Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-08-28

default

Buku Abdullah CD dedahkan bukti Mat Indera Ketua Regimen Komunis Melayu Johor

on Wednesday, September 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Mari kita baca buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) - Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10. Siapa Abdullah CD ni. Abdullah CD adalah orang kanan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan seangkatan dengan Shamsiah Fakeh. Apa Abdullah CD kata?

Muka surat 112 - 120, Abdullah CD ada menulis siapa Mat Indera. Menurut beliau, Mat Indera adalah Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor. klik di sini 


Kisah Mat Indera semakin melucukan bila mana PAS hari ini telah mengubah sejarah bahawa Mat Indera bukan ahli Komunis dan tidak pernah sertai pengganas paling kejam dibenci rakyat negara ini .

Tetapi ia bertentangan sekali dengan buku Memoir Abdullah CD iaitu antara orang kanan PKM yang dakta Mat Indera merupakan Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor .  Itu bukan UMNO kata tetapi pemimpin besar komunis yang diagungkan Mat Sabu sebagai pejuang kemerdekaan . . Buku ini tahun 2007 terbitan syarikat pro pembangkang SIRD.

Siapa sebenarnya bohong ? Suhaizan atau buku  Abdullah CD ?


INI PULAK CAKAP PAS YANG MAT INDERA TAK PERNAH SERTAI  KOMUNIS 

Pakcik saja cari penyakit jadi barua PAS...baca di sini 



Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.


Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.


Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.


"Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

default

Mat Indera tak pernah diiktiraf pejuang kemerdekaan - Yayasan Warisan Johor

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Yayasan Warisan Johor  dalam satu kenyataan pada Selasa menjelaskan walaupun nama Mat Indera disenaraikan menerusi penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk, Pengukir Nama Johor namun Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Sebaliknya jelas YWJ, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada lelaki itu seorang pengganas komunis atau pejuang.

Selain artikel hasil penyelidikan Allahyarham Ismail Adnan, buku itu juga memaparkan penulisan mengenai Mat Indera berdasarkan kajian Sahgidon Dirhan bertajuk Bajuri Haji Siraj, yang mendedahkan Mat Indera pemimpin komunis Melayu melakukan keganasan dan kekejaman terhadap bangsa sendiri.

Pengarah YWJ, Muhamad Fuad Radzuan, berkata buku berkenaan hasil kajian penyelidik dan penulis secara individu di bawah Projek Penyelidikan dan Penulisan Warisan Sejarah Johor (PEWARIS) yang diselenggarakan yayasan itu.

“Projek PEWARIS membabitkan penulis dan penyelidik yang dilatih sekumpulan tenaga akademik dari beberapa institusi pengajian tinggi awam negara ini. Hasil kajian dan penulisan mereka dibukukan untuk tatapan masyarakat, termasuk buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan pada 2004.

“Justeru, Pengukir Nama Johor hasil kajian dan penyelidikan penulis secara individu walaupun mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Terserah kepada masyarakat khususnya golongan sejarawan mentafsir dan menilainya kerana pentafsiran oleh golongan yang tidak arif, dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat.

“Selain artikel mengenai Mat Indera hasil penyelidikan dan penulisan Ismail, sebuah lagi artikel dalam buku sama oleh Sahgidon pula menyatakan Mat Indera adalah pemimpin komunis Melayu yang ganas dan kejam terhadap bangsanya sendiri," katanya.

Muhamad Fuad berkata, perbezaan itu wujud kerana YWJ memberi kebebasan kepada penyelidik dan penulis sejarah berkenaan mengemukakan hasil kajian dan penulisan masing-masing dalam bentuk karya akademik popular.

Katanya, pendekatan itu dengan harapan hasil penyelidikan berkenaan dapat merangsang penulis lain memperkembangkan maklumat yang ada dalam penulisan buku terbabit supaya ia menjadi lebih komprehensif.

Pada sidang akhbarnya semalam, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan ‘yakin’ mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku Pengukir Nama Johor pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera yang ditulis Ismail Adnan.-6/9/2011 AGENDA DAILY 

default

Guan Eng sanggup bohong Mat Sabu tak terlibat Bersih , halalkan bil rawatan PBA

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




" Satu pembohongan nyata yang menjijikkan dengan menyatakan Mat Sabu tidak terlibat dalam perhimpunan Haram Bersih. Seluruh rakyat Malaysia melihat paparan video di stesen TV bagaimana Mat Sabu mendapat kecederaan kerana dikejar polis , akhirnya jatuh dan terlibat . 

"Jadi ini bukan satu benda yang boleh ditipu , tetapi dilihat rakyat secara keseluruhan"kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican




Memang sah lah Mat Sabu komunis ini  adalah seorang anak emas Guan Eng dan kepimpinan DAP P.Pinang .

Sampai Apek ketua regim DAP ini pun terpaksa bohong ( memang kaki bohong ) kepada kakitangan PBA sendiri  dan rakyat PP amnya bahawa Mat Sabu tidak sertai himpunan haram Bersih 2.0  bagi menghalalkan tuntut bil caj rawatan hospital swasta .

Walhal video Mat Sabu naik motorsikal mahu ke himpunan itu pun yang dikejar polis telah ditayangkan kepada umum pun . Jadi , bagaimana Guan Eng boleh bohong terang -terangan Mat Sabu tak terlibat Bersih ??

default

Waris Bukit Kepong desak Mat Sabu minta maaf atau berdepan Saman !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

default

AWAS ! Khabar Pembohong bertiup kencang hasil mimpi selingkuhan Pakatan !

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Orang  tengok gambar ini pun cukup tau ini semua kerja puak-puak penyokong Komunis lahanat dalam Pakatan .  Yang best  tu Armand Azha pun dilantik sebagai anggota Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan . haha........ Tahniah bro !

Sebenarnya GPB tak mahu cakap pasal gambar ini , tetapi ia juga   termasuk di dalam satu cerita lama yang yang cuba kasi hangat kembali untuk tutup isu Komunis dan Mat Indera Sabu .

Dulu pembangkang dah  try untuk  pecahbelahkan kekuatan kuat  UMNO /BN iaitu hubungan Najib - Muhyiddin .  Siap tuduh PENAWAR desak Najib letak jawatan la . Tapi ini semua tak berhasil kerana semua ahli  UMNO tidak rela  lagi parti keramat ini  berpecah di saat kaum chauvinis semakin rakus dan menggila bersama anjing perliharaan mereka untuk menawan Putrajaya .

Kini mereka mahu cakap bahawa Khabar Angin bertiup kencang dalam UMNO bahawa Muhyiddin sudah bersedia untuk mengambilalih Presiden UMNO tetapi bukan menjadi PM untuk Malaysia   ( sebab PRU 13 Anwar sudah  jadi PM ) .. Sila  baca artikel  pencacai pakatan  ini

Awas ! Ini sebenarnya khabar angin rekayasa puak-puak Pakatan ... tak ada apa-apa masalah pun antara PM & TPM .  Yang hanya bermasalah ialah Anwar Ibrahim yang berdepan kes liwat Saiful dan pelaku dalam video seks !

default

Video Waris Bukit Kepong tidak mahu jumpa Mat Sabu Komunis !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Rombongan puak2 penyokong Komunis dari PAS memang tak layak untuk berjumpa Waris tragedi Bukit Kepong kerana kata-kata Mat Sabu telah menghina perjuangan & pengorbanan semua pejuang yang terkorban dalam peristiwa berdarah itu  .

