Archive for 10/30/11

default

Sebab gawang gol skuad negara bolos 5 - 0 ketika menentang Australia

on Sunday, October 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Patut la pintu gol Malaysia bolos 5 -0 semasa perlawanan persahabatan dengan Australia . Anda boleh nilai sendiri  life style penjaga gol utama negara ini

Baru saja menjadi  penjaga gol kebangsaan , sudah ada ramai awek follow  .  Gambar ini dikatakan di   Louge Werners Bukit Bintang .

Yang lebih penting itu apa minuman yang dihidangkan di atas meja Apek dan rakan-rakannya  yang tak  cukup kain tu .  Air sarsi ke ??? haha ...

Lu fikirlah sendiri ........... Malaysia Boleh !!



depa ni mai stadium tak jika Apek main untuk Kelantan & Malaysia  ?? 

default

Konsert Elton John : Pemuda PAS ditegur Dr Asri jangan jadi Taliban !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.


**  Tapi dalam PAS ada seorang digelar Mat Taliban ....patutla Dr Asri tegur ..haha

default

Tony Pua anggap pelajar guna Bahasa Melayu sebagai bodoh ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tony Pua mewakili DAP menggesa kerajaan agar tidak membiarkan pelajar-pelajar yang cerdik ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akedemik. Kenyataan tersebut membawa maksud bahawa mereka yang mahu menggunakan medium bahasa malaysia dalam pembelajaran sains dan matematik di sekolah adalah terdiri daripada kalangan ibubapa yang anak-anak mereka bodoh, manakala yang mahu bahasa inggeris punyai anak-anak yang pandai.

Atas dasar itu mereka menggesa agar kerajaan menggunakan semula sistem PPSMI agar kanak-kanak yang cerdik tidak terbantut pembelajaran mereka. Tony Pua juga berpendapat modal insan terbaik keluar daripada mereka yang menggunakan medium inggeris dalam pembelajaran mereka.


Memang terang lagi bersuluh sekarang kenapa ramai orang-orang cina seumpama Tony pua menganggap cakap bahasa malaysia adalah amalan kasta rendah. Patutlah ramai dari kalangan mereka tergagap-gagap seperti tongkang pecah apabila bercakap melayu, ini untuk menggambarkan lagi betapa bahasa melayu itu sesuatu yang meloyakan.

Patutlah ramai majikan daripada orang cina yang amat liat untuk mengambil pekerja pengurusan mereka daripada kalangan orang melayu kerana tidak mahu ada bahasa melayu dipertuturkan di dalam kawasan kerja mereka. Takut kalau terjadinya pencemaran bunyi bahasa yang jelek di persekitaran tempat kerja.

Rupa-rupanya bahasa melayu itu bahasa orang bodoh dan bahasa inggeris itu bahasa orang pandai....rasa-rasanya ini dakyah penjajah. Nampaknya golongan yang dibawa oleh penjajah masuk ke tanah melayu juga membawa idea yang sama!  KLIK DI SINI


*** Kesian kepada  Samad Said dan juak-juak PAS -PKR yang turun berdemo dulu bantah PPSMI , rupanya DAP tak setuju dan anggap bahasa Melayu hanya untuk orang bodoh saja 

default

Tok Him warning PAS jangan terlalu angkuh hendak Pasir Mas

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mengingatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu angkuh dan bongkak dalam politik.

Menurutnya, keangkuhan pemimpin parti itu semakin terserlah sehingga kononnya mampu meramal siapa calon yang akan menang pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

"Pada PRU 2004, Pas kata mereka boleh menang besar tetapi (kemudiannya) hanya (menang) nyawa-nyawa ikan dengan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Selain itu, pada PRU 2008, Pas tidak tahu akan berlakunya tsunami politik. Kalau Pas tahu, mereka tidak akan beri laluan kepada saya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Ibrahim, beliau ingin menasihatkan pemimpin Pas supaya jangan terlalu bongkak dan takbur kerana akhirnya akan terbujur.

"Sama-sama kita tengok, kalau ada umur yang panjang, siapa yang akan terbujur," ujarnya.

default

Nenen jurujual diramas Mat Rempit bisu ketika menunggal motorsikal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



ALOR SETAR: Tidak padan dengan bisu, seorang Mat Rempit kemaruk seks meraba buah dada seorang jurujual sedang menunggang motosikal di hadapan kilang beras di Jalan Guar Chempedak-Yan, dekat sini, malam Selasa lalu.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam, mangsa berusia 20 tahun yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di sini, dalam pejalanan pulang ke rumahnya di Kampung Setia Tok Kau, Guar Chempedak.

Difahamkan, suspek berusia 20-an mengekori mangsa dari jauh sebelum mencabul kehormatan gadis berkenaan.

Sumber berkata, apabila tiba di hadapan kilang beras Jalan Guar Chempedak-Yan, mangsa mengesyaki seorang lelaki menunggang motosikal mengekorinya tanpa menyalakan lampu.

"Suspek mengekorinya mangsa dalam keadaan perlahan sebelum menghampiri motosikal mangsa.

"tiba-tiba lelaki itu terus meraba buah dada sebelah kanan sehingga mangsa terkejut dan menjerit sekuat hati," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, suspek tergamam mendengar mangsa menjerit terus memecut motosikalnya.

"Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal jenis Honda EX5 suspek.

"Mangsa mendakwa mengalami kesakitan pada bahagian buah dadanya akibat diramas dengan kuat," katanya.

Menurutnya, mangsa turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Syed Nasir Syed Darus ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan lelaki berusia 27 tahun di rumahnya di kota Sarang semut, di sini, kelmarin kira-kira jam 1 pagi kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu.

"Suspek ditahan berdasarkan maklumat mangsa yang memberi nombor pendaftaran motosikal suspek pada malam kejadian itu.

"Suspek juga bisu direman empat hari mulai kelmarin. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan," katanya.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.