Archive for 03/27/11

default

Tok Sami Hindu pun dah tak percaya Anwar Ibrahim , 200 orang keluar parti

on Sunday, March 27, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Anwar Ibrahim  , Mansor dan apek chauvinis Guan Eng DAP pasti terima tamparan hebat hari ini  dengan berita ini .  Semalam bukan main lagi  gah cakap dalam roadshow ceramah bahawa  negeri P.Pinang bakal menjadi kubu kental Pakatan .

Anwar dan PKR sebenarnya  semakin tidak dipercayai lagi oleh ahli-ahli mereka dan ramai sudah  umumkan keluar parti . Hari ini Sami Hindu pun dah umumkan keluar parti  gara-gara tidak mahu dikaitkan  video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim .

Nampaknya semua sami Hindu ini lebih cerdik daripada puak-puak lebai PAS yang masih lagi pertahankan seorang pemimpin yang sudah dipalit masalah moral .


GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar 


Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.


"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.

default

Mahkamah rakyat Permatang Pauh hadir dengan pembohongan Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Semalam PB berada di Taman Pauh Indah hadir ceramah video seks  yang mempertaruhkan  DS Anwar Ibrahim, Johari Abdul , Chegu Bard , Mansor Othman , Khalid jaafar dan apek chauvinis Guan Eng . Hujan sejak pagi hingga ke malam sedikit merencatkan kehadiran penyokong2 mereka ke situ . 

Lebih kurang 1000 orang  hadir menyaksikan pembohongan Anwar di mahkamah rakyat di Taman Pauh Indah  berdekatan hostel UITM P.Pinang  ini . I

PKR memang sengaja melakukan ceramah di situ walaupun laluan masuk ke situ sempit kerana mahu tarik kehadiran ribuan student  Melayu dari UITM yang tinggal betul-betul berhadapan tempat ceramah mereka .Tetapi PB melihat hanya penyokong2 taksub PKR dan PAS sahaja hadir berdiri untuk dengar pembohongan dari semua penceramah kaki putar belit .


Terdahulu, dalam ceramah ini , Johari Abdul yang dianggap saksi utama  Anwar dalam rakaman video seks ini meneruskan agenda memburukan & mematikan karektor Datuk Shazryl Eskay ( rakan baik Anwar )   dan kaitkan pulak dengan Rahim Thamby Chik  selaku Pengerusi Risda kononnya dapat projek baja . Ini semua sebagai modus operandi mereka mahu kaitkan isu video ini adalah konspirasi UMNO dan Najib .

Selepas itu , diikuti ceramah Anwar yang start gear 5  serang ini semua konspirasi Najib -Rosmah !   Tetapi yang pelik itu  tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah.

"Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat.

"Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan.

"Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh,

Selain itu , Anwar juga  memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau berkata Jamil Khir ini tak faham kenyataan teks ucapannya di LSE pada 2010 lalu dan nafikan menyatakan semua agama adalah sama . 

Nantikan video yang PB sempat rakam dalam ceramah ini ...

default

Anwar Ibrahim pun tak berani jawab , mengapa pulak Rafizi pulak yang sibuk?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas persoalan di mana beliau berada antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari lalu ketika satu video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Anwar yang ditemui pada majlis jamuan teh di Permatang Pasir di sini hari ini hanya mengelak ketika ditanya pemberita mengenai kesahihan fakta bahawa beliau bersama keluarga sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter ketika video itu dirakamkan.

Sebaliknya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sekadar mengajukan persoalan lain sebaik ditanya mengenai polemik terbaru itu.


‘‘Saya tidak akan menjawab soalan itu tetapi saya ingin mempersoalkan kenapa mereka yang berada di sebalik (pengedaran) video tersebut tidak ditahan,” katanya.

Muka depan bertajuk ‘Di manakah Anwar Ibrahim?' yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini menimbulkan persoalan di mana Ketua Pembangkang itu antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam pada 21 Februari ketika satu video seks tersebut dipercayai dirakamkan.

Persoalan itu timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan, sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial Facebook dan Twitter.

Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak ‘tweet’ pada waktu berkenaan.

Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitter pada waktu video seks tersebut dirakam memandangkan akaun laman sosialnya itu didapati ‘senyap’ kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam sehingga 11.39 malam sedangkan Anwar adalah pengguna Twitter yang aktif dan sering kali ‘tweet’ serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.

Anwar juga menyangkal dakwaan bahawa hubungannya dengan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah retak berikutan isu video seks berkenaan.

Selain itu, Anwar turut menafikan laporan bahawa Wan Azizah ada meminta salinan video seks berkenaan seperti yang didakwa oleh Shazryl.