Tak payah lah Suhaizan Kaiat spin tuduh Pemuda UMNO sebagai dalang halangn mereka dari berjumpa keluarga berkenaan. Keluarga  mangsa iaitu  Pn Jamilah sendiri tidak mahu jumpa hang pa semua wahai penyokong Mat Indera  Komunis !

Selagi saya masih bernyawa, saya tidak akan maafkan Mohamad Sabu (Mat Sabu) kerana kata-katanya memperlekehkan pengorbanan arwah ayah, ibu dan wira lain yang terkorban dalam kejadian berkenaan,”

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, semalam beberapa kereta mengiringi rombongan Mat Sabu untuk bertemu waris anggota polis yang terbabit dalam kejadian Bukit Kepong bagi meredakan keadaan tidak kesampaian, apabila dihalang kira-kira 40 saudara-mara dan penduduk di sekitar Bandar Baru Uda, di sini.

Kenderaan mereka dikepung bagi menghalang Mat Sabu bertemu Jamilah, 65, yang juga anak sulung kepada Allahyarham Abu Bakar Daud.KLIK DI SINI




Pemuda PAS Johor berang Mat Sabu dihalang Pemuda UMNO jumpa waris Bkt Kepong


Rombongan Pemuda PAS yang diketuai oleh Suhaizan Kaiat telah dihalang sekumpulan lelaki ketika mereka dalam perjalanan untuk menemui salah satu mangsa peristiwa Bukit Kepong. Kumpulan lelaki yang terdiri dari sepuluh orang itu bertindak menghalang mereka sebelum sempat bertemu dengan keluarga mangsa.

Pemuda PAS Johor telah mengiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta peguamnya untuk berbincang dengan keluarga mangsa tersebut. Bagaimanapun, rombongan konvoi tiga kenderaan ke Skudai Kanan, Johor itu tak berkesempatan berjumpa Jamilah Abu Bakar.

Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat juga mendedahkan terdapat beberapa Pemuda UMNO yang dikenalpasti dalam kumpulan berkenaan. Mungkin sebab itulah mereka bertindak menghalang kumpulan rombongan Timbalan Presiden PAS tersebut.

"Mereka halang kami dan tuduh Mat Sabu cuba pertahankan komunis. Mereka minta dia tarik balik kenyataan itu atau tidak dibenarkan bertemu.

default

Mat Sabu tak sempat pijak rumah , dihalau Waris pejuang Bukit Kepong

on Tuesday, September 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

 Mat Sabu ingat dengan mengunjungi rumah Waris pejuang yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong boleh settle kan semua ini .  

Sebenarnya  Mat Sabu lah yang cuba merobek  luka lama supaya berdarah kembali dengan menggelarkan wira negara yang terkorban itu sebagai polis British dan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan . 

Orang Melayu terutama waris anggota keselamatan dan orang awam yang terkorban di tangan pengganas Komunis cukup terguris sekali  dengan keceluparan muluat Mat Sabu yang lebih mengagungkan komunis sebagai pejuang  sebenar. 

Hari ini Mat Sabu baru dihalau oleh Waris pejuang Bukit Kepong , itu belum lagi waris dan barisan pejuang2 yang pernah sertai perjuangan menghapuskan pengganas komunis  di luar sana .  

Inilah akibatnya orang yang cuba jolok sarang tebuan !




“Selagi saya masih bernyawa, saya tidak akan maafkan Mohamad Sabu (Mat Sabu) kerana kata-katanya memperlekehkan pengorbanan arwah ayah, ibu dan wira lain yang terkorban dalam kejadian berkenaan,” kata seorang waris pejuang negara yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar, 65, apabila Timbalan Presiden Pas itu gagal bertemunya, semalam.

Menurutnya, tiada gunanya Mat Sabu cuba menemuinya kerana kenyataan yang dikeluarkan mengguris perasaan semua waris mangsa dan rakyat negara ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, semalam beberapa kereta mengiringi rombongan Mat Sabu untuk bertemu waris anggota polis yang terbabit dalam kejadian Bukit Kepong bagi meredakan keadaan tidak kesampaian, apabila dihalang kira-kira 40 saudara-mara dan penduduk di sekitar Bandar Baru Uda, di sini. Kenderaan mereka dikepung bagi menghalang Mat Sabu bertemu Jamilah, 65, yang juga anak sulung kepada Allahyarham Abu Bakar Daud.

Perbuatan penduduk itu mengakibatkan Mat Sabu dan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat, tidak sempat turun dari kereta Proton Exora berwarna merah hati yang dinaikinya dan berpatah balik dalam tempoh lima minit.


Jamilah tinggal di Jalan Persiaran Barli 2/2 berkata, kunjungan Mat Sabu itu menimbulkan tekanan kepadanya dan ahli keluarga yang kurang selesa dengan hasrat pemimpin parti pembangkang berkenaan.


Katanya, bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini timbul, keluarganya mengambil keputusan tidak berjumpa dengan Mat Sabu.

“Sekarang dan sampailah bila-bila, saya tidak ingin bertemu dengannya tanpa mengira apa juga alasan diberikan bagi mengaturkan pertemuan, kami tidak akan peduli.

“Tiada apa yang mahu saya beritahu dia kerana bukan saya seorang saja waris mangsa, malah ramai lagi waris lain,” katanya.

Jamilah berkata, sebelum kehadiran Mat Sabu, rumahnya didatangi seorang ahli politik parti terbabit, kelmarin, yang mahu mengaturkan perjumpaan semalam gara-gara tidak berpuas hati dengan ulasan diberikan keluarga waris kepada pihak media sebelum ini.

Kami terkilan dengan sikap mereka yang suka memutar-belitkan fakta dan kini mahu menemui kami sekeluarga. Apa yang jelas tindakan mereka mengakibatkan kami tidak senang hati.



“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan moral kepada kami dan berharap, tidak lagi diganggu selepas ini,” katanya.


Turut hadir di kediaman Jamilah, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamed selain pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Nusajaya.


Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim berkata, pihaknya tidak menyangka pertemuan yang diatur itu dihalang penduduk dan saudara-mara Jamilah.

default

Khalid Samad beri tazkirah tanpa tauliah bakal berdepan tindakan JAIS

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa tauliah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.



Komen GPB

Khalid Samad buat hal lagi nampaknya dengan JAIS ... memang muka ni selalu langgar undang2. Elok lah JAIS ambil tindakan terhadap  orang seperti ini .

default

PAS dulu tolak Komunis , PAS sekarang jadi penyokong kuat No 1 !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Risalah ini dikeluarkan oleh PAS Pendang pada Januari 1985 ketika kempen Pilihanraya .

"PAS mengajak masyarakat kepada ajaran Al Quran dan Sunnah, maka kita tolak segala ajaran lain seperti kebangsaan, sekular, komunis, kapitalis ...."

Ini adalah zaman dulu PAS semasa di bawa Allahyarhan Fadzil Noor  dan menegakkan negara Islam dan menolak sekular, komunis ,kapitalis merupakan perjuangan sebenar mereka .

Tetapi hari ini bila naik sahaja ayam sabung PAS  Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden , terus ideologi PAS telah berubah secara drastik  dan kini diresapi pulak komunis .   PAS kini pejuangkan negara kebajikan dan terkini Mat Sabu mahu ubah sejarah mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan !

