gerai -gerai Melayu & kampung lenyap di bawah pentadbiran kerajaan regim DAP

default

Kerana buku haprak , Najib perlu bubar parlimen awal ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini  Karpal Wheelcha  berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, demi survival politiknya . Survival politiknya pasal si penulis upahan Pakatan yang dikatakan alhli UMNO,   Shahbudin Husin telah mengeluarkan satu lagi buku .



"Tidak syak lagi, bahawa pilihan raya umum semakin dekat... saya jangkakan sekitar Januari.


"Ini kerana tekanan yang dikenakan ke atas PM semakin mendesak, sebagai contoh dari kumpulan Amanah dan juga dari dalam partinya sendiri. Mereka kata, dia tidak layak untuk jadi PM.


"(Justeru), dia (Najib) tidak mempunyai pilihan tetapi membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan. Ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk survival diri sendiri," kata Karpal pada satu sidang akhbar semalam.

Hanya kerana sebuah buku , membuatkan Najib nak bubar parlimen ke ?? hahaha ...Buku politik sudah bersepah sejak zaman Tun M  dan alhamdulillah beliau boleh memerintah sehingga 22 tahun  .  Adakah kerana satu buku ini boleh menjatuhkan sebuah kerajaan hingga terpaksa bubar parlimen ?/

Siapa Shahbudin Husin ?? Jika dibaca intipati buku terbabit , hampir semua isu adalah sama seperti pembangkang dok fitnah Najib sejak beliau mula-mula menjadi PM .KLIK DI SINI 

Buku  fitnah  terbaru malaun ini  ini jika dikaji memang merupakan game plan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13  . Elok saja  selepas PM pulang dari menunaikan haji , buku fitnah Shahbudin mula dijual . Dapat dosa free la buat Shahbudin yang lebih gilakan  duit untuk burukkan seorang yang baru pulang dari menunaikan haji .


GPB cuma nak cakap satu ...Pakatan boleh guna senjata old scholl  " Buku "  untuk jatuhkan PM tapi kami blogger Pro Kerajaan akan gunakan media baru  blog untuk membongkarkan fitnah & penipuan Pakatan!!

default

PAS For ALL , tak kira restoran mana , Mat Sabu langgar ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


GPB dikhabarkan gambar Mat Sabu komunis sedang menikmati juadah bersama YB Senamrobik adalah di sebuah restoran yang menyajikan arak dan babi .  Tapi GPB  yakin makanan yang Mat Sabu bersama rombongannya  makan itu adalah halal .

Cuma di sini  GPB musykil iailah , dari segi peralatan  seperti gelas ,sudu ,garpu  restoran terbabit yang  memang sajikan arak & babi . Adakah ia halal dan boleh digunakan ??

Lebih lanjut . KLIK DI SINI 


default

Isu Kondo mewah RM9.8 juta , Shahrizat boikot blogger pro BN ke ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Isu paling hot minggu ini ialah 1 unit kondo mewah RM 9.8 juta yang didakwa PKR bahawa syarikat ada yang kai­­­t­an dengan keluarga Menteri Pemba­ngu­nan Wanita, Datuk Shah­ri­zat Abdul Jalil menggunakan pinjaman melalui NFC . Tin­­dakan berkenaan  didakwa PKR merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Isu ini hanya dijawab oleh Ketua Pemuda UMNO ,Khairy Jamaluddin dengan fakta tapi  ia masih lagi tidak membantu mengubah  persepsi rakyat di bawah akan hal sebenar . KLIK DI SINI & SINI 

GPB seperti blogger lain juga tidak tahu akan  fakta sebenar atau penjelasan directly  dalam isu ini  . Jadi , bagaimana kita hendak menangkis fitnah & tohmahan pembangkang .  Isu ini sudah pergi ke kampung2 dan nama Shahrizat semakin dijaja teruk dalam isu lembu ini .

Tak mustahil , jika ia dibiarkan , maka Ketua Wanita UMNO Malaysia ini akan menjadi Liabiliti kepada parti  BN dan UMNO .

default

HOT ! Fasha sanggup terima kritikan gambar seksi terbarunya

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Aktres yang tidak pernah kering dengan kontroversi, Fasha Sandha kali ini tampil berani menggayakan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar belakang badannya.

Laman blog hiburan terkenal, Rotikaya.com menyiarkan gambar-gambar eksklusif Fasha Sandha yang hadir di majlis pelancaran majalah LISA dan mengenakan pakaian merah menjolok mata yang dikatakan ‘sesuai dengan potongan badannya’.

Mungkin ‘takjub’ dengan fesyen pakaian aktres itu, pemilik laman blog tersebut tidak tahu untuk menamakan fesyen yang digayakan oleh Fasha dan hanya mampu menyifatkannya sebagai “awesome”, mungkin sekadar untuk propa.




“Demi Tuhan kami tidak tahu nama khas pakaian yang cukup awesome dikenakan oleh Fasha Sandha malam tadi tetapi menurut seorang ‘pakar fesyen’ yang bersama kami malam tadi, persalinan Fasha Sandha ini cukup berani dan sesuai dengan tubuh badan’nya,” komen pemilik laman hiburan itu.

Fasha pernah menimbulkan gosip hangat apabila gambar dia berbikini di sebuah pulau di luar negara tersebar di internet.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanahair seperti Linda Jasmin, Miera Liyana dan Amanda Imani teruk ‘dibelasah’ peminat industri hiburan tanahair kerana mendedahkan bahagian belakang mereka di majlis-majlis keraian.

Fasha Sandha dijangka turut akan menerima nasib yang sama.

Merujuk kepada gambar yang tersiar tersebut, adalah sangat mengejutkan untuk melihat Fasha Sandha yang seakan-akan sudah menambah berat badan di mana beberapa bahagian belakangnya mendedahkan lemak-lemak berlebihan.

Mungkin Fasha kena pergi gym kot lepas ni.

Enggan memberikan komen lanjut, Mynewshub.my siarkan gambar-gambar Fasha Sandha buat pembaca membuat penilaian sendiri.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.