Archive for 04/24/11

default

Ramai juak PKR kena sawan , meroyan sebab AC Mizal sertai UMNO

on Sunday, April 24, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Mengapa PKR meroyan  sangat AC Mizal sertai UMNO ???   Sampai    nak tunjuk bahawa ramai orang tak setuju , dalam Keadilan Daily  telah mengambil  semua kenyataan pembaca2 dari facebook yang komen  Malaysiakini  bahawa mereka tidak sokong AC Mizal sertai UMNO . 

Tetapi  depa ingat orang bodoh kot macam penyokong mereka , semua pembaca2 portal pembangkang  itu semuanya  adalah penyokong taksub PKR sendiri . 

Tetapi  kalau lah  AC Mizal sertai mereka iaitu PKR , sudah tentu la akan dipuji melangit seperti mana Bob Lokman .  PB ucapkan syabas kepada bro AC Mizal   yang memilih UMNO sebagai perjuangannya untuk membela nasib bangsa .

Tahniah AC MIZAL !!   SEMPOI !! 



Pelakon dan pengacara Datuk Mizal Zaini atau lebih dikenali sebagai AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk UMNO di sini apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu hari ini.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan berjaya itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai UMNO kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (UMNO) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” katanya pada program anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal turut mendedahkan bahawa beliau sebelum ini telah ditawarkan menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi dalam parti itu tetapi menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkanoleh parti berkenaan.

Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan UMNO yang popular dengan slogan ‘Dulu, Kini dan Selamanya…tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka,” katanya.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang anggota biasa Pemuda UMNO dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

“Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama UMNO Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.Isterinya Emylia berasal dari sini.

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

default

Chauvinis DAP semakin gelabah dituduh parti perkauman ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bila Tun Mahathir  dan Utusan Malaysia memulakakan langkah menyerang parti chauvinis DAP dengan menggelar sebagai parti rasis & perkauman di atas kemenangan mereka di Sarawak , ramai orang Melayu dari bandar hingga ke kampung  telah membuka mata. Pengaruh Tun M dikalangan orang Melayu baik di dalam UMNO mahupun golongan atas pagar  jelas cukup ditakuti oleh adik parti PAP Kuan Yew ini .

Semua orang bercerita baik di kedai kopi dan pejabat  mengenai kemenangan dasar perkauman DAP di Sarawak bagaimana mereka hendak berkuasa di Sarawak dengan memainkan sentimen kuat perkauman .  Ini membuatkan pemimpin  ultra kiasu DAP seperti Guan Eng sudah mula risau dengan gelombang rasis DAP ini .

Sebelum ini DAP dan Guan Eng sering menuduh UMNO dan pemimpin2 nya sebagai rasis , kini rasis itu sudah kembali semua kepada mereka . Malah lebih teruk ada yang sudah mula melabelkan parti ini tidak ubah seperti parti komunis ! 

PB juga  mendapat maklumat sejak gelaran DAP rasis ini bergema , banyak aktiviti-aktiviti program kerajaan negeri  diboikot dan  tidak mendapat sambutan rakyat negeri ini terutama orang Melayu . Dari konsert Ning Baizura di PISA  yang gagal , hingga ke program gerak kerja perdana TKM 1 Mansor Othman di kawasan DUN nya sendiri iaitu Penanti . Selepas itu ,  dihantar pulak sebuah bas dari PP yang mungkin ahli PKR di sana bagi meramaikan program itu . 

Selain itu, program Guan Eng memberi wang RM 100 kepada warga emas juga dikhabarkan diboikot oleh warga emas  di beberapa kawasan  yang bimbang sumber wang itu mungkin bersumber duit judi seperti tahun lepas . 

Ini lah yang dibimbangi Guan Eng dan DAP jika parti mereka terus dilabel parti rasis . PAS dan PKR sudah tidak mampu lagi menarik sokongan Melayu lagi untuk menyatakan big brother mereka ini DAP tidak rasis . 

Teruskan usaha ini !! Sebar dan ceritakan kepada semua orang Melayu bahawa parti ini bahaya kepada orang Melayu kerana mereka adalah parti perkauman !!! 



PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan kemenangan DAP merangkul 12 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu atas dasar perkauman.

Menyatakan pemikiran politik perkauman BN perlu dihenti segera, beliau berkata keputusan PRN Sarawak itu, sebaliknya membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.

“Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.

“BN sebenarnya bangsa sentimen dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan PRN membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak,” katanya pada kenyataannya hari ini.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.