Ternyata PAS hari ini telah mengkhianati perjuangan dahulu PAS di bawah Fadzil Noor .

default

Editor buku balun Mat Sabu Komunis putarbelitkan " Pengukir Nama Johor"

by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments


Kalau dah  Editor buku itu sendiri sudah bersuara bahawa Mat Sabu tak layak bercakap untuk tentukan siapa pejuang kemerdekaan , anda boleh nilai sendiri seorang penyokong Komunis yang sedang tengah  tersepit ini . .
Penulis buku ini sebenarnya mengajak pembaca berfikir siapa Mat Indera samada layak digelar hero atau pengkhianat negara kerana terlibat dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong 1950 . Bukannya buku ini  iktiraf Mat Indera sebagai pejuang dan bukan komunis .

Blog2 pencacai Pakatan yang syok pamerkan bukti tentang Mat Indera adalah pejuang sebenar  melalui bukti buku ini  dan bukan pengganas Komunis nampaknya  dah kantoi . Lain kali bagi faham dulu apa yang ditulis bukannya main auta saja .



 Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba 'mengukuhkan' kenyataannya bahawa Muhammad Indera dan rakan seperjuangan dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan nyata memakan diri.


Apa yang pasti, pemimpin nombor dua Pas itu perlu kembali 'semula' ke sekolah untuk belajar sejarah dengan lebih mendalam kerana dakwaan bahawa buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) pada 2004 menyokong kenyataannya, sebaliknya tidak menyatakan Muhammad atau Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan tetapi mengajak rakyat menilai siapa sebenarnya Mat Indera.


Editor buku tersebut, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid yang membidas kenyataan kontroversi itu turut menegaskan bahawa Mat Sabu tidak layak menentukan siapa pejuang kemerdekaan negara yang sebenar kerana beliau bukan orang yang arif dalam bidang sejarah.


"Biarlah ahli sejarah yang arif dalam bidang sejarah menentukan siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan negara. Sebagai politikus (Mat Sabu) tidak layak mencampuri hal-hal sejarah kerana dia bukan orang yang arif dalam bidang itu. Ini kerana apabila orang yang bukan arif bercakap tentang sejarah, ia akan mengelirukan pemikiran masyarakat.


"Sebenarnya isi kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang ditulis Ismail (Adnan) yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu mengajak pembaca berfikir siapa sebenarnya Mat Indera yang terlibat dalam peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong 61 tahun lalu, sama ada hero atau pengkhianat negara?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Terdahulu pada sidang akhbar di sini hari ini, Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan 'yakin' mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.


"Berdasarkan buku itu dari awal lagi saya yakin saya menang mengenai isu (Mat Indera) dan keyakinan itu diperkukuhkan lagi dengan bukti bahawa Penaung YWJ ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, malah bersama ahli akademik berwibawa yang dengan jelas menyatakan Mat Indera seorang pejuang dan bukannya komunis," katanya.

default

PANAS ! Lagi penyelewengan, kali ini projek parking kereta Bukit Bendera !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Belum reda isu  bil rawatan  Mat Sabu yang dibiayai PBA kerana  mengalami kemalangan gara-gara hendak sertai himpunan haram Bersih 2.0 ,

Kali ini Guan Eng mungkin terpaksa jawab pulak sebagai Pengerusi PDC berhubung laporan kepada SPRM oleh parti KITA P.Pinang tentang penyelewengan projek parking kereta bertingkat Bkt Bendera .Projek ini dikatakan tidak mendapat kelulusan MPPP .

Kita tunggu apa pulak jawapan Guan Eng dalam isu ini kerana jika kerajaannya mengamalkan CAT , ia perlu jawab persoalan ini .



PULAU PINANG 5 Sept. – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek pembinaan tempat letak kereta bertingkat Bukit Bendera yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.


Pengerusi KITA negeri, Tan Tee Beng berkata, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyalurkan dana RM50 juta bagi pembinaan tempat letak kereta tersebut walaupun projek itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).


Sehubungan itu katanya, SPRM diminta menyiasat Guan Eng serta MPPP berhubung pelaksanaan projek berkenaan yang salah di sisi undang-undang.


“Bagaimana boleh tempat letak kereta ini dapat dibangunkan tanpa kelulusan rancangan pembangunan? Pada masa sama, kenapa pihak MPPP tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang pembinaan haram ini?


“SPRM juga perlu menyiasat bagaimana PDC boleh menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada pihak berkenaan untuk membina bangunan haram ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.


Tee Beng menegaskan, pada peringkat ini, SPRM perlu mengesahkan sama ada pembinaan tempat letak kereta bertingkat itu mempunyai kelulusan rancangan pembangunan MPPP dan menyiasat dakwaan bahawa PDC menyalurkan dana bagi pembinaannya.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, perkara itu harus disiasat segera supaya pihak terbabit tiada peluang untuk mengubah sebarang bukti di dalam dokumen sedia ada.


“Pada masa sama, saya bersedia bekerjasama dengan pihak SPRM untuk memberikan maklumat sekiranya saya dapat bukti yang baru dan kukuh,” tambahnya.


Sementara itu, ditanya mengenai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang, Tee Beng berkata, KITA telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Pimpinan (JEP) yang akan mengkaji langkah serta strategi untuk bertanding di kerusi yang mampu dimenangi parti itu.


Katanya, ahli-ahli parti itu boleh memilih sesiapa sebagai calon, namun ia terpulang kepada keputusan muktamad Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

default

PANAS ! PAS jadi bacul bila kerusi mereka dituntut DAP di P.Pinang

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Kalau Timbalan Presiden PAS Mat Sabu jadi bacul  kerana tak mahu debat dengan Khairy ,    hari ini sudah jadi pun kepada PAS P.Pinang  di mana mereka sanggup  beri kerusi majoriti Melayu  yang ditandingi sebelum ini kepada DAP .

Sebelum ini , seorang pemimpin DAP Pulau Pinang  Zulkifli Mohd Noor  meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding

 Ketua Penerangan PKR Johari Kassim  pulak memberi amaran keras kepada DAP jangan besar kepala untuk tuntut kerusi mereka .KLIK DI SINI 

Yang menghairankan DAP tuntut kerusi PKR dan mengapa pulak PAS yang lebih-lebih mahu serah kerusi mereka ?

Nampaknya PAS lagi taat setia kepada arahan DAP berbanding PKR . Tapi sayang PAS P.Pinang diketuai Salleh Man dan Mujahid  ibarat melukut di tepi gantang sahaja di mata DAP . Apa jawatan diberikan oleh DAP kepada PAS ? Exco ??  Setakat Timb YDP MAIPP ,  Ahli Majlis & Board Of Director PBA je la dapat .

GPB cabar PAS yang patuh sangat arahan abang besar DAP , serah saja  DUN Prmtg Pasir  untuk diletakkan calon DAP  !


GEORGETOWN - Pas sedia berunding serta bersedia membuat keputusan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat (PR) dalam pemberian kerusi kepada DAP yang akan menempatkan calon Melayu dalam parti itu.


Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri I, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas bersedia untuk berunding dalam pemberian kerusi itu jika status quo dicabar sehingga kredibiliti kemenangan parti itu perlu diambil kira.


“Semuanya masih di peringkat perbincangan. Perbincangan awal, tiada sebarang keputusan diambil yang mana ia dibincangkan secara objektif iaitu melihat dari sudut yang paling asas iaitu kawasan mana yang akan Pas bertanding. Banyak kriteria yang kita ambil kira dan bukan sembarangan keputusan boleh diambil.