‘‘Dia (Wan Azizah) tidak pernah melihat video seperti itu sepanjang hidupnya dan dia telah menegaskan bahawa dia tidak berminat untuk menontonnya,” katanya.

default

Jawapan Rafizi yang defend isu "Di mana Anwar " dijawab mudah blogger MIM !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Budak jambu PKR  Rafizi Ramli yang dikatakan strategis PKR ini dihantar untuk jawab isu Anwar hilang 2 jam pada 21 Feb .Bukan main lagi la Rafizi ini buka langkah dengan awal-awal lagi laungkan ini FITNAH . 

FITNAH  DONGOI  HANG !

Akaun Twitter dan Facebook milik Anwar , tetapi tuduh  UMNO dan Utusan buat kerja  Fitnah ! 

 Rafizi Ramli cuba nak lawan blogger MIM yang  mempersoalkan  di mana Anwar selama 2 jam . KLIK DI SINI

Ikuti jawapan blogger tersohor PP  ini .


Jawapan terkini MIM

Akhirnya PKR menjawap persoalan tentang 'kehilangan' Anwar Ibrahim di dalam twitter beliau di antara 9.20-11.39malam! Tetapi malangnya, jawapannya adalah dari 'Pengarah Strategi' PKR bernama Mohd Rafizi Ramli dan bukannya Anwar Ibrahim sendiri. Dan sebab itu, jawapan Rafizi terpalik ke muka beliau serta memburukkan lagi keadaan!

Malah, kenyataan beliau sebenarnya membantu menyenangkan MiM tentang isu Anwar Ibrahim 'hilang' selama 2 jam daripada social network seperti Twitter dan Facebook.

Beliau menuduh Utusan Malaysia dan penulis menaburkan fitnah. Di antara kenyataan beliau ialah :-
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu: -

- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”
“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.
“Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam,” kata Rafizi lagi KLIK SINI


1. Di dalam laporan berita, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli telah menyembunyikan satu fakta yang sangat penting iaitu beliau tidak menyebut tentang masa akaun Facebook Anwar Ibrahim sebelum 10.40 malam!

Yang menimbulkan persoalan ialah masanya adalah 8:20 malam !




Facebook Anwar Ibrahim telah menunjukkan bahawa beliau 'hilang' dari jam 8.20-10:40pm iaitu lebih daripada 2 jam!!

2. Di sini MiM sediakan perbandingan di antara twitter Anwar Ibrahim dengan Facebook beliau.

                               (klik untuk lebih besar)
 

Ternyata terdapat diskrepensi 1 jam di antara twitter dan Facebook Anwar Ibrahim dan diskrepensinya berturutan sungguh kemas!

Dan kita semua perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim telah mengaku bahawa beliau mendakwa bahawa beliau sedang mengakses Twitter semasa rakaman video kontroversi tersebut!

Ini bermakna, masa di twitter adalah sangat relevan dan tepat. Dari segi teknikalnya berlaku perbezaan 1 jam!

Apa-apa pun, Anwar Ibrahim memang sah 'hilang' selama 2 jam sama ada di Twitter atau pun Facebook!
selanjutnya klik sini


PB hendak tanya Rafizi Tak Strategik ini ,  mengapa hang panas sangat dengan pendedahan blog MIM ini ? Bos hang sendiri Anwar mengaku beliau ber tweet  semasa waktu rakaman itu  .

Kalau betul Anwar bertweet dan melayari facebook  , mengapa  Rafizi pilih waktu  jam 10.40 pm di facebook  sahaja sebagai jawapan ?  Waktu sebelum itu Anwar di mana ?

Lagi satu . kenapa tak dedahkan sekali  waktu   8.20 malam sekali kepada media ? Memang terang dan jelas Anwar hilang 2 jam samada di twitter mahupun facebook

Jadi , tak payah la hang  dok menuduh ini fitnah jahat la ...aku sudah naik muak la alasan konspirasi  , fitnah ini semua . 

Simple saja aku nak terang kepada budak dikatakan strategis PKR ini ,  orang kalau buat salah  ini kot mana pun dia akan tertinggal juga bukti .

Jadi , tak payah la tuduh ini fitnah penulis blog MIM  dan Utusan kerana bukan mereka  yang akses dan ubah segala-gala di tweeter dan facebook Anwar . Kita ada kemudahan internet dan boleh analisis terus kepada waktu tersebut   jika benar Anwar mengaku pada waktu itu beliau mengakses tweeter . 

Orang semua bukan bodoh Rafizi .... jangan ingat semua benda hang boleh putar belit hanya kerana untuk bodek dan selamatkan Anwar .




default

Angan nak ke Putrajaya , tetapi PKR di Pahang sudah NAZAK !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Anwar Ibrahim dok sibuk roadshow ceramah DNA dan video seks tetapi  PKR di Pahang sudah nak NAZAK pun . hahaha. Silap-silap kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang dikuasai PKR pun bakal hilang .

Berita duka la buat Pakatan dan blogger pencacai mereka  yang mimpi nak rampas negeri kelahiran Najib ini  tetapi sebenarnya sudah nak mati dah pun ..haha

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.