PB melihat disebalik kemenangan BN di PRK Tenang ini , pengundi Cina dilihat masih lagi tidak mengundi BN sebaliknya menyokong Pakatan Rakyat . Trend pengundi Cina tidak menyokong BN sejak dalam beberapa pilihanraya kecil hinggalah la PRK Tenang jelas menunjukkan kaum ini tidak mengenang jasa kerajaan BN walaupun pelbagai bantuan & peruntukan disalurkan .
Walaupun ramai pengundi Cina dikatakan tidak keluar mengundi oleh puak2 yang kalah ini ,tetapi sebenarnya banyak pengundi Cina di Labis menolak BN dengan lebih suka terpengaruh dakyah perkauman DAP .
Kita boleh tengok sendiri di bawah ini keputusan peti undi Labis Timur & Labis Tengah yang di situ solid majoriti CIna .
Labis Tengah
( Jumlah Bil Pengundi - Melayu : 55 Cina : 2068 India : 40 Lain -Lain : 74 )
BN 365 PAS : 851 ( PAS MENANG )
Labis Timur
( Jumlah Bil Pengundi - Melayu : 541 Cina : 1322 India : 221 Lain-lain : 70 )
BN 669 PAS 632 ( BN MENANG )
Labis ( Jumlah Bil Pengundi - Melayu : 109 Cina : 723 India : 415 Lain-lain : 30 )
BN 380 PAS 337 ( BN MENANG )
Keputusan di beberapa peti undi di atas ini menunjukkan pengundi Cina di kubu kuat Chua Soi Lek tidak memberi undi yang banyak pun kepada BN . BN hanya mengharapkan undi Melayu & India sahaja untuk memenangi peti-peti undi yang majoriti Cina , itu pun kemenangan tipis sahaja
MCA dan Chua Soi Lek perlu bekerja lebih keras lagi menarik sokongan pengundi Cina kerana jelas dapat dilihat mereka gagal menarik sokongan ramai pengundi Cina . Dalam kempen2 ceramah pun PB tengok ceramah DAP lebih ramai menarik perhatian pengundi Cina berbanding ceramah MCA .
PB harap Najib & Soi Lek dapat memikirkan semula strategi terbaik untuk menarik sokongan kaum Cina. Kaedah beri peruntukan untuk SJKC bila tiba PRK seperti tidak boleh digunapakai lagi .