“Kita tengok dulu kredibiliti sesebuah parti itu di kawasan yang dipertandingkan. Jika di kawasan A, kita lihat Pas boleh menang, mana mungkin kita serahkan kerusi itu kepada parti lain. Sama juga jika di kawasan B, peratusan PKR nak menang tinggi, mengapa perlu kita serahkan kepada parti lain walaupun sesama parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

default

Portal Pro Pembangkang & ahli PAS akui Mat Sabu pelingkup sokongan Pakatan

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kebodohan dan kedangkalan seorang penyokog komunis seperti Mat Sabu tentang sejarah Bukit Kepong sebenarnya   dikritik dan dikutuk  oleh web pro-pembangkang . Mereka menyifatkan keceluparan mulut anjing  terbaru DAP ini telah mengakis populariti dan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan .

Malah beberapa ahli PAS juga tak setuju kenyataan Timbalan Presiden PAs ini yang terang -terangan  memalukan parti dan memberi peluru kepada kerajaan BN

Di antara artikel yang disiarkan di dalam Free Malaysia Today :-

KUALA LUMPUR: PAS, yang 'riding high' dalam Pakatan Rakyat, yang pantas kehilangan popularitinya di kalangan orang Melayu, dengan letusan kontroversi lain yang disebabkan oleh timbalan presiden Mohamad Sabu.


Ramai orang Melayu yang menyokong parti tetapi tidak berdaftar, telah menjauhi diri dari parti yang cuba untuk mengekalkan kedudukannya sebagai satu-satunya parti yang juara sebab Melayu dan Islam.


Ramai ahli-ahli PAS berada dalam keadaan yang serba salah kerana perjuangan mereka dipersoalkan oleh orang-orang kampung yang ingin tahu sama ada pihak yang mengiktiraf pemberontak komunis yang ideologinya bertentangan dengan Islam.


Sebuah parti Islam yang berdasarkan fundamentalisme Islam, parti itu kini dilihat oleh ramai ahli-ahli Melayu sebagai "alat semata-mata" yang digunakan untuk memberi manfaat kepada rakan-rakan dalam perikatan Pakatan, yang DAP yang berasaskan kaum Cina dan PKR berasaskan Melayu.


Mohamad Sabu, atau popular dikenali sebagai Mat Sabu, sengaja mengacau sarang tebuan, apabila beliau menganggap pengganas komunis yang diketuai oleh satu Melayu, Mat Indera, adalah wira-wira dalam serangan ke atas balai polis satu di Bukit Kepong, Johor, semasa darurat pada tahun 1950.


Semua anggota polis dan anggota keluarga mereka termasuk kanak-kanak telah dibunuh.


Ini bukan kali pertama Mat Sabu telah meletakkan parti itu dalam kedudukan yang janggal di kalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan untuk sebuah negara Islam....


..."Mat Sabu tiada tokoh kepimpinan kerana dia hanya gerombolan pengacau dalam parti. Walau bagaimanapun, kerana perwakilan parti telah melantik mereka sebagai timbalan presiden, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menyokong kedudukannya.


'Bagaimanapun, kami tidak bersetuju dan tidak menyokong banyak kenyataan yang dibuat dalam kapasiti sekarang memandangkan tahap kepintaran adalah lebih rendah daripada bekas timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, "kata seorang ahli PAS ketika ditemui semasa perjumpaan Hari Raya.


Beberapa ahli PAS turut serta meminta Mat Sabu meminta maaf kerana pembunuhan Bukit Kepong adalah isu sensitif yang dekat dengan hati orang Melayu.


Mereka berkata Mat Sabu sepatutnya jelas bahawa peristiwa yang dicatatkan dalam sejarah sebagai salah satu daripada perbuatan kejam pemberontak komunis di negara ini.


Mereka bersetuju bahawa kenyataan Mat Sabu merosakkan parti, terutama apabila ia berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan Islam. Sokongan kepada PAS terhakis di kalangan ramai orang Melayu atas pagar yang bakal mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang....


...."Dan kali ini, orang Melayu, yang bukan PAS mahupun ahli-ahli Umno, hanya boleh memberi sokongan mereka kepada Umno apabila mereka melihat situasi semasa.


"PAS kini dianggap tidak sensitif kepada sentimen Melayu, ia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PKR dan DAP kerana banyak tindakan dalam tempoh dua tahun yang lalu bertentangan dengan prinsip-prinsip dan objektif rakan kongsi, dan juga dalam PAS sendiri ahli-ahlinya dipaparkan tiada perpaduan yang sebenar ke arah pemimpin-pemimpin yang dipilih dalam pemilihan parti yang lalu. - Free Malaysia Today

default

PANAS ! Guan Eng terperangkap , wang rakyat memang digunakan biayai Mat Sabu !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Akhirnya, isu kos perubatan Mat Sabu telah diakui dibiayai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Dan bukannya didedahkan oleh Mat Sabu tetapi pengurus besar PBAPP sendiri, Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP! Di antara laporan berita tersebut :-

PBAPP general manager Jaseni Maidinsa confirmed he had personally verified Mohamad’s claims with the hospital, adding that it was not unusual for company directors to enjoy such health benefits.


“The health of the director is very important because he must attend board meetings. So we see it that way,” he said, adding that Mohamad’s board meeting attendance was 100 per cent.

Ramai yang menanyakan MiM sama ada Lim Guan Eng DAP berjaya diperangkap untuk mengakui sendiri tindakan PBAPP yang membiayai kos perubatan Mat Sabu yang tercedera semasa terlibat di dalam perhimpunan haram Bersih yang disahkan melanggar undang-undang.

Tidak pernah lagi kita terdengar satu perbadanan korporat yang membiayai perubatan pegawai mereka yang terlibat di dalam aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Kumpulan mafia atau gangster.....mungkin ada peruntukannya!

Ada juga yang mengatakan bahawa dengan pengakuan Lim Guan Eng itu akan memudahkan ramai pihak mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung DAP yang dilihat gagal mengemudi PBAPP sehebat kerajaan BN Pulau Pinang sebelum beliau.

Ada yang menganggap Lim Guan Eng sekarang adalah 'the living target' yang berjaya diperangkap untuk membuka pekung di dada sendiri setelah begitu lama berjaya menutup segala ketidakefesienan beliau sebagai KM Pulau Pinang.

Terpulang kepada analisa masing-masing tetapi pengakuan Jaseni Maidinsa dan Lim Guan Eng DAP bakal menimbulkan satu lagi persoalan besar yang pasti membuatkan mereka terkial-kial mencipta alasan untuk mempertahan justifikasi mereka membenarkan wang rakyat digunakan untuk kecederaan Mat Sabu.

Lim Guan Eng dan Jaseni Maidinsa akan berhujah kononnya Mat Sabu cedera bukan ketika melakukan aktiviti haram yang melanggar undang-undang. Tetapi seluruh rakyat Malaysia tahu Mat Sabu tercedera ketika terlibat di dalam perhimpunan haram Beersih 2.0.

Beliau melarikan diri daripada sekatan polis di Jalan Mahameru ketika dalam perjalanan ke Masjid Negara, satu tempat berkumpulnya juak-juak pro-Ambiga pro-murtad sebelum berarak ke jalanan.

Mat Sabu cuba melarikan diri daripada pihak polis yang mengejar beliau dan sebelum terjatuh di Sri Bukit Persekutuan.

