Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2011-07-31

default

Penjelasan Hassan Ali tak boleh pakai , PAS akan mengadap gereja & JAIS

on Sunday, August 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Inikah jawapan oleh PAS  tentang  isu serbuan gereja ? Buat kenyataan sebelum ini macam suspens tetapi sebenarnya hampeh ..haha

Rupanya  PAS nak mengadap terus  pihak gereja & JAIS bagi dapat gambaran sebenar . Maknanya  Hadi  sendiri pun  sudah  tidak percaya cakap Dr Hassan Ali ?

Malah laporan dan penjelasan oleh  Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dianggap tidak " real "  @ benar lah oleh pimpinan PAS  yang mungkin masih lagi tidak puas hati .

Mungkin  bagi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  penjelasan Dr Hassan hanya setaraf  laporan media  arus perdana seperti Utusan & TV3  yang baginya tidak cukup kuat untuk meyakinkan PAS bahawa ada unsur mengkristiankan / memurtadkan  orang Islam pada majlis berkenaan.

PAS dilihat seperti cuba berdolak dalih dan kalau boleh mereka mahu isu murtad ini tiada langsung ada kaitan . Ini supaya mereka boleh divert isu  jika tidak benar kepada kerajaan BN kerana polis juga turut sama dalam serbuan itu .

Itu yang laporan Hassan Ali tak diterima dan cerita /hujah  penafian  harus digali oleh PAS .  Cukup-cukuplah ostat2 PAS ni , hang tak takut dituduh nanti bersubahat dalam kehancuran umat hari ini setelah mengetahui puncanya .

default

Anwar berpuasa di Filipina sambil burukkan negara .....

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Anwar telah berjumpa dengan Estrada pada 5 Ogos 2011


Pihak berkuasa perlu merampas pasport antarabangsa Anwar Ibrahim bagi menghalang Ketua Pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Ini juga bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia




Baca kenyataan Anwar di bawah, dan disini juga..

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor.

Ia termasuk kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, sebagai usaha untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Anwar keluar negara, mencanang cerita bohong dan fitnah supaya orang percayakannya. Di Arab dan Eropah, Anwar sudah tidak boleh lagi cari makan. Sebab tu dia ke negara Asean, minta pertolongan dan bantuan dari dana-dana tertentu. Thailand dia tak pergi, sebab ke Thailand kalau dia pergi pun untuk 'membuang air' saja.

Tujuan Anwar kesana-sini sebenarnya semakin terdesak dan cuba untuk meraih simpati ketika PRU-Ke13 hampir tiba.



sumber : bro jinggo 

default

Guan Eng gelabah rahsia besar DAP terbongkar di You Tube !

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Cepat betul DAP jawab isu ini hingga masuk muka hadapan Sinar Harian hari ini . Walaupun video yang menceritakan kenaikan harga barang disebabkan DAP  hanya didedahkan di You Tube bukannya TV3 atau RTM , nampaknya ia menggoncang juga teloq DAP di Komtar ini .




Apa yang DAP takut sangat video di You Tube yang baru lebih  25,000 telah views  hingga perlu jawab di sidang media ? Blog Hanief buat banyak video memburukkan BN dan UMNO sekali di you tube ,ada ke pemimpin UMNO pi buat sidang media marah seperti Guan eng ini ?

Nampak jelas mesej yang cuba disampaikan dalam  video itu memang benar la sebab Guan Eng dan DAP  telah melompat ! hahaha ...

Puak-puak chauvinis DAP tentu bengang dengan 
apek Cina  ni ....


Tak perlu la Guan Eng putar belit dan bercakap seperti lidah biawak dengan menyatakan video ini cuba menimbulkan ketegangan kaum . Semua kaum ada di dalam video itu dan kita faham mesej yang ia cuba sampaikan tentang isu kenaikan harga barang .

Memang benar DAP lah punca segala kenaikan harga barang di negara ini , mereka arahkan penyokong-penyokongnya terdiri daripada pemborong ,supplier , peruncit ini naikkan harga barang supaya nanti rakyat marah kepada kerajaan .

Agenda jahat sebenarnya dibuat oleh DAP yang jelas main politik kotor !

Ayuh sebarkan video ini kepada semua rakyat Malaysia akan semua tahu siapa dalang disebalik kenaikan harga barang !

default

PANAS ! Tun M dedahkan taktik pembangkang mahu hancurkan UMNO dari dalam.

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



1. Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.


15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

Dipetik daripada blog Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad)


Komen GPB

Apa yang diulas oleh Tun M mengenai strategi halus pembangkang ini memang benar dan tepat . Mereka tidak boleh serang di depan , kini mereka cuba hancurkan UMNO dari dalaman parti itu  sendiri.  GPB harap ahli-ahli UMNO tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat pembangkang ini seperti yang dinasihat oleh Tun M .

default

Anak Nik Aziz rela pertahan gereja daripada kesucian agama Islam ??

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




GPB bila baca kenyataan anak Pok Nik iaitu Nik Abduh ini dalam isu serbuah gereja  ...point yang dia nak cakap pun  aku pun tak faham . Berbelit gila  !

