Archive for 04/10/11

default

Anwar Ibrahim meroyan bila ditanya tentang jam tangan Omega !

on Sunday, April 10, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Apa hal pulak pemimpin anugerah tuhan PKR  ini melenting pulak bila ditanya wartawan tentang isu jam Omega Anwar sendiri . Pihak media berhak tanya Anwar kerana isterinya sendiri sudah jawab jam Omega Anwar  itu ada dalam simpnan  mereka  .


Mengapa pulak Anwar marah pulak kepada wartawan tentang soalan itu ?? Adakah Anwar tak berani dan takut untuk jawab tentang jam itu yang mungkin tiada pada mereka? 

Nampak sangat Anwar dan PKR begitu fobia dengan istiah Jam Tangan Omega ini ,  seperti bayangan maut untuk Anwar kerana ia bukti penting bagi menunjukkan Anwar merupakan pelakon dalan video seks itu .

Si isteri cakap jam tangan suami ada pada mereka , tetapi si suami pulak mengamuk bila ditanya tentang jam ..haha  ...nampak sangat mereka berdua ini sedang temberang kepada rakyat !

default

Pemuda BN P.Pinang sedia gempur kubu kuat Pakatan di P.Pinang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Semalam PB mengikuti pelancaran program JOM Pemuda BN  peringkat negeri P.Pinang di Sunway Convention Centre di Sbrg Jaya yang dirasmikan oleh YB KJ  .  Panas betul apa yang berlaku semalam  di sana  iaitu bukan saja program perasmian semata-mata  , tetapi seperti perhimpunan jentera Pemuda BN yang bersiap sedia untuk gempur dalam pilihanraya . PB akan upload nanti beberapa sedutan  video ucapan yang memang kasi PANAS ini !!







Khairy Jamaluddin juga tidak melepaskan peluang balun kerajaan DAP diketuai Guan Eng yang beliau sifatkan kerajaan yang cakap tak serupa bikin dalam isu pemberian tender projek  Wifi kepada sebuah syarikat baru-baru ini



KJ mahu Pemuda BN negeri menjuarai isu-isu rakyat negeri ini dan bongkarkan 
janji-janji yang tidak ditunaikan kerajaan Pakatan selepas 3 tahun memerintah



Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi kata-kata semangat kepada Pemuda BN negeri supaya bangkit dan gempur kerajaan DAP yang diketuai Ketua Menteri Pembohong , Guan Eng yang menindas dan zalim kepada rakyat P.Pinang .


Ketua Pemuda UMNO P.Pinang yang baru, Ir Shaik Hussein  mahu Pemuda BN di negeri ini diberi perhatian oleh pusat kerana di negeri inilah tempat dan kubu kepada pemimpin pembangkang seperti Karpal Singh , Anwar Ibrahim dan Guan Eng. 

Formula beliau mudah ,   jika kubu kuat mereka tumbang maka negeri-negeri yang lain yang ingin ditawan pembangkang akan lebih selamat sikit.  Pemuda BN juga berikrar akan buat Guan Eng tidak senang duduk memerintah negeri dan akan terus memainkan isu-isu berkaitan masalah rakyat negeri yang tidak dipandang kerajaan DAP .


 Pemuda UMNO P.Pinang menaja 5,000 naskah percuma akhbar Utusan 
untuk beberapa sekolah di P.Pinang












Kehadiran ramai  ahli Pemuda BN di P.Pinang menandakan gerakan momentum untuk menghadapi PRU 13 semakin dirasai bagi menggempur kubu kuat pembangkang di P.Pinang

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.