Tidak pernah kita saksikan pihak polis mengejar seseorang kecuali seseorang itu didapati melakukan kesalahan. Dan tidak pernah pula kita lihat seseorang itu melarikan diri daripada pihak pokis jika tidak melakukan sebarang kesalahan! Tidak seperti Mat Sabu!

Dan dalam isu Mat Sabu, ianya sangat jelas.

Mat Sabu adalah di antara 66 orang yang telah disenarai hitamkan dan diperintahkan oleh Mahkamah agar tidak berada di Kuaka Lumpur pada 9hb Julai 2011.

Adalah satu kesalahah jika Mat Sabu berada di lokasi yang diharamkan oleh pihak mahkamah.

Satu lagi perkara penting yang perlu MiM katakan, perintah mahkamah berkuatkuasa daripada jam 8 pagi hingga 6 petang pada 9hb Julai 2011. Mat Sabu tergolek tercedera di sekitar jam 12 tengahari.

Apakah waktu itu bukan di antara 8 pagi hingga 6 petang?

Oohhh....mana mungkin Lim Guan Eng tahu kerana beliau bukan berada di Kuala Lumpur ketika itu!


sumber : Blog MIM

default

Video yang paling dibenci oleh Mat Sabu ,penyokong Mat Indera & Komunis !

on Monday, September 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




default

Kerana mulut Mat Sabu , Pemuda PAS terpaksa baca buku sejarah semula ...

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






GPB kesian betul kat Pemuda PAS ... jadi balaci  betul kepada pemimpin-pemimpin besar PAS .

Mat Sabu yang mulut celupar cakap yang serang Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan dan polis yang mati sebagai talibarut kepada penjajah  British .   Sekarang ini  Pemuda PAS pimpinan Nasrudin nak ajak debat pulak untuk cari fakta sebenar  sejarah .

Selepas 54 tahun kita merdeka, Pemuda PAS baru terfikir nak cari fakta sejarah sebenar . Bagi GPB yang cukup meminati ilmu sejarah ini sejak dari sekolah ,  bagaimana Pemuda PAS nak cari fakta sebenar  jika dok bertengkar dalam wacana yang singkat ?

Lebih baik dibuat satu sesi  perbentangan mengenai kemerdekaan negara mengikut tafsiran oleh Pemuda PAS sendiri serta  Pemuda UMNO .  Kalau setakat pengerusi majlis bertanya soalan dan panel jawab itu bukan untuk masa terbaik untuk  mencari fakta sejarah .


default

Dokumen sejarah Mat Indera & Komunis membunuh polis Bukit Kepong 1950

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



GPB berterima kasih kepada kepada blogger Badar Suci  yang mengeluarkan semula dokumen bersejarah Peristiwa kekejaman komunis di Balai Polis Bukit Kepong untuk generasi hari ini ketahui .

Sekarang ini Mat Sabu dan konco-konconya berusaha memesongkan fakta sejarah dengan mengangkat Mat Indera si petualang bangsa dan Komunis sebagai pejuang kemerdekaan  sebenar . Manakala  polis yang mati dalam Balai Bukit Kepong adalah talibarut penjajah British  .

Adakah  19 anggota polis , 2 isteri mereka & 2 orang anak ini juga dianggap talibarut penjajah  oleh puak2 PAS ?

Semoga dokumen yang berlandaskan fakta bukan auta penyokong Komunis  dapat membuka minda kita untuk ketahui betapa zalimnya pengganas KOMUNIS yang hingga hari ini cukup dibenci rakyat Malaysia !












default

Mat Sabu penakut rupanya berdebat pasal Komunis

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







"Yang pasti,saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah.Takut sebab salah".


"Tewas sebelum bertempur"


Begitulah reaksi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,Khairy Jamaluddin apabila Mohamad Sabu menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain


Mohamad Sabu pagi ini berkata beliau menyerahkan tugas kepada pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy Jamaluddin berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan UMNO itu lebih sesuai berbuat demikian.


Dalam tulisan yg beliau di laman twitter,Khairy berkata beliau tidak ada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS dan beliau menyifatkan Mat Sabu "takut dan lari".

Itulah jadi apabila Timbalan Presiden PAS sendiri kecut nak berdebat dan hanya menyerahkan kepada pemuda PAS untuk menjadi kambing hitam dan mangsa sekiranya Khairy dilihat lebih menyerlah dan berjaya meyakinkan kebenaran hakiki tentang isu ini.

Khairy juga sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa mengenai isu hudud dan qisas yang dilihat telah memalukan PAS di gelanggang sendiri.

Khairy juga ditohmah oleh penyokong Pakatan Rakyat kerana tidak layak berdebat dengan Mohamad Sabu kerana bukan seorang menteri tetapi Khairy dengan sinisnya menjawab:


"Woi ,korang lupa ka Sabu itu kalah pilihan raya,YB pun tidak".




Komen GPB


Cakap dalam ceramah saja berani tetapi bila diajak berdebat lari !! ... 


Kesian kepada Tuan Ibrahim yang angkuh masa ajak UMNO berdebat tentang siapa pejuang merdeka sebenar tetapi tak sangka Mat Sabu lari lebih dulu ..hahaha

default

Nurul Nuha anak Anwar Ibrahim bakal calon PKR di Nibong Tebal ?

by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


GPB dapat info  menyatakan anak perempuan Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha bakal diletakkan bertnading di Parlimen Nibong Tebal pada PRU 13 akan datang .  KLIK DI SINI

Nampaknya ramalan  & khabar angin oleh rakan2 blogger Penang selama ini bahawa keluarga Anwar akan bertanding di Nibong Tebal mungkin bakal jadi kenyataan.  GPB yakin kepimpinan Dato Non  selalu Ketua Bahagian UMNO Nibong Tebal telah bersiap sedia menghadapi siapa juga calon yang ditampilkan PKR .




 Nurul Nuha di Nibong Tebal dan Nurul Izzah mungkin di Permatang Pauh .






Mengapa anak perempuan Anwar saja terjun dalam 
politik  PKR  ? Mana pergi anak lelaki 
Anwar iaitu Ihsan ?? 




default

Mujahid buta sejarah , Polis mati di Bukit Kepong bukan talibarut British !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah.

Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu.

Individu yang menyatakan anggota keselamatan pada zaman British mempertahankan penjajah sebenarnya tidak memahami dan buta sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.






Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menafikan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950 dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Laporan Harakahdaily hari ini pula melaporkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menyatakan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong adalah serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Katanya, serangan itu merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British dan ia termasuk kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu ‘menjadi tali barut British’.

Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, sepanjang penjajahan, raja-raja Melayu tidak pernah menyerahkan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dan orang Melayu ketika itu hanya memberikan taat setia kepada raja mereka.

Oleh itu, anggota polis yang berjuang di Bukit Kepong bukan tali barut penjajah sebaliknya mereka berjuang menentang komunis bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk setempat pada masa itu.

KLIK DI SINI FAKTA SEJARAH PERISTIWA BUKIT KEPONG


“Dalam mana-mana negara sekali pun sama ada ketika negeri dijajah sekali pun, fungsi polis tetap sama iaitu menjaga keamanan penduduk setempat, jadi mengapa komunis perlu menyerang mereka, mengapa tidak serang askar British,” katanya yang pernah bertempur sebanyak 12 kali melawan pengganas komunis.

default

Pembangkang mempunyai hati busuk hina misi kemanusiaan ke Somalia

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kesal dengan sikap segelintir pemimpin pembangkang yang cuba menyalahkan UMNO ekoran kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor akibat terkena tembakan curi di Somalia kelmarin.

