Heboh semalam PAS , Anwar Al Juburi dan blogger pencacai mereka marah dan tuntut pemohonan maaf kerana dakwa Najib menghina Ikhwanul Muslimin & Dr Yusuf Al Qaradhawi berdasarkan kepada artikel oleh National Review Online oleh Seth Mandel .
Tajuk artikel tersebut ialah
"Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce or Be Left Out".
PAS mendakwa Najib Razak berkata parti politik Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. Rujuk perenggan di dalam artikel tersebut:-
But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”
PB agak hairan kerana sejak bila PAS terlampau percaya laporan-laporan media di luar negara ini . Kalau laporan buruk tentang Malaysia dan Najib , mereka akan perbesarkan isu ini. Tetapi kalau Utusan Malaysia mendedahkan laporan oleh media di tentang perilaku sebenar Anwar Ibrahim di sana , tidak pulak PAS meroyan seperti ini .
PB memetik artikel dari blogger MIM yang mempersoalan kesahihan artikel yang memburukkan Najib ini ketika lawatan beliau ke Istanbul .
1. Tuduhan Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau merujuk kepada satu artikel yang dikatakan mengambil petikan temuramah Perdana Menteri di Istanbul, Turki. MiM cuba mencari sumber rujukan tersebut tetapi tidak dapat.
Yang ditemui ialah temuramah beliau dengan agensi berita AFP. Mungkin ada di antara pembaca yang tahu sumber asalnya dan memaklumkan kepada penulis.
Satu lagi perenggan di dalam artikel Seth Mandel yang menjadi kontroversi adalah seperti di bawah :-
Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar.
It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”
Kita tentu berasa pelik apabila nama Sheikh Yusuf Al-Qaradawi tiba-tiba muncul di dalam temuramah yang didakwa oleh penulis Seth Mandel tanpa sebarang soalan yang berkaitan dengan Al-Qaradawi. Kecuali jika ada soalannya tetapi tidak dilaporkan di dalam artikel tersebut.
Isu panas yang melibatkan nama Yusuf Al-Qaradawi ketika tarikh temuramah Najib Razak ialah tindakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menghalalkan serta menggalakkan Muammar Gaddafi dibunuh!
“Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so,” he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.
Jika benar seperti yang MiM katakan, DS Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan moderation ( kesederhanaan) berhak berkata seperti yang dilaporkan.
1. Apakah kita mahu menyokong undang-undang diletakkan di atas senapang dan peluru tanpa?
2. Apakah kita rela pembunuhan ahli politik berlaku dan mungkin menjadi tauladan yang ngeri di negara ini?
Memang benar Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin yang zalim di Libya tetapi DS Najib Razak sendiri tidak pernah menyetujui modus operandi Muammar Gaddafi. Rujuk di bawah :-
ISTANBUL: Libyan leader Muammar al-Gaddafi should not use violence against protestors who have been on the streets for days in a bloody uprising against the regime, Malaysian Prime Minister Najib Razak said Wednesday.
"We believe that he should not use violence," Najib told AFP in Istanbul.
Anwar & PAS nampaknya sengaja menggunakan artikel haprak penulis luar negara ini yang jelas boleh dipertikaikan kesahihannya. Tiada bukti video temubual mahupun laporan2 dari media -media antarabangsa yang lain .