Isu ketiadaan rumah kos rendah di Pulau Pinang dibina sejak 3 tahun kerajaan DAP menjadi satu isu besar di negeri ini . Hal ini kerana di kawasan pulau terutamanya ,rakyat terus dihimpit dengan pembangunan rumah mewah ratusan ribu yang tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah tetapi dibenarkan dibangunkan oleh kerajaan DAP .
Kerajaan DAP akui di sidang DUN bahawa tiada langsung dibina rumah kos rendah sejak 3 tahun memerintah negeri ini . Ia berbeza sekali dengan zaman kerajaan BN dulu memerintah yang telah membina rumah kos rendah sejak tahun 1976 di Air Itam . Ini semua untuk membantu golongan berpendapata rendah dari semua kaum untuk memiliki rumah kediaman dengan harga berpatutan .
Tetapi di bawah kerajaan populis DAP yang hanya bangga dengan wang RM 100 ini jelas tidak pedulikan nasib rakyat yang mahu memiliki rumah sendiri di negeri kelahiran mereka .








