Archive for 10/23/11

default

Jalan bukan dibina atas angin, Kerajaan PAS Kedah nak duit cukai tanah dari PLUS !

on Sunday, October 23, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

“Laluan itu panjang, bermula dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah sempadan Pulau Pinang (dan sempadan Perak), namun sejak laluan berkenaan digunakan, sekupang (satu sen) pun (cukai) tidak dibayar kepada Kerajaan Negeri.

“Tanah yang diambil adalah milik Kerajaan Negeri Kedah, dan kalau tanah itu digunakan, hasilnya (cukai) perlulah dibayar,” katanya semasa berucap pada program ceramah sempena Sambutan 60 Tahun Pas peringkat negeri Kedah, yang diadakan di Kompleks Pas Batu 9, malam kelmarin.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, berkata, tidak ada sebab untuk Plus tidak membayar cukai tanah kepada Kerajaan Negeri sedangkan mereka mengaut untung besar setiap tahun.

“Kenapa projek daripada Plus yang mendapat kutipan tol dan mengaut untung lebih 1 bilion setahun, tidak membayar hasil (cukai) sedangkan laluan dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan bukannya di atas angin.

“Jika bayaran cukai ini dibuat, ia akan menjadi satu lagi hasil baru di bawah pendapatan negeri ini dan perkara ini akan saya tanyakan dalam Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Negeri Kelantan juga akan menuntut hutang berjumlah RM35 juta, yang melibatkan pembinaan landasan kereta api serta stesen kereta api di beberapa kawasan termasuklah Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Tanah Merah.

“Kita akan membuat tuntutan, sudahlah royalti minyak pun diambil, kini Perbadanan Aset Keretapi perlu membayar cukai kerana ia didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya.


Komen GPB : 

Dulu tempat pengajian UUM  , sekarang PLUS pulak KENA ..... Cuma yang GPB musykil  ...Kerajaan Kedah ni tak ada duit sangat ka ?


default

Isu cabul : Guan Eng meroyan bila TPM cabar buat laporan polis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Oleh kerana cabaran oleh TPM terhadap Guan Eng semalam  , hari ini ketua regim DAP Penang ini meroyan gila babi punya dan melabelkan TPM jangan jadi pengecut kononnya menekan anaknya .

Yang syok tu , dia buat cerita sedih macam sial tuduh Muhyiddin seolah-olah jahat  dan  membencinya  ... ..

Perghhh !!!........ drama komunis  macam bangsat sekali !

 Lihat di bawah ini  kenyataan  anak Kit Siang yang  meroyan macam sial sekali ... Dia  lah pemimpin  yang baik  di PP  walaupun telah berbohong terang -terangan di media  tentang sebab anaknya tukar sekolah ...



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya dengan isu mencabul seorang gadis seperti didakwa bloger pro Umno.


Menurutnya, adalah sangat zalim jika Timbalan Perdana Menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.


"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.


"Namun, Muhyiddin tidak perlu menyertai kumpulan pengecut dengan memfitnah anak saya yang berusia 16 tahun dan meletakkan anak saya sekali lagi melalui pengalaman yang trauma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seperti dilapor media yang mahu Guan Eng memberi kenyataan yang kukuh berhubung isu yang dibangkit bloger Umno itu. HAPRAK DAILY 

default

Siapa Tipu Siapa : Lagi pembohongan Guan Eng dibongkarkan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Guan Eng selalu mendabik dada pentadbirannya  telus , bersih dan  tiada rasuah  tapi sebalik menuduh kerajaan BN  3 tahu dulu  mentadbir PP penuh dengan skandal & penyelewengan . Antaranya ialah  isu MPSP  ini yang selalu Ketua Regim DAP labelkan sebagai Skandal Rugi RM 230 juta dilakukan Kerajaan BN .

Kalau betul ada skandal , kenapa sampai sekarang Guan Eng tak buat laporan SPRM ?  Nampak jelas ketua menteri ini kaki pembohong bagi menutup penyelewengan kerajaan CAT nya seperti isu SPICE yang memberi kelebihan kepada  syarikat KRONI  DAP .

Lihat di bawah ini :






sumber : Sekretariat Penerangan BN P.Pinang 

default

Model pertama Malaysia berbogel di antarabangsa

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA LUMPUR – Mungkin tajuk di atas membuat anda tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan itu dan di mana dia menjadi model bogel negara yang pertama?

Oklah, namanya ialah Christy Yow yang berasal dari Ipoh, Perak. Sebelum ini dia merupakan model untuk jenama pakaian Crocodile.

Mula menjadi model pada usia 19 tahun ketika mengikuti jurusan penyiaran di Kolej Tuanku Abdul Rahman.




“Ada rakan-rakan bertanya jika saya berminat menjaid model ketika itu, saya fikir mengapa tidak keran itu cara untuk seorang pelajar mendapat wang tambahan.

“Namun saya tidak menjangkakan akan menjadi model sepenuh masa. Saya ingat saya akan lebih banyak berkerja di belakang tabir memandangkan saya adalah pelajar bidang penyiaran,” katanya dipetik media baru-baru ini.

Christy asalnya ke Singapura untuk menjadi pramugari Penerbangan Singapura tetapi gagal dalam pusingan pertama lagi.

Dia berbogel untuk majalah F*** (Film, Fame & Frank) di negara berkenaan. Dia dikenali dengan nama samaran 36C Christy, sempena saiz dadanya yang besar . SETERUSNYA

default

Hudud PAS boleh liwat Isteri ... lihat dulu hukum dalam Islam ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments

Di dalam video rakaman perbahasan di Parlimen ini, jelas Yb Salahuddin Ayub kata "liwat isteri boleh".(pada range time bermula 0.31 second)




Sila baca hukum meliwat isteri 


Hukum Liwat Isteri

Meliwat Isteri atau memasukkan zakar ke dubur isteri adalah haram. Banyak dalil dari Al-Quran dan Hadis yang menyatakan hukum meliwat isteri ini. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Berjimaklah melalui depan atau melalui belakang. Jauhi dari memasukkan zakar ke dalam dubur dan berjimak semasa haid.”(Riwayat An-Nasai)

Jelas di dalam hadis di atas bahawa Islam sangat melarang umatnya melakukan hubungan sex melalui lubang dubur isterinya, kerana perbuatan ini adalah perbuatan luar tabie dan sangat dibenci oleh Allah. Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan sex dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri , duduk atau meniarap (suami menindih perempuan yang meniarap dilantai) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Isteri itu adalah seperti ladang yang luas, bercucuk tanamlah suami diladang tersebut dengan benda-benda yang baik, supaya suami tersebut memperolehi hasilnya nanti. Jelas bahawa isteri itu adalah tempat suami bersuka dan berkasih sayang, ini juga merupakan amanah Allah kepada suami supaya dapat dimanfaatkan dengan baik dan tidak sesekali mensia-siakan isteri dengan cara mengabaikan mereka. Firman Allah yang bermaksud :

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.”(Al-Baqarah : 223)

Hukum bagi suami yang meliwat isterinya ialah dosa besar dan Allah akan melaknat suami yang meliwat isterinya. Pasangan yang telah melakukan liwat akan ditarik oleh Allah akan nikmat jimak di faraj sama sekali dan ia akan sentiasa terus suka melakukan hubungan sex di jalan dubur isterinya. Mereka yang suka meliwat akan ditutup pintu hatinya dan mereka terus suka melakukan sex liwat dengan lebih teruk lagi. Mereka juga akan mudah dijangkiti dengan penyakit AIDS, penyakit kelamin dan sebagainya, kerana perbuatan liwat ini adalah sangat jijik dan kotor dengan memasukkan zakar ke dubur yang jelas jalan tersebut adalah saluran najis. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.” (Al-Ankabut : 28)

Lagi dalil dari Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Allah melaknat siapa yang berbuat dengan perbuatannya kaum Luth”. (Riwayat Ahmad)

Pasangan yang telah melakukan perbuatan terkutuk dan perbuatan yang sangat dilaknat Allah ini, maka kembalilah kepangkal jalan dan bertaubatlah kepada Allah. Jadikan agama Islam sebagai cara hidup dan sebagai rujukan dalam semua aspek kehidupan, jauhkanlah dari menonton filem lucah, kerana musuh Islam itu sentiasa akan berusaha menyesatkan umat Islam. Allah Maha pengampun dan Maha Penerima Taubat. Jalanilah kehidupan berkeluarga dengan penuh keharmonian dan penghormatan di antara satu sama lain. Mudah-mudahan keluarga anda semua memperolehi keberkatan dan kebahgiaan dari Allah.


Komen GPB : Inilah hukum hudud PAS yang depa nak laksana ,bukannya hudud Islam ...

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.