Katanya, ini terbukti apabila para pemimpin pembangkang tidak menghargai pemergian Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia itu sebaliknya mencari kesalahan pihak penganjur.

“Orang bila dia hati busuk, tidak ada pun kebaikan yang kita buat akan dapat balasan baik daripada orang yang hati busuk ini.

“Itulah parti lawan, memang mempunyai hati busuk,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan dekat sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin pembangkang serta portal propembangkang seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang cenderung menyalahkan penganjur iaitu Kelab Putera 1Malaysia di bawah UMNO akibat kematian Noramfaizul itu.

Sebagai contoh, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam blognya semalam menyiarkan tulisan Blackhawk bertajuk Misi Perubatan UMNO di Somalia: Tulen atau publisiti murahan?.

default

Anak Melayu Pantang dicabar,KJ sanggup debat tapi dengan Mat Sabu Komunis !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Anak Melayu  pantang dicabar ! .... macam ini lah Pemuda UMNO , kita  lawan puak-puak  penyokong Komunis zaman ini diketuai Mat Sabu .

Kita pertahankan pejuang kemerdekaan dan  wira-wira negara terdahulu  yang telah  terkorban pertahankan negara  dari ancaman Komunis. Kalau nak debat biar debat dengan Jeneral Komunis PAS  ini iaitu Mat Sabu kerana keceluparan mulut beliau lah  yang menghina  polis Melayu yang terkorban di Bukit Kepong .

Tak sabar nak tengok Mat Sabu bakal dimalukan KJ sepertimana Husam dulu ..hahaha



Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin tidak lengah seminit pun untuk terima jemputan debat antara beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di kubu kuat PAS, Balai Islam Lundang Kelantan.

Menurut Khairy, beliau sudah menerima jemputan dari kerajaan PAS Kelantan untuk berdebat dengan Mat Sabu di Balai Islan Lundang.

"Tempat yang sama saya pernah debat (dengan) Husam. Walaupun digelanggang lawan Mat Sabu ke Husam ke, saya akan hadir. Masa lawan Husam 3 ribu penyokong pAS sorak. It's OK. Tak payah cari gelanggang neutral. Saya akan lawan di sarang singa anda, jumpa di sana Mat Sabu," katanya dalam satu mesej di laman sosial twitter pada Ahad.

Khairy sebelum ini pernah berdebat dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang yang ramai orang kata 'Husam kena' walaupun menang sorak.

Debat itu dijangka akan diadakan hujung bulan ini. Bagaimana pun, penganjur Kerajaan Negeri Kelantan dikatakan sedang berusaha untuk mendapat jawapan dari Mat Sabu.

Sebelum ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

default

PAS terpaksa guna plan B , ajak berdebat demi pertahan Komunis !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Nampak sangat Pak Brahim &  Tok Guru Nik Aziz dah habis modal untuk berhujah dengan fakta tentang isu Mat Sabu hina pejuang yang terkorban di Bukit Kepong dan anggap komunis pejuang kemerdekaan .

Fakta tak ada  , jadi digunakan debat sebagai jalan terakhir untuk tunjuk hebatnya mereka pertahankan Mat Indera pengkhianat dan Komunis. haha...




KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.


Katanya, PAS akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara.


Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah dengan Pemuda Umno berhubung perkara itu.Menerusi Twitter, beliau menyatakan pihaknya sedia berdebat ilmiah dengan Pemuda UMNO mengenai isu kemerdekaan negara, siapa pejuang sebenar dan siapa menjadi alat penjajah.

default

PANAS ! Guan Eng sambut merdeka 31 Ogos di negara komunis China ...

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Mana pergi juak-juak blogger pencacai Pakatan  bila Guan Eng pun tak ada di Malaysia ketika hari kemerdekaan 31 Ogos ? Sebelum ini hang pa dan Malaysiakini  hentam  kuat Najib kerana pergi Australia hadiri sessi fisioterapi kecederaan lututnya .   Tuduh bermacam-macam seperti tak patriotik dan tidak kena jasa pejuang kemerdekaan terdahulu .

Tapi ini apek  regim DAP   pergi balik  tongsan negara Komunis tak mahu balun ka ?   Pergi Ekspo cabuk je pun sampai bawa 50 orang termasuk dia sekali ...  haha ...


Jika Perdana Menteri dilihat tak serius menyambut Kemerdekaan negara kerana berkunjung ke Australia pada 31 Ogos yang lalu, Pihak UtaraNews dimaklumkan mengenai Ketua Menteri P.Pinang juga telah berada di luar negara pada hari yang sama.


Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Australia dikatakan bagi menghadiri sessi Fisioterapi terhadap kecederaan lututnya manakala Lim Guan Eng pula berada di China pada hari tersebut.


Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan dalam blognya, berada di China pada 31 Ogos untuk satu lawatan kerja di Tanah Besar. Beliau bersama-sama anggota delegasi seramai 50 orang ke wilayah Guangzhou di China bagi menyertai Ekspo Industri Pelancongan Antarabangsa 2011 yang bermula pada 31 Ogos sehinggalah 2 September.


Antara yang bersama beliau ialah isterinya YB Betty Chew, YB Danny Law, YB Lim Hock Seng, ahli delegasi dari MATTA, Kumpulan Peranakan Pulau Pinang dan juga ahli Pertubuhan Pengusaha Hotel dan Hotel Murah Malaysia.UTARA NEWS

default

Pakai jaket keselamatan kalis peluru tak dapat selamatkan Noramfaizul - Dr Alwi

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini.-Bernama-

default

Mujahid buta sejarah , Polis mati di Bukit Kepong bukan talibarut British !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat semasa zaman British dan berjuang bermati-matian melawan pengganas komunis tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai bersekongkol dengan penjajah.

Bekas Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin, 66, menegaskan, anggota polis dan Rejimen Askar Melayu pada ketika itu tidak sekali-kali berjuang mempertahankan British sebaliknya mereka menumpahkan taat setia terhadap Raja-Raja Melayu yang memegang kedaulatan Tanah Melayu.

Individu yang menyatakan anggota keselamatan pada zaman British mempertahankan penjajah sebenarnya tidak memahami dan buta sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.






Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menafikan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950 dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Laporan Harakahdaily hari ini pula melaporkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menyatakan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong adalah serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Katanya, serangan itu merupakan manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British dan ia termasuk kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu ‘menjadi tali barut British’.

Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, sepanjang penjajahan, raja-raja Melayu tidak pernah menyerahkan kedaulatan Tanah Melayu kepada British dan orang Melayu ketika itu hanya memberikan taat setia kepada raja mereka.

Oleh itu, anggota polis yang berjuang di Bukit Kepong bukan tali barut penjajah sebaliknya mereka berjuang menentang komunis bagi mengekalkan keselamatan dan keamanan penduduk setempat pada masa itu.

KLIK DI SINI FAKTA SEJARAH PERISTIWA BUKIT KEPONG


“Dalam mana-mana negara sekali pun sama ada ketika negeri dijajah sekali pun, fungsi polis tetap sama iaitu menjaga keamanan penduduk setempat, jadi mengapa komunis perlu menyerang mereka, mengapa tidak serang askar British,” katanya yang pernah bertempur sebanyak 12 kali melawan pengganas komunis.

default

Mengapa Komunis & Mat Indera dibenci ? Kekejaman atau pengkhianat ?

