..

..
Archive for 05/22/11

default

Serangan pembangkang : UMNO sedia gempur parti chauvinis DAP !

on Sunday, May 22, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







PB nak cakap satu perkara saja kepada pejuang-pejuang UMNO seluruh negara , musuh utama parti keramat orang Melayu ini sekarang ini adalah DAP .  Parti chauvinis ini lah yang akan merampas kuasa politik Melayu jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 .


Di Pulau Pinang kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka menghentam UMNO setiap hari  di setiap sidang media Ketua Menteri, ceramah2 politik ,  serta Sidang DUN PP . Semua benda yang berlaku di negeri ini berkaitan kerajaan negeri  DAP ini semua  disalahkan UMNO . Depa sendiri pi arah PBT roboh gerai melayu pun nanti akan disalahkan UMNO juga .


Jadi , PB setuju sangat  dengan pandangan  Pak Menteri Dr Puad Zakarshi ini bila mana  beliau menyatakan UMNO perlu tumpu kepada DAP yang menjadi dalang dalam serangan psikologi pembangkang .


Harus diingatkan , game  DAP sekarang sedang cari seramai mungkin  undi Melayu , jadi  kot mana pun parti chauvinis dan bapap rasis ini kita perlu balun dan ingatkan kepada orang Melayu akan penipuan dan agenda mereka .




Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun UMNO pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota UMNO yang tetap kuat dan kental.


Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota UMNO berpegang kuat kepada lima perkara itu.


Ditanya strategi UMNO untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata UMNO akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.


“Seterusnya UMNO juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. 


Kita juga perlu mengatasi kelemahan UMNO dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang,” katanya. UMNO ONLINE 

default

Modalkan RM 25 ribu saja kerajaan DAP P.Pinang untuk jadi populis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Hebat betul  permainan politik populis Lim Guan Eng dalam isu tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat .  Demi nak cari populariti untuk dirinya  dan parti  DAPig  , beliau bermodalkan RM 25K saja untuk menunjuk keikhlasannya bantu orang Melayu . 


PB yakin juak-juak PAS terutama di PP  pasti memuji apek  DAP ini  kerana begitu prihatin terhadap mangsa tanah runtuh di Hulu Langat . Nama beliau pasti akan dijaja di ceramah-ceramah PAS kerana memberi sumbangan ini dengan penuh ikhlas dan tidak macam UMNO . 


Syabas Kerajaan DAP kerana memberi sumbangan ini   .. confirm la  tidor tak lena puak -puak PAS ini puji Guan Eng ni ..hahaha






Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh.


Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.


Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang
dialami mangsa.


Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka
dengan tabah.


Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.


“DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi,” katanya
dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan."

default

Hotel kroni langgar peraturan , kerajaan DAP tutup sebelah mata !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Bila gerai penjaja Melayu berniaga di tepi pantai Queensbay , diarahkan MPPP pergi merobohkan . Malah ada pulak Adun Tong GAS dari Komtar lagi gila boleh rampas barang sebuah restoran kononnya ganggu jalan raya .

Tetapi bila sebuah hotel yang beroperasi dengan tidak mengikut undang-undang PBT tidak pulak diambil tindakan .  Pemilik hotel telah berkenaan menguasai laluan awam di bahagian belakang premis mereka dengan meletakkan pasu bunga besar.

Adakah pemilik hotel  merupakan kroni dan penyokong kuat DAP sehingga kebal daripada tindakan PBT ?

nasbi peniaga Melayu di pantai Queensbay yang 
mana dihalang berniaga oleh PBT 


Laungan kerajaan  yang mengamalkan Cekap Akauntabiliti Telus  sebenarnya hanyalah retorik . Kerajaan DAP dilihat  mengamalkan sikap pilih kasih dalan menguatkuasakan undang-undang kerana aduan telah dibuat sejak Disember tahun lalu dan sehingga sekarang tiada tindakan diambil . Kalau aduan tentang peniaga haram berniaga  saja , cepat la penguatkuasa kerajaan DAP ini sampai dan terus kenakan notis .

PB sokong  perkara ini kepada SPRM  agar menyiasat  jika ada  pihak yang  menyalahgunakan kuasa dalam isu ini



PULAU PINANG 21 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi didakwa mengamalkan 'double standard' apabila membenarkan sebuah hotel di Jalan Hutton, di sini beroperasi tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.


Ketua Pemuda Pusat, Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi berkata, sehingga kini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik hotel tersebut yang meletakkan pasu bunga besar di kaki lima dan menutup laluan awam di bahagian belakang.


"Guan Eng sering menyatakan bahawa tiada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).


"Namun, dalam isu ini, aduan telah dibuat kepada MPPP sejak Disember tahun lepas tapi MPPP masih gagal bertindak mengikut undang-undang.


"Saya syak ada pihak yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini supaya menyiasat perkara tersebut.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.