Archive for 05/08/11

default

DAP penipu Rakyat ! Demo rakyat Bagan kepada Guan Eng !

on Sunday, May 8, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pagi tadi di Taman Bagan , satu demo aman telah diadakan  berhampiran Pasar Taman Bagan pada jam 11 pagi tadi oleh penduduk di kawasan itu  terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang hadir untuk merasmikan jalan altenatif  yang dibina oleh kerajaan negeri .

Demo berkenaan diadakan sebagai tanda bantahan terhadap penipuan Kerajaan DAP  yang di ketuai Lim Guang Eng kononnya mahu menghapuskan tol Sg Nyior semasa berkempen PRU 12 dulu .

Ikuti gambar rakyat marhaen Bagan yang sambut Ahli Parlimen mereka yang kaki penipu !



 hanya beberapa  minit sahaja mereka berdemo dan selepas itu dirampas banner 
dan 4 orang telah ditahan ..

 polis meminta mereka bersurai ...


 apek-apek DAP terkejut sekumpulan rakyat marhaen datang berdemo ..


4 orang telah ditahan polis dan dibawa ke balai untuk disoal siasat 

default

PANAS ! Guan Eng kena terjah dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Kalau Anwar Ibrahim selalu dikenakan soalan panas oleh wartawan di sidang medianya , tetapi hari ini Ketua Menteri Kuat Penipu , Lim Guan Eng pulak kena terjah di sidang medianya di perasmian jalan alternatif baru di Taman Bagan .

Yang terjahnya bukanlah wartawan , tetapi seorang Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang iaitu Sdr Shaik Hussien Mydin yang juga kebetulan berada di sidang media berkenaan .  Dalam sidang medianya , seperti kebiasaan la Guan Eng menjadikan UMNO dan Utusan sebagai mangsa untuk dihantamnya .

Apabila ditanya ada soalan kepada wartawan , Sdr Shaik Hussein terus bertanya soalan sehingga berlaku pertikaman lidah di antara mereka . Ramai wartawan mula tertarik dengan soalan oleh Sdr Shaik sehinggkan Guan Eng tidak boleh menjawab dan muka beliau terus merah padam !!

Di antara soalan yang  dibawa oleh Shaik Hussein ialah usaha Lim Guan Eng merasmikan jalan alternatif dari jalan Mak Mandin ke Jalan Tiram di Sungai Nyior tetapi dalam masa yang sama, DAP telah gagal menunaikan janji PRU 12 mereka iaitu untuk memansuhkan tol di Tol Sungai Nyior. Soalan yang mudah itu tidak dapat di jawap oleh Setiausaha Agung DAP tersebut.

Shaik Hussein mencabar Lim Guan Eng supaya mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi jika beliau didapati terlibat di dalam perhimpunan paderi-paderi yang dikatakan turut mengandungi ikrar bahawa 'Agama Kristian akan di jadikan agama rasmi negara ini dan Perdana Menteri adalah orang kristian.'

Lim Guan Eng yang cuba mengelak daripada menjawab  tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan desakan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap Jeff Ooi.

Siapa kata Pemuda UMNO Pulau Pinang lena dan takut   ....kali ini Guan Eng selaku MP Bagan telah dimalukan di kawasannya sendiri selepas bertemu buku dengan   ruas iaitu Ketua Pemuda UMNO Bagan dan Pulau Pinang  ! 

Dikhabarkan juga selepas Guan Eng beredar menaiki keretanya pulang , ramai penduduk di sekitar Taman Bagan yang hadir ke perasmian majoritinya kaum Cina   bertepuk tangan kepada Sdr Shaik Hussein yang dianggap  berani berdepan dengan  seorang Ketua Menteri Pulau Pinang bagi pihak rakyat di Bagan .

default

Pemuda UMNO P.Pinang balun kerajaan DAP penipu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Kerajaan DAP P.Pinang cukup sinonim dengan penipuan kepada rakyatnya dengan janji-janji manis bila berkempen pilihanraya dulu. Kini janji mereka itu tidak ditunaikan walaupun setelah 3 tahun berkuasa.

Ikut video Ketua Pemuda UMNO Penang balun Guan Eng ...dan akan buat apek chauvinis iniu terus pening kepala kena maki

default

Kristian Agama Rasmi : Perkasa buat laporan polis terhadap pemimpin DAP Jeff Oii

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari.

Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan. Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini. - BERNAMA

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.