Dia cakap semua rumah ibadat tak boleh ceroboh kecuali ada kuasa & hak . Apa kejadahnya ni woi Dol  hang nak spin .  JAIS pergi sana serbu sebab mereka ada hak dan kuasa serta bukti  , jadi  tak ada isu la di sini ......

Abdoh ini sokong sebelah mana ? sokong agenda murtad atau setuju serbuan JAIS pertahankan maruah Islam ?

default

PANAS ! Kenyataan berapi Zul Kulim dalam isu gereja digeledah ..

by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

(Bayang apa akan jadi kalau gereja-gereja di Malaysia dinamakan "Rumah ALLAH"! Belum letak pun ada Melayu bangang yang sanggup cari makan kat gereja!)
(Gereja dan Kompleks Kristian Calvary setinggi 6 tingkat yang sedang dalam pembinaan dikatakan yang terbesar di Asia)

Salam 2 all.


Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
05 Ramadhan 1432
05 Ogos 2011

default

Jom tengok video yang dedah DAP punya pasal barang naik !

on Saturday, August 6, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB gerenti video ini pasti akan buat puak-puak chauvinis DAP pasti hangat bila rahsia mereka terbongkar pasal kenaikan harga barang . Memang pandai puak2 DAP ini main kotor supaya rakyat marah kerajaan dan akan pangkah roket dalam pilihanraya nanti .

Sudah lama dah parti chauvinis buat kerja ni , cuma rakyat saja belum sedar .

default

Isu guling Najib hanya propaganda jahat PAS kelirukan ahli UMNO

by Pejuang Bangsa
 - No Comments





Isu guling Najib yang difitnah oleh kepimpinan PAS dilakukan oleh bekas wakil rakyat UMNO ( PENAWAR ) diselar oleh Badan Perhubungan UMNO P.Pinang.

Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timb Pengerusi UMNO P.Pinang menyelar tuduhan terbaru PAS dan anggap ini hanyalah propaganda mereka untuk mengelirukan ahli UMNO dan rakyat.

Selain itu, PAS juga kini ketandusan isu sehingga menabur berita fitnah bagi memececahbelahkan BN ,katanya .

default

UMNO P.Pinang bela nasib pemandu bas City Liner , di mana kerajaan DAP ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Di ketika umat Islam lain seronok menyambut bulan Ramadhan dan hujung bulan ini Hari Raya Puasa  , 15 pemandu bas City Liner terpaksa menerima berita duka pada 1 Ogos di mana perkhidmatan mereka diberhentikan secara mengejut . 

 DI MANA KERAJAAN DAP YANG DIKATAKAN BERJIWA 
RAKYAT DALAM MEMBANTU MEREKA ?


TERDAPAT JUGA PEKERJA YANG BERKETURUNAN 
INDIA. UMNO TIDAK KIRA SIAPA SEMUANYA
AKAN DIBANTU ....


15 pemandu bas ini syarikat ini   bekerja di laluan Buttertworth - Bukit Mertajam - Parit Buntar dan apabila laluan terbabti  ditamatkan maka mereka ini hilang mata pencarian . Kebanyakan dari mereka telah bekerja lebih 30 tahun sebagai pemandu bas berkenaan . Isu ini telah difailkan ke mahkamah perusahaan bagi mendapat pembelaan dan keadilan  .



WAKIL MTUC MELUAHKAN MASALAH PEKERJA
UNTUK PERHATIAN UMNO P.PINANG 


UMNO sebagai parti yang tradisinya membela nasib rakyat  walaupun menjadi pembangkang di PP  amat bersimpati dengan nasib yang menimpa 15 pekerja City Liner ini . 

Apabila isu pemandu bas City Liner dimaklumkan kepada Badan Perhubungan  UMNO P.Pinang , kepimpinan negeri diketuai Datuk Zainal Abidin Osman   tidak menunggu lama  dan  berusaha  mencari jalan penyelesaian yang segera bagi membantu mereka . 

Datuk Zainal memaklumkan akan  membantu semua semua 15 pemandu bas ini dengan mencari altenatif baru pekerjaan untuk mereka .   Syarikat bas milik kerajaan persekutuan iaitu Rapid Penang yang masih lagi punyai 30 kekosongan pemandu akan digunakan untuk beri pekerjaaan semula kepada mereka .


Selain itu , bantuan berupa wang tunai juga diberikan bagi meringankan beban selepas hilang pekerjaan .

Cuma yang GPB musykil sekali di mana kerajaan negeri berjiwa rakyat DAP ini ? Syarikat bas  City Liner ini beroperasi di negeri ini dan sewajarnya nasib pekerja mereka ini  harus dibantu .  Maklum la bukankan ini kerajaan No 1 pelaburan masuk paling banyak tahun lepas iaitu sebanyak RM 12 billion.

Tetapi hakikatnya kerajaan  BN yang diterajui UMNO   yang dikatakan zalim dan tindas rakyat ini juga yang membantu rakyat bila dalam kesusahan .


p/s :  video kenyataan Datuk Zainal akan menyusul di artikel seterusnya ...

default

Panas ! Pengakuan saksi disebalik isu geledah Gereja oleh JAIS

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



 Isu kontroversi serbuan oleh JAIS dan polis terhadap Gereja di Damansara Utama yang dikatakan Hassan Ali ada agenda memurtadkan umat Islam memang ada asasnya .




Terbaru My metro hari ini dedahkan pengakuan beberapa individu yang menyertai aktiviti keagamaan Kristian ini dan diserbu JAIS baru-baru ini . 


KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.


Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.





Blogger BADAR SUCI  juga  mendedahkan pengakuan saksi beragama Islam yang hadir ke majlis itu .

Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.

Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.

Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.

Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu.

 GPB hairan dengan  PAS yang  sanggup menghentam JAIS yang cuba menyelamatkan umat Islam daripada agenda murtad oleh puak2 Kristian tanpa meneliti dulu bukti2 yang dijumpai .  Mereka lebih suka pertahankan gereja daripada agama Islam sendiri dengan gunakan Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan beragama .

Memang negara kita ada membenarkan  tetapi tidak wajar bagi agama lain cuba mempergaruhi umat Islam menyertai agama mereka .Dulu PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh Kristian , dan adakah sekarang agenda memurtadkan umat Islam mereka hendak tutup mata ?



default

PANAS ! Ustaz Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian

by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



oleh : Ridhuan Tee

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.

default

Hero Nur Kasih Remy Ishak bakal masuk Pemuda UMNO !

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


 Benarkah Hero filem Nur Kasih Remy Ishak bakal masuk Pemuda UMNO ?  Bergambar pulak dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia , Khairy Jamaluddin .

Tapi itu semua hanya lah spekulasi dan gosip saja . Gambar ini adalah untuk  sebuah  majalah  yang mana mungkin  keluaran  sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang .  Tak tahu pulak apa motif  wartawan ini  gandingkan seorang Hero filem  Malaya dengan pemimpin politik muda seperti KJ . 

Mana tau kalau  Remy Ishak ni join Pemuda UMNO  Rembau ka  , nanti GPB boleh jumpa dia PAU nanti di PWTC ..haha 



macam abang dan adik antara Remy - KJ

default

Guan Eng dakwah juak-juak PAS guna kurma di bulan Ramadhan....

by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




 Ostat Mat Bakilani senyum betul  kerana dapat  salam 
Khalifah Umar Abd Aziz


Kalau di  bulan biasa , dia beri RM 100 kepada warga emas untuk tunjuk betapa populisnya . Tetapi bulan ini special sikit untuk ambil hati orang Melayu dengan beri kurma untuk berbuka puasa . 

Lebih gah lagi  bila Guan Eng makan nasi dengan tangan dan  bawa  bini sekali untuk  berbuka puasa . Ini semua  bagi menunjukkan DAP dekat dengan Melayu ...tapi Melayu PAS-PKR sahaja yang suka taksub dengan apek chauvinis ni ...

Tapi tengok muka dalam gambar ni semunya orang kuat PAS dan PKR . Semua muka ni familiar di Permatang Pauh  dan selalu ada di  ceramah2 .


default

Cekik darah ! Kutipan cukai tanah Pulau Pinang tinggi, rakyat dapat apa ?

on Friday, August 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Blog Badar Suci mendedahkan jumlah perolehan hasil cukai yang telah dikutip oleh kerajaan DAP ini daripada rakyat pada 2010 hingga October .


HASIL CUKAI JUMLAH (RM)

CUKAI TANAH                                                RM   101 813 186.38
CUKAI PARIT DAN TALIAIR                         RM    661 958 . 93
CUKAI LANGSUNG YANG LAIN                   RM    127 089.77
CUKAI HIBURAN                                            RM    7 740 014.77


perhatikan cukai tanah sahaja melebih rm 101 juta. cukai hiburan melebih rm 7.7 juta. banyak nyer hiburan di pulau pinang. cukai hiburan ini masuk akaun mana ? 

bayar gaji malik kassim, salleh man dan lain-lain kot. ishhhhhhh. dahsyatnya. pas tak mau siasat salleh man dapat gaji dari sumber mana. teman cabar guan eng turunkan kadar cukai tanah kepada 50% dan gantikan kutipan hasil ini dengan kemasukan pelaburan lain. bukankah guan eng kata pulau pinang dah untung dekat rm 12 billion sampai panggil Ning Baizura untuk sambut kesyukuran ? 

untung rm 12 billion. rakyat penang bangun jalankan kempen turunkan cukai tanah kepada 50% atau kalau boleh hapuskan sahaja. apalah sangat untung pelaburan rm 12 billion dibandingkan dengan kehilangan hasil tanah hanya rm 101 juta sahaja.boleh untung besar lagi tu. .. 

                                                                                           BADAR SUCI


Apa yang GPB dapat rumuskan hasil cukai tanah di P.Pinang meningkat  hingga mencecah RM 101 juta  .  Itu belum dicampur dengan cukai-cukai lain lagi  . Cuma yang GPB hairan apa yang kerajaan DAP buat dengan duit hasil ini untuk beri faedah kepada rakyat ?

Bila diminta peruntukan untuk kemudahan rakyat seperti jalan , longkang yang tak  dicuci , janji  mengecat rumah pangsa Padang Tembak  , baiki lif  dan sebagainya  ini terus dikatakan sumber  kewangan negeri  terhad dan tiada peruntukan .

Cukai yang dikutip ratusan juta   , tetapi pulangannya tidak nampak  pun.Kalau setakat beri RM 100 dan RM 1000 kepada khairat kematian , berapa kerat rakyat  yang menikmatinya ?

Rakyat yang bekerja di  kilang , sektor pembinaan , petani , nelayan apa yang mereka dapat ? Kalau hapus tol Sungai Nyior pun lagi elok sebab depa sendiri janji nak hapus ...

default

Kes liwat : Siapa sebenarnya saksi alibi Anwar daripada 10 orang saksi ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : AIDC

Tidak ada individu lain, kecuali 11 saksi yang berada di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008, tarikh yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 1151, antara jam 3.01 hingga 4.30 petang. Kecuali Hassanuddin Abd. Hamid, kawan baik Anwar yang juga pemilik unit kondominium itu, 10 saksi lain dianggap sebagai ‘saksi alibi’ Anwar pada hari kejadian tersebut.




10 nama ini disahkan oleh pihak Anwar sendiri, apabila pada 1 Ogos, pihaknya melalui melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co membuat permohonan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk menemubual kesemua saksi itu sebelum beliau memberi keterangan bela diri.
Malaysiakini, portal pro Anwar, melaporkan 10 nama itu sebagai ‘saksi alibi’.

 

Tidak dapat dipastikan kenapa Malaysiakini meletakkan ‘tanda kutip’ pada perkataan ‘saksi alibi’ itu, adakah bermaksud portal pro Anwar sendiri tidak yakin bahawa 10 nama itu adalah sebenar-sebenarnya saksi alibi Anwar pada hari kejadian tersebut ?

Manakala Hassanuddin, pemilik kondominium yang sepatutnya berada bersama-sama KUMPULAN B, jadual di sebelah tidak dimasukkan ‘saksi alibi’ oleh pihak Anwar, sebaliknya penama itu dimasukkan dalam senarai pertama yang dipohon Anwar untuk diminta temubual.

Permohonan pertama dibuat seminggu lebih awal, iaitu pada 26 Julai yang memohon 5 saksi.

Selain, Hassanuddin, 4 saksi lain yang dipohon adalah Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) ; Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara); Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Barangkali, pengklasan Hassanuddin dalam kumpulan tokoh-tokoh yang tidak pernah hadir ke kondominium dan tiada pada tarikh, masa dan tempat kejadian seperti didakwa di mahkamah, semata-mata di atas persamaan bahawa pemilik kondominium itu tidak mahu ditemubual dahulu, seperti yang dipohon oleh pihak Anwar.

Dalam afidavit yang diterima daripada Bahagian Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, kepada peguam Anwar S N Nair bertarikh 18 Julai menyebut, “Hasanuddin pula tidak bersedia untuk ditemubual kecuali melalui peguamnya“. Klik di sini

Walaupun Hassanuddin sebenarnya kawan baik Anwar dan turut berada di tempat kejadian pada hari yang didakwa tersebut, namun ada perancangan halus mengklaskan Hassanuddin bersama 4 tokoh di atas.

Taktik ini, mengulangi kes video seks, apabila kawan baik Anwar sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah membongkar rakaman video itu, maka beliau dikelompokkan dalam kumpulan senarai team Datuk Rahim Tamby Chik untuk melupuskan semua bukti-bukti yang menunjukkan sebenarnya Eskay dari team Anwar.

Daripada 10, Siapa Saksi Alibi ?

Berdasarkan keterangan Mohd Saiful di mahkamah, KUMPULAN A dalam jadual di atas tidak boleh dijadikan saksi alibi kerana keempat-empat mereka berada di luar skop pertuduhan, iaitu mereka bermesyuarat bersama Anwar di Unit 1152, antara jam 12 tengahari hingga 2.30 petang, sedangkan pertuduhan di mahkamah di Unit 1151, antara jam 3.01 hingga 4.30 petang.

Perkara ini turut disahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semasa sesi penerangan kepada aktivis-aktivis penerangan PKR, di Ipoh, 5 Mei lalu.

Pukul 3.00 petang, Prof Arif dan 4 orang yang lain beredar pulang, tinggallah Datuk Seri Anwar dan juga 4 orang yang lain. Empat lagi itu adalah Hassanuddin, kawan baik Datuk Seri Anwar dan juga tuan punya kondo; isteri Hasanuddin iaitu Kak Sham dan juga dua orang pembantu rumah Indonesia”, kata Rafizi [klik di sini] yang membawa maksud semua senarai dalam KUMPULAN A terkeluar dari senarai saksi alibi.

Senarai 4 Individu dari KUMPULAN A yang terkeluar itu adalah; Profesor Datuk Dr. Mohamad Ariff Abdul Kareem (bekas Pengarah Eksekutif MIER); Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank Deutsche Bank (M) Bhd) dan Omar Malek Ali Merican (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia) dan Nik Mahmood Nik Hassan (Aktivis PKR).

Tiga Individu Penting

Mengambil kira penerangan PKR tentang isu liwat yang membabitkan ketua mereka, Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi) meletakkan saksi alibi Anwar adalah 4 individu iaitu Hassanuddin, isterinya Noor Sham atau lebih mesra dipanggil Kak Sham dan dua orang pembantu rumah mereka, Suliati dan Fitria Dipan.

Namun, propaganda yang disebarkan kepada akar umbi PKR berbeza dengan gerak kerja Anwar bersama barisan peguamnya di mahkamah iaitu Anwar membuang nama Hassanuddin sebagai saksi alibi dan secara halus mengklaskan pemilik kondo itu bersama team Najib.

Tindak balas Anwar mengklaskan pemilik kondo itu bersama team Najib dibuat apabila Hassanuddin enggan bekerjasama dengan pihak Anwar memberikan Unit 1152 sebagai lokasi sebenar Anwar berada pada hari, masa dan tempat kejadian itu didakwa, sebaliknya pemilik kondo itu tetap berkeras mengatakan antara jam 3.01 hingga 4.30 petang, Anwar berada di Unit 1151. Klik di sini, sini, dan sini

Jadi apabila ketua keluarga, iaitu Hassanuddin, secara jelas menunjukkan pada hari dan masa kejadian Anwar berada di Unit 1151, bagaimana Anwar mahu menjadikan Kak Sham dan dua orang perempuan pembantu rumahnya sebagai saksi alibi ?

Seandainya Kak Sham dan dua perempuan pembantu rumahnya adalah saksi alibi Anwar kenapa pihak Anwar perlu menemubual terlebih dahulu sebelum memberi keterangan bela diri ?

Adakah selama ini dijadikan 3 individu (Kak Sham dan 2 pembantu rumah) sebagai alibi sekadar serkap jarang yang hanya keluar dari mulut Anwar, tanpa ditapis sejauh manakah kebenaran maklumat dari mulut Ketua Umum PKR dan tanpa meminta izin atau ditemubual atau dirujuk pengesahan terlebih dahulu daripada ketiga penama itu ?

Seandainya 3 penama itu berpihak kepada Anwar dan sanggup menjadi saksi alibi, kenapa perlu Anwar membuat permohonan mendapatkan keterangan mereka melalui mahkamah ?

Tiga Pembantu Anwar

Memohon senarai tiga penama pembantu Anwar sendiri di mahkamah adalah satu perkara yang luar biasa, kerana dari segi logik, sukarkah pihak Anwar mendapatkan keterangan dari pembantu-pembantu yang dibayar oleh Ketua Umum PKR itu ?

Namun, bukan luar biasa, jika tiga penama pembantu Anwar itu sengaja dimasukkan sebagai senarai permohonan di mahkamah untuk menunjukkan Ketua Umum PKR ‘sebenarnya mempunyai ramai alibi’ atau bertujuan untuk menangguh-nangguhkan prosiding supaya ketua mereka dapat mengelak dari memberi keterangan membela diri.

Tiga pembantu Anwar yang termasuk dalam KUMPULAN C senarai di atas adalah Abdullah Sani Said (pemandu peribadi Anwar) serta dua pengawal peribadi Anwar yang bernama Mokhtar Mustafa dan Mohd. Khoharullah Abdul Majid.
Tidak dapat dipastikan ketiga-tiga pembantu itu berada di unit mana, sama ada di 1152 atau 1151 pada hari kejadian itu, begitu juga dari segi masa mereka berada di tempat kejadian itu.

Namun, berdasarkan rekod amalan Anwar, setiap pembantunya berpotensi untuk dikambinghitamkan menjadi saksi palsu.

Perkara ini pernah Anwar lakukan kepada Azmin Ali (kes 1998), Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi (kes Saiful, 2008), Fayyad AlBakri (Kes Tuduhan Skuad Khas Mahu Tembak Anwar, 9 Julai 2011) dan Abdullah Sani Said (Kes Tuduhan Kereta Anwar Disabotaj Untuk Cubaan Membunuh 2011).

Jadi berdasarkan latar belakang rekod yang pernah dilakukan Anwar tidak mustahil Anwar melakukan perkara sama untuk proses membela diri nanti, walaupun dalam CCTV merakamkan Anwar masuk ke lif itu seorang diri tanpa ditemani oleh pemandu atau dua pengawal keselamatannya.
Jika salah seorang pembantu Anwar atau ketiga-ketiga pembantu Anwar bersedia untuk ‘mengorbankan diri’ kepada majikannya, kenapakah Anwar masih takut untuk membela diri ?

default

Isu serbuan gereja : Skrip biasa PAS salahkan UMNO juga akhirnya ...

by Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Juak2 PAS ini nampaknya lebih suka pertahankan Kristian & gereja daripada kesucian agama Islam . Mereka jelas dibutakan dengan pelbagai cerita hinggakan tidak percaya kepada kebenaran .

Adakah mereka ini betul bangang atau buat-buat bangang bila mana tidak faham ke serbuan JAIS ke situ telah menjumpai pelbagai bukti sepeti dalam kenyataan Hassan Ali .



Tetapi nampaknya mereka salahkan UMNO juga disebalik kontroversi isu  ini . Mereka sendiri memerintah kerajaan negeri , tapi bila timbul isu semua disalahkan juga kepada UMNO ..

JAIS di bawah sapa  ?? Ia bukan di bawah JAKIM atau Jamil Khir tetapi kerajaan Pakatan Rakyat sendiri iaitu Exco Hassan Ali .

Jadi , di mana terbabitnya parti UMNO dalam menentukan samada serbuan ke atas gereja perlu atau tak .


Jelas, serbuan tanpa waran dan tanpa bukti serta dengan penglibatan pihak Polis (yang berada di bawah Hishamuddin Tun Hussein) adalah satu usaha sabotaj.


Sokongan HAsan Ali kepada usaha JAIS ini juga tidak mengejutkan lantaran Hasan Ali adalah pemimpin kepada GENG PERPADUANG di dalam PAS. Sikap pro UMNO Hasan Ali ini terserlah dan sudah menjadi maklumat umum.


Dari analisa ini, serbuan JAIS ini adalah untuk mencipta isu yang akan menguntungkan UMNO. Tujuan utama adalah untuk memalukan PAS.

default

Jom lihat wajah terbaru Tian Chua di bulan Ramadhan

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Lihat sendiri gambar terbaru Tian Chua di bulan Ramadhan ini. Sama seperti Kuan Yew dulu masa muda kita berkempen di kawasan orang Melayu dengan   memakai songkok .

Tetapi berlainan sekali sikap Adun2 DAP di Sarawak yang mana tak mahu langsung pakai songkok ketika hadiri pembukan sidang DUN di sana dulu .

Nampak jelas memakai songkok hanya muslihat mereka mahu tarik simpati sokongan Melayu saja sedangkan dalam diri mereka tertanama sikap chauvinis yang cukup kuat .

default

TERKINI !! Mustafa Ali buat lawak lagi best isu nak guling Najib

by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Putar belit betul pemimpin2 PAS di bulan Ramadhan ini . Isu mana yang timbul dahulu ? Samada isu Nik Aziz jumpa Ku Li  untuk lantik sebagai Ketua Pembangkang  atau gerakan nak gulingkan Najib oleh Penawar . 


Dalam pada itu Mustapha juga dipercayai copy and paste  saja dakwaan mengenai kisah itu yang disiarkan oleh sebuah laman blog pembangkang.

Blog itu mendakwa kononnya Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (PENAWAR) telah membuat desakan Najib letak jawatan dalam mesyuaratnya baru-baru ini.



Hari ini Mustafa Ali spin lagi lawak menyatakan isu Nik Aziz jumpa Ku Li sengaja diadakan untuk tutup gerakan dalaman UMNO gulingkan Najib .


Sudah terhantok di dinding , lepas itu dok jaja fitnah  masalah orang lain pulak ..haha 


PAS sudah kering idea dah hingga tak modal lagi nak fitnah ....





KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai pertemuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sengaja diwujudkan untuk menutup isu gerakan dalaman UMNO bagi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan tersebut hanya serkap jarang untuk menutup masalah dalaman UMNO yang serius.

“Kita tidak pernah berbincang mengenainya (pengganti Ketua Pembangkang), sama ada dalam Pakatan Rakyat (PR) atau Pas.

“Malah, saya telah menyiasat tiada pertemuan berlangsung antara mereka berdua baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan Ku Li dipelawa untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang sekiranya didapati bersalah dalam kes liwat.

“Perkara ini tidak menjejaskan kami, malah dalam mesyuarat PR juga tidak dibangkitkan mengenai isu ini.

“Isu ini tidak berbangkit kerana Anwar masih Ketua Pembangkang dan mahkamah belum memutuskan (mengenai kes liwat itu),” katanya.

Beliau turut menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan dilaksanakan sebelum keputusan kes liwat Anwar.

default

Awas perogol bertopeng berkeliaran di waktu sahur !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Seorang wanita warga Vietnam berusia 21 tahun yang bekerja di sebuah kilang di sini, membuat laporan polis di Balai Polis Kulim setelah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang tidur di rumahnya, di Taman Senangin.

Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi di mana seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau masuk ke dalam bilik mangsa lalu menutup mulutnya.

Menurutnya, suspek kemudiannya meletakkan pisau ke leher mangsa dan mengarahkannya membuka semua pakaian.

Mangsa memaklumkan, selepas lima minit dirogol, suspek sekali lagi mengacu pisau ke lehernya dan mengarahkannya keluar dari bilik dan berjalan ke sebuah rumah kosong.

Lalu, suspek telah mengarahkan mangsa melakukan seks oral sebelum dirogol sekali lagi.

Mangsa yang ketakutan terpaksa mematuhi segala arahan,” katanya.

Dia berkata, mangsa kemudiannya meminta kebenaran dari suspek untuk pergi ke tandas.

“Peluang itu digunakan mangsa untuk melepaskan diri. Mangsa berlari ke rumah kawannya yang berdekatan dalam keadaan berbogel untuk mendapatkan pertolongan.

“Ketika kejadian, kebanyakan rakan serumah mangsa tidak ada kerana keluar bekerja,” katanya.

Katanya, lelaki bertopeng terbabit masuk ke rumah mangsa melalui pintu gerigi yang diumpil dari luar.

Polis turut menemui kesan air mani di lantai di mana mangsa dirogol. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Sehingga kini polis sedang mengesan suspek terlibat.

default

PAS Permatang Pauh lawan Hj Hadi, tetap pejuangkan Negara Islam bukan Kebajikan !

on Thursday, August 4, 2011 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

kredit kepada : Media Prmtg Pauh


Munaqasyah ( Perbincangan )  NEGARA ISLAM di Yayasan Al Nadhoh??   Masih ada lagi ke perjuangan negara Islam oleh PAS ? Ingat kan sudah masuk tong sampah ...

Ini merupakan banner yang dipamerkan di Kubang Semang , Penanti oleh PAS Prmtg Pauh mengenai satu program di markas besar PAS di Yayasan Al Nadhoh .

Yang menghairankan GPB ialah mengapa  tajuknya hendak bincang Negara Islam . Bukankah PAS menerusi Presiden Hj Hadi sudah cakap tiada lagi negara Islam dalam perjuangan parti mereka dan yang ada hanyalah  negara kebajikan .

Selepas itu pulak jika kita perhatikan di bawahnya itu  tanda dipotong/garisan kepada perkataan " Negara Kebajikan , Persekutuan , Republik , Monarki "

Adakah PAS Permatang Pauh tidak setuju dengan PAS pusat iaitu Hj Haji  yang tolak Negara Islam dan mahu kepada negara KEBAJIKAN ?

GPB nak tunggu apa reaksi  Salleh Man dalam isu ini kerana  beliau adalah Adun di kawasan itu  iaitu DUN  Permatang Pasir .



Mungkinkah Salleh Man juga ketahui akan hal ini bahawa kepimpinan PAS Permatang Pauh tidak setuju negara Islam dibuang dari perjuangan parti .

Atau PAS Prmtg Pauh ini masih lagi dok bohong orang Prmtg Pauh bahawa perjuangan negara Islam tetap teguh di bawah panji PAS ....


Ini gambar bukan super impose , tetapi gambar real  banner diletakkan di simpang betul-betul depan Masjid Kubang Semang . Itu kawasan black area bagi penyokong parti cap keris untuk nak letak banner atau bendera.


default

Anak pemimpin PKR mana pakai BIKINI ini ?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

afifa di sebelah kanan

Ini adalah gambar aksi bikini anak kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali . .tetapi Umi Hafilda iaitu adik Azmin dakwa Afifa ini adalah hasil hubungan sulit Anwar dengan Shamsidar .



Kenyataan Umi Hafilda adik kepada Azmin Ali

 
 
ANWAR DAN AZMIN ALI WAJIB SAMAN UMI HAFILDA 
JIKA KENYATAAN PALSU !
 
Kenapa tak berani, adakah sebab umi cakap benar?


 Baca seterusnya kisah skandal  terlarang  ini DI SINI

default

Syabas ! Hassan Ali rela pertahan agama Islam daripada agenda murtad !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Dr Hassan Ali ini walaupun dari parti PAS , tetapi dalam isu sebuah gereja  di Selangor  terbabit dalam agenda murtad kan umat Islam ... kenyataan terbaru beliau yang pertahan serbuan JAIS dan polis  ini wajib disokong !

Jika kita merujuk kepada kenyataan  Hassan Ali ini , memang  ada bukti yang kukuh dan juga kehadiran  orang Islam hadir  di dalam majlis kristian ini .

Di sini GPB ingin lihat samada pemimpin PAS lain  berani bersuara dalam mempertahankan Hassan Ali  dalam isu serbuan gereja ini . Adakah mereka akan bertindak play safe seperti kerajaan negeri Pakatan yang terus kesan serbuan atau menyokong tindakan Jais dan Hassan Ali ini pertahakan kesucian Islam !



p/s : Tak habis-habis puak2 kafir Kristian ini buat hal ...isu di Penang belum settle lagi ,sekarang mai pulak agenda murtad !

default

Pakatan baru nak teliti , Kerajaan BN bela nasib 400 pekerja Dawama

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Rabu memberi jaminan kepada lebih 400 pekerja Dawama Sdn Bhd (Dawama) bahawa mereka masih terikat dengan syarikat percetakan itu dan surat cuti tanpa gaji yang dikeluarkan kepada mereka ditarik balik.

Beliau berkata, ini kerana tindakan Dawama yang mengarahkan pekerjanya bercuti tanpa gaji adalah tidak sah di bawah Akta Kerja 1955.

Katanya Dawama dinasihatkan melakukan pemberhentian sementara dengan perlu membayar gaji minimum sebanyak 12 hari sebulan sementara melakukan penstrukturan semula syarikat itu.

Pekerja yang terbabit pula boleh bekerja di tempat lain sehingga kemelut syarikat itu selesai kelak, katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di Putrajaya Rabu.

"Surat yang dikeluarkan Dawama semalam ditarik balik. Buat sementara waktu nasihat kepada Dawama ialah supaya mereka boleh minta pemberhentian sementara kepada pekerja mereka dan mengadakan perbincangan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menstruktur semula untuk memulihkan pernigaan mereka.




"Di dalam perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheik Mohd, Dawama bersetuju membayar gaji minimum sebanyak 12 hari bagi sebulan sehingga syarikat itu meneruskan perbincangan dengan DBP," katanya.

Semalam, Dawama memberikan cuti tanpa gaji kepada lebih 400 kakitangan berkuatkuasa Isnin kerana menghadapi krisis kewangan bagi membiayai operasi harian termasuk bayaran gaji kepada semua kakitangan yang didakwa berpunca daripada kemungkiran yang dilakukan oleh DBP di bawah Perjanjian Konsesi Penswastaan bertaikh 19 Jun 2002.

Subramaniam berkata sekiranya Dawama gagal membayar gaji minimum atau memberhentikan pembayaran itu maka syarikat itu perlu membayar pampasan pemberhentian kerja kepada semua pekerja terbabit.


"Sebenarnya Dawama merupakan satu syarikat yang diberi perniagaan eksklusif oleh DBP. Jadi mengapa mereka di dalam keadaan ini, saya pun tak tahu lah. Ini satu perkara yang luar biasa," katanya.-3/8/2011

default

Kakitangan kerajaan di Komtar sibuk berjudi masa kerja , MPPP lepas tangan !

by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kewujudan beberapa siber kasino di sekitar pusat membeli belah di Pulau Pinang semakin banyak, namun didakwa tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, walaupun isu itu dibangkitkan beberapa kali dalam Mesyuarat Ahli Majlis yang dihadiri oleh pihak polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), namun tiada sebarang tindakan berkesan yang diambil untuk menangani gejala maksiat yang mula bermaharajalela itu di negeri ini.

Menurutnya, hasil pemantauan ahli majlis mendapati banyak siber kasino yang kian menular.

“Namun semenjak April tahun lalu, pihak majlis mendapati tiada sebarang tindakan yang lengkap diambil untuk membanteras gejala maksiat seperti siber kasino di negeri ini.

“Khususnya di kawasan Bukit Jambul dulu hanya didapati sebuah siber kasino, tetapi kini ia sudah bertambah menjadikannya tujuh,” katanya bagi mengulas satu laporan akhbar berbahasa Inggeris mengenai gejala siber kasino di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Iszuree berkata, beliau sendiri sudah menerima banyak aduan daripada keluarga individu yang terjebak dalam gejala itu.

“Baru-baru ini, seorang suri rumah mendakwa suaminya sanggup melabur keseluruhan gaji di pusat judi itu sehingga kehilangan keseluruhan perbelanjaan isi rumah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata seorang lagi kakitangan yang bekerja di Komtar baru-baru ini dicekup oleh ketua jabatannya sendiri akibat ponteng kerja hanya semata-mata memperoleh duit dengan cara pintas.

“Selepas merakamkan waktu kerja tepat jam 8 pagi, pekerja berkenaan didakwa menghilangkan diri kira-kira jam 10 pagi dan didapati sedang leka berjudi di sebuah pusat siber kasino sehingga jam kira-kira 3 petang.

Ini cukup jelas menunjukkan tahap keseriusan gejala ini yang makin meruncing di negeri ini. Oleh itu, saya menggesa Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob sendiri turun padang dalam hal ini untuk membawa satu penyelesaian efektif,” katanya.




Komen GPB

Tu dia ...judi haram punya banyak di Pulau Pinang sehinggakan kakitangan kerajaan negeri di Komtar  pun pernah ditangkap main judi di waktu kerja .

Ahli Majlis MPPP seperti Iszuree tak sepatutnya menyalahkan sepenuhnya isu ini kepada Polis dan sewajarnya pihak berkuasa tempatan juga harus lebih tegas menguatkuasakan undang2 yang ada  ke atas  premis judi baru seperti ini .MPPP boleh menyita terus tempat-tempat berkenaan dengan melakukan serbuan lebih kerap di premis  .

Malah mengikut undang-undang tempatan,  PBT boleh batalkan saja lesen premis2  ini kerana kuasa untuk keluarkan lesen terletak di tangan mereka bukannya polis.

Kalau polis kerap buat serbuan pun tetapi lesen terus dikeluarkan  PBT tak guna juga .

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps