Archive for 06/19/11

default

Wajah Sebenar Part 3 : Isu video Seks dedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim

on Sunday, June 19, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Bila nak bicara tentang isu video seks Anwar ini , semua orang takut nak cakap takut masuk neraka kerana tuduh Anwar. Ostat PAS termasuk Tok Guru Nik Ajis pun dah keluar fatwa tentang video ini. Lebih menarik lagi Anak Muda Keliru (AMK ) yang jadi balaci Anwar cakap ini isu Qazaf kerana kata ini tuduhan Zina.

Ikuti pandangan YB Zul Kulim ulas dalam isu ini ...

default

Wajah Sebenar part 2 : Kelentong kaki pembohong Anwar Ibrahim didedahkan !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bila penyokong Anwar tanya di twitternya mengapa Zul Kulim selalu menghentamnya , jawapan  dia cakap " Cari Makan "..

Anwar sebenarnya tak berani pun berdepan dengan Zul Nordin  ini yang selalu dikencing dan dikelentongnya.  Semua pembohongan dia ada dalam kocek orang seperti Zul ini dan sekarang ini wajah sebenarnya didedahkan . 

Ikuti pembohongan Anwar dari isu kes liwat Saiful , 16 Sept , pemecatan YB Zul dari PKR .

default

Mesti tengok ! Video siapa dalang himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

default

" Wajah Sebenar 1 " : PAS umpama parti mayat hidup bila buang negara Islam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



":  PAS umpana mayat hidup "..itu lah gelaran yang diberikan oleh YB Datuk Zul Kulim di dalam ceramah beliau di Penaga, Kepala Batas.  PAS memang mayat hidup  kerana sanggup gadai dan jual prinsip perjuangan negara Islam mereka hanya semata-mata hendak bersama PKR dan DAP .

Selama puluhan tahun PAS berjuang untuk menegakkan negara Islam , tetapi hari ini begitu mudah membuangnya hanya kerana tiada disebut dalam Al Quran .  Jadi , kematian Ostat Ibrahim Libya di Memali yang hendak pejuang negara Islam  itu dah jadi  mati apa ?

Ini lah wajah sebenar PAS sekarang  yang sanggup buat apa sahaja demi kuasa ! 




pelukan PAS kepada bapak rasis DAP untuk KUASA





default

Anwar Ibrahim bakar semangat ANAK MUDA KELIRU ( AMK) menjelang BERSIH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Hebat Anwar Ibrahim .. bercakap macam ini dunia yang punya .

Membakar semangat AMK ( Anak Muda Keliru  ) menjelang himpunan haram BERSIH pada 9 Julai .

"  Ya ada  kena tangkap ...so what ?  apa yang menghairankan " .. itu ayat pemimpin agung mereka  kepada barisan AMK supaya bertempur dengan UMNO dan Barisan Nasional ..

Kena kencing la hang pa semua nampaknya dengan Anwar ...  kena tangkap polis nanti , Anwar pun ntah  nanti hilang pi luar negara ...hahaha

default

Takziah & Al Fatihah .. Zami Ismail meninggal dunia

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Pelakon veteran Zami Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Uda telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Beliau meninggal dunia di Institut Jantung Negara.

Al-fatihah buat arwah. Berita kematian arwah dimaklumkan oleh rakan blogger sebentar tadi,

Filem terakhir Arwah iaitu Hantu Kak Limah

default

Pilihanraya masjid dibatalkan , Malaysiakini & Aziz Bari cuba pertikai kuasa YDP Agong

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments







Lagi sekali pensyarah kangkung pro Pakatan iaitu Aziz Bari digunakan oleh mereka untuk membela kerajaan DAP lahanat diketuai Guan Eng yang malu besar bila pilihanraya masjid mereka dibatalkan oleh DYMM YDP Agong . 


Kenyataan Aziz Bari di Malaysiakini seoalah-olah mempertikaikan tindakan yang diambil oleh YDP Agong . .   Aziz tak payah lah dok cakap berbelit  dan mengampu kuat sangat kerajaan DAP kononnya ada pihak menggunakan nama YDP Agong  bagi mengheret ke dalam isu pilihanraya masjid . 


Isunya sekarang bukan heret nama YDP Agong tetapi  pelbagai pihak termasuk NGO  tidak setuju kaedah pilihanraya masjid ini  yang diadakan tergesa-gesa dan  boleh pecahbelahkan perpaduan sesama Islam . 


Apa masalahnya sebagai rakyat beragama Islam  P.Pinang yang mana Seri Paduka menjadi Ketua Agama Islam negeri  dipohon supaya mempertimbangkan semula pilihanraya masjid ini . 

Sepatutnya Aziz Bari harus ingat bahawa YDP Agong membuat keputusan bukan atas dasar politik tetapi mengambil kira keharmonian dan perpaduan umat Islam . 


Adakah kerana negeri P.Pinang sebuah negeri Pakatan menyebabkan Aziz Bari berang bila dasar kerajaan DAP  ini disekat oleh YDP Agong  ? 


Kalau Aziz beri alasan mengapa sejak PR perintah P.Pinang dan secara tiba-tiba peranan Agong menjadi signifikanm , ini  kerana kerajaan haram jadah DAP ini memang kurang ajar dan amalkan politik  bangsat  ! 

 Pernahkah  kerajaan DAP menerusi Exco Puppet Malik Kassim  minta perkenan Agong untuk buat pilihanraya masjid ini ? ..tak ada ..


Bila  ia hendak dibuat , Kerajaan DAP lahanat ini angkuh dan tidak  mendengar suara rakyat yang tidak setuju dengan pilihanraya masjid ini .Ini lah sebabnya yang menyebabkan peranan Agong terpaksa digunakan . 




Meskipun mengakui Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja-raja Melayu, namun pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mempertikaikan cara nama Seri Paduka diheret setiap kali bagi membidas dasar-dasar kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Hanya selepas Pakatan Rakyat mengambil-alih Pulau Pinang, tiba-tiba peranan Agong menjadi tokoh yang signifikan.Nama Baginda digunakan bagi menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz berkata prosedur atau peraturan yang betul mengikut perlembagaan adalah bagi pihak Istana Negara atau setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong bagi mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai ketua agama dan bukannya oleh pihak-pihak yang lain.

"Pastinya bukan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan. Jadi beliau harus diam. Biarkan Baginda melaksanakan tanggungjawab yang diperuntukkan oleh perlembagaan - bebas daripada kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” kata Abdul Aziz.

Beliau juga membidas dakwaan 'mengarut' oleh kumpulan pendesak Melayu, PERKASA yang berkata adalah salah bagi mengadakan pemilihan jawatankuasa kariah masjid diadakan.

"Pertama, tidak ada fatwa mengatakan pemilihan itu adalah haram mengikut Islam,” katanya.

Lagipun menurut profesor itu lagi, umat Islam, sama ada dari Umno, PAS dan PKR, semuanya pernah terbabit dalam pemilihan parti masing-masing.  Jika ini tidak mengikut Islam, majlis fatwa sepatutnya mengeluarkan hukum berhubung perkara itu,” katanya.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.