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




1 )  SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.



2 . Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera.

3) Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

3) Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan.

4)  Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

Mat Indera pengkhianat bangsa & agama 

5) Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

6 ) Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.



7)  Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar PKM kerana dibakar  semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. .Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British.

8 ) Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British.

PKM sokong Malayan Union 

9 ) PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

10 ) Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu & orang Melayu yang bersatu diri mereka dalam Kogres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO.  Raja- Raja Melayu & UMNO terpaksa berunding selama 2 tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Feb 1948 .

11)  Ketika itu , British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan PKM dan sekutunya . Inilah punca mereka berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948 . PKM juga menjadikan orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu & UMNO sebagai musuhnya  kerana dilihat sebagai penyokong British yang melansungkan pemerintahan .

12. ) Melalui  Persekutuan Tanah Melayu inilah British memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar & ketua-ketuan jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing . British hanya berjawatan sebagai Penasihat Bristih sahaja .

Mengapa orang Melayu benci Komunis ?

13 ) Orang Melayu tolak komunis kerana serik dengan kekejaman yang dilakukan mereka selama 13 hari semasa mengisi kekosongan pemerintahan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah .  PKR ketika bermaharajelala dan menguasai balai polis serta menunjukkan kekuasaanya .

14 ) Komunis ketika itu  mempunyai senjata canggih menghukum penduduk kampung yang dikatakan bersubahat dengan Jepun . Ramai Tok Imam , tok guru , dan orang biasa ditangkap dan dibunuh hidup-hidup  dengan kejam . Banyak rumah yang dibakar di waktu malam . Lebih memilukan lagi , masjid-masjid juga  dicemari dan Al Quran dijadikan pengesat Najis !

15 ) Kebangkitan pengganas Komunis di Tanah Melayu  telah ditentang hebat pemimpin Melayu seperti Kiyai Salleh dan  juga beberapa kumpulan lagi . Begitu juga dengan peranan anggota keselamatan selepas Persekutuan Tanah Melayu hingga lah negara merdeka pada 1957 .  Ramai anak-anak muda dari kampung  sertai Polis , AP , Polis Simpan dan tentera.

16) Mereka menyahut seruan untuk menjaga keselamatan dan keamanan Persekutuan Tanah Melayu  sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memburu pengganas komunis di hutan belantara .  Menurut sumber , seramai 161,281 orang anggota polis terlibat dalam usaha mengatasi ancaman komunis .  Askar Melayu pulak ditubuhkan 3 Batalion dalam darurat 1948 - 1960  bagi menentang jumlah 12,500 pengganas komunis . yang mengangkat senjata.

17 ) Jelasnya di sini ,   PKM dan Mat Indera dilihat hanya mahu menegakkan ideologi komunis mereka dengan menggunakan kekerasan senjata untuk mendapat kuasa politik berbanding pihak tentera & polis bertugas menjaga keamana dan keselamatan

18) Dengan kegigihan dan semangat mereka memburu pengganas komunis di hutan , maka ancaman pengganas dan pengkhianat negara ini dapat diatasi . Kedaulatan dan kemerdekaan negara dipertahankan .

19 ) Adakah anggota tentera & polis yang pertahankan keamanan negara dianggap pembelot bangsa ? Adakah patut Mat Indera dianggap pejuang apabila sanggup bersekongkol dengan komunis dengan membiarkan bangsanya dan agamanya dimusnahkan ?


***olahan dari rencana Kekejaman PKR tetap dirasa 


default

Juak-juak Buta sejarah termasuk Mat Sabu patut baca fakta ini !

on Sunday, September 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



 KENYATAAN kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengenai kes serangan komunis di Bukit Kepong pantas mengundang kritikan dan kecaman majoriti. Gerombolan komunis diangkat sebagai pejuang sebenar, bukan anggota polis dan ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam insiden 23 Februari 1950 itu. Wartawan Berita Minggu, SYUHADA CHOO ABDULLAH mendapatkan pemerhati politik dan tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk mengupas polemik berkenaan

APA pendapat Tan Sri mengenai kenyataan kontroversi Mat Sabu dan boleh Tan Sri huraikan berdasarkan hakikat sejarah, apa matlamat sebenar komunis, muslihat serta tindakan untuk mencapai matlamat mereka.

Berdasarkan dakwaan itu, saya pasti Mat Sabu tidak faham apakah perjuangan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan atas arahan Komunis Antarabangsa (Soviet Union). Apa yang diharapkan oleh Komunis Antarabangsa? Berdasarkan sejarah, pihak komunis waktu itu berpecah dua. Satu terikat kepada Parti Komunis China dan satu kepada Komunis Antarabangsa. Komunis Antarabangsa mahu mewujudkan Orde Komunis Dunia, maka seluruh dunia harus menerima ideologi komunis. Komunis Antarabangsa juga berpegang kepada slogan ‘Workers of the World Unite’ mahu dunia diperintah oleh pekerja. Bagi Komunis Antarabangsa, yang dimaksudkan pekerja ialah golongan marhain, iaitu pada dasarnya pekerja dalam industri, tidak termasuk petani. Waktu itu di negara ini, istilah marhain belum digunakan.

Mat Sabu juga mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka pegawai British.

Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan. Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja.

Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi). Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states. These states were when our cooperation in government was first invited Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right nor the desire to vary the system of government”.

Dalam undang-undang memang ada dua keadaan, satu ‘de jure’ (selaras dengan undang-undang) dan satu lagi ‘de facto’ (apa sebenarnya berlaku atau boleh juga dikatakan melanggar undang-undang). Datuk Onn mula-mula bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu Raja masih ada banyak autonomi. Selepas perang, mula-mula Datuk Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden UMNO yang diakui British sebagai parti politik orang Melayu (iaitu mereka yang dianggap ‘rakyat Raja’). Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih sesuai.

Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan. Pihak British sejak 1943 sudah membuat keputusan menubuhkan Tanah Melayu sebagai negara bangsa, tetapi butirannya belum jelas. Selanjutnya British cuba mencari sistem paling sesuai kerana ada ramai bukan Melayu yang sudah lama tinggal di Tanah Melayu, mula menganggap Tanah Melayu negara mereka. Sejak 1949 apabila Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan, British cuba mencari jalan menyatupadukan penduduk Tanah Melayu, tapi penduduk negara ini lebih suka duduk secara berasingan. British tidak mengamalkan dasar ‘pecah perintah’. Apabila Datuk Onn berundur daripada UMNO, British tidak lagi menganggap beliau wakil orang Melayu. Tunku mengambil tempat Datuk Onn, kemudian Tunku dan Parti Perikatan dianggap wakil rakyat Tanah Melayu kerana menang (51-1 undi) pada pilihan raya persekutuan 1955.

Bagaimana pula dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan sebuah portal berita online (www.malaysiakini.com.my) bahawa sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu peristiwa adalah berlainan dari satu era ke satu era.

Dalam sejarah, yang terpenting ialah menentukan apakah hakikatnya. Siapa wira siapa pengkhianat kadang-kadang susah ditentukan kerana banyak bergantung kepada siapa yang menulis sejarah. Bagi ahli sejarah profesional, yang penting ialah menjawab soalan ‘apa sudah terjadi?’ Ini hanya dapat dijawab kalau dia dapat maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan. Dalam kes Mat Indera, yang penting ialah apakah niat komunis? Kalau British dianggap penjajah, selepas British diusir apa akan terjadi kepada Tanah Melayu? Apakah perjuangan Komunis Antarabangsa? Mat Sabu perlu menjawab soalan-soalan seperti yang saya sebutkan. Bukan semua tulisan sejarah diputarbelitkan. Mereka yang menulis berasaskan penyelidikan dan sesudah mendapat latihan akademik biasanya tidak berbuat demikian. Mereka yang terpengaruh oleh ideologi, sudah tentu tidak dapat menulis dengan tidak berat sebelah kerana bagi mereka, hanya ideologi mereka yang dapat dianggap betul. Maka apabila ada tulisan sejarah, pembaca harus juga mengetahui latar belakang ahli sejarah untuk menentukan dia memang seorang yang tidak berat sebelah.

Semakin ramai pemimpin dan penyokong pembangkang mendesak tafsiran baru dibuat terhadap sejarah negara. Adakah Tan Sri melihat timbul sebarang keperluan untuk menilai, menyusun dan menulis semula sejarah.

Ramai yang minta supaya sejarah Malaysia ditulis kembali pun sebenarnya kurang faham mengenai sejarah Malaysia kerana mereka kurang membuat penyelidikan. Kritikan saya sendiri mengenai buku Sejarah sekolah yang ada sekarang ialah konsep sejarah hanya tertumpu kepada politik, padahal sejarah meliputi segala yang pernah wujud atau berlaku sebelum sekarang. Misalnya dalam sejarah Malaysia di sekolah, perkara seperti ketibaan percetakan, ketibaan teknologi, pembinaan infrastruktur, proses pembandaran, hubungan dengan negara luar, kegawatan ekonomi dan langkah diambil untuk mengatasinya dan sebagainya tidak dibincangkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memaklumkan beliau difahamkan kini ada anasir mengajar kanak-kanak di sekolah bahawa Allahyarham Tunku Abdul Rahman ialah pengkhianat bangsa. Bagaimana Tan Sri melihat perkara ini, terutama dari segi kesan atau risiko jangka panjang sekiranya perkara itu tidak dibendung.

Saya tidak pernah membaca buku sekolah yang mengatakan Tunku adalah pengkhianat bangsa. Kalau ada, bagaimanakah kenyataan itu dapat dipertanggungjawabkan? Sejarah yang berasaskan fakta memang dapat disampaikan kalau dikehendaki oleh rakyat yang sepatutnya memahami bahawa mulai 31 Ogos 1957, Raja sudah pindahkan kedaulatan (sovereignity) kepada rakyat. Kini Malaysia (dulu Tanah Melayu) memang mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi ialah ‘government of the people, by the people, for the people’. Pihak pemerintah mesti sentiasa patuh kepada rakyat.

Apa penilaian dan perasaan Tan Sri sebagai ilmuwan dan sejarawan terhadap tindakan pemimpin pembangkang mengheret fakta sejarah dalam permainan atau provokasi politik sehingga boleh mengelirukan generasi muda. Apa tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba memesongkan pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap sejarah.


Dalam politik, bukan saja di negara ini, memang selalu ada ahli politik yang cuba mendapat sokongan pengundi dengan jalan yang berbagai-bagai. Kalau pengundi kurang berpengetahuan, mereka akan berjaya. Hanya ada satu cara untuk menjamin agar ini tidak berlaku. Golongan muda mesti diberi pendidikan yang boleh menjamin mereka dapat menerima sesuatu dengan sikap kritis. Nasihat saya kepada rakyat, setiap kali ada orang membuat kenyataan mengenai sejarah, tanya dia dari mana dia dapat maklumat.

default

Video ketibaan Allahyarham Noramfaizul di TUDM Subang

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Takziah dari GPB kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul ..

default

Wartawan Malaysian Insider salahkan Pemuda UMNO di atas kematian Noramfaizul di sidang media PM

by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Ini satu lagi perangai ‘macam siot’ budak Malaysian Insider.Dia cuba jolok soalan apakah Pemuda UMNO wajar dipersalahkan keatas kematian jurugambar Bernama TV,Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Somalia sewaktu sidang akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang TUDM Subang pagi Ahad.



Perdana Menteri yang nampak upset lantas berkata soalan itu amat tidak wajar dan tidak mahu langsung melayannya.Ramai wartawan lain yang hadir pada sidang akhbar itu naik fedup tengok perangai budak Malaysian Insider yang cuba korner situasi menyalahkan UMNO sedangkan semua orang tahu situasi kejadian yang tidak diduga itu.

Najib yang menjawab soalan lain di sidang akhbar selepas menyambut ketibaan pesawat yang membawa jenazah Alahyarham Noramfaizul dan anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia meminta semua pihak agar tidak main ‘ blame game’ keatas insiden itu.

Katanya tiada sesuatu pun langkah pencegahan dapat menjamin 100 peratus keselamatan misi kemanusiaan di sebuah negara bergolak.Ini katanya satu risiko yang perlu dihadapi dalam tugas wartawan membuat liputan.

Menurutnya sebelum ini ramai wartawan termasuk dari agensi antarabangsa seperti CNN dan BBC sendiri terkorban dalam tugas di tempat bergolak.Katanya statistik menunjukkan setekat ini 23 orang wartawan antarabangsa sudah terbunuh di Somalia.

Menurut Najib soal keselamatan di sesebuah negara bergolak dalam pengendalian misi seperti ini terletak ditangan pihak tempatan atau pasukan Bangsa-Bangsa Bersatu.Katanya ini di luar kawalan mana-mana negara lain.

Sekalipun menghadapi tragedi ini,Perdana Menteri berkata Malaysia akan teruskan misi kemanusiaan ini.

Beliau berharap ia tidak mematahkan semangat para wartawan Malaysia untuk membuat liputan.Katanya tidak tidak berani menghadapi risiko ‘ lebih baik duduk rumah’.

Serentak dengan itu beliau enggan mengulas punca kejadian yang mengakibatkan kematian Allahyarham Noramfaizul.Kata Najib beliau perlu menanti butir-butir sebenar kejadian sebelum memberi sebarang ulasan.

Perdana Menteri juga mengumumkan kerajaan akan membiayai pelajaran anak-anak Noramfaizul dan memberi bantuan kewangan kepada keluarganya.Jumlahnya akan ditentukan kemudian.-4/9/2011-




Komen GPB

Ini lah perangai wartawan Cina portal haprak Malaysian Insiders yang tak ada adab dan beretika langsung !

Di ketika seluruh wartawan media lain bersedih di atas pemergian rakan mereka yang terkorban di Somalia , wartawan upahan Malaysian Insiders ini cuba memerangkap Najib dengan bertanya soalan adakah  Pemuda UMNO wajar dipersalahkan di atas kematian Noramfaizul di Somalia  .

Nampak sangat mereka ini kurang ajar dan cuba mempolitikkan isu ini dengan salahkan UMNO saja . Ini lah dia golongan manusia yang tidak mengerti apa erti pengorbanan   hingga sanggup bertanya  soalan itu di ketika semua orang termasuk rakyat Malaysia  bersedih .

Kita lihat wajah  Perdana Menteri di  TV 3 tadi secara terus menerus nampak beliau sedih bila kehilangan seorang rakyat Malaysia yang mempunyai keberanian dan semangat untuk membantu insan lain dalam kesusahan.

Bangang punya wartawan haprak Malaysian Insiders !!  Bodoh tak bertempat !



Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps