..

..
Archive for January 2011

default

Blogger fitnah PAS Pahang Daily jatuh tersungkur di kaki Saiful !

on Tuesday, February 1, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments



Akhirnya yang hak itu pasti berdiri  dan batil itu akan jatuh ..

Itu lah yang berlaku kepada blogger pencacai PAS & Anwar Al Juburi  Pahang Daily Online yang akhirnya mengaku salah . Terbukti blogger PAS  adalah blogger  fitnah sebenar sehingga sanggup fitnah Saiful sakit tenat bagi menunjukkan bahawa Saiful telah termakan sumpah laknat .

 Nak menjilat Anwar sangat ...sekarang baru hang tau . Anwar pun tak tolong hang bila Saiful buat buat laporan dan kemukakan saman ini .  Kalau pemimpin dia kaki Fitnah , inikan pulak blogger pencacai mereka ...





Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini

Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini

Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.

“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.

Blog itu juga memohon maaf secara terbuka kepada individu yang pernah difitnah sebelum ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengambil sikap berkecuali dalam kes perbicaraan liwat Anwar, sedangkan sebelum ini, blog ini mengambil sikap berpihak kepada Anwar.

“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.

“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.

Menurut blog itu penarikan balik enam artikel fitnah dan permohonan maaf secara terbuka kepada Saiful dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak tetapi di atas prinsip ‘yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah’

“Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing.

“Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini.

“Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi “millage” kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah”, katanya lagi

default

PAS mahu pesawat , Najib pulak mahu guna kapal perang bawa rakyat Malaysia pulang ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 10 Comments



Keadaaan di negara Firaun , Mesir semakin kacau bilau dan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia seramai 10 ,000 di sana menjadi bualan hangat minggu ini . Lebih panas lagi parti khawarij PAS cuba menjadi hero dan mendesak kerajaan Malaysia hantar  pesawat pengangkut  bagi mengangkut  semua rakyat Malaysia supaya pulang .KLIK DI SINI



Setakat ini lah kecerdikan puak2 PAS yang buat cadangan tak bernas sungguh yang minta gunakan pesawat pengangkut untuk bawa pulang rakyat Malaysia di Mesir  . Jumlah 10,000 nak angkut guna pesawat sahaja ? Berapa trip agaknya terpaksa angkut kesemua rakyat pulang ye ... dan berapa juta akan dihabiskan untuk menampung kos membawa pulang ini .

Tetapi mujur la Malaysia mempunyai  Perdana Menteri  seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang bijak yang  berkata adalah tidak praktikal kerajaan mengunakan pesawat pengangkut C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi memindahkan lebih 10,000 pelajar Malaysia di Mesir.



Untuk pengetahuan puak2 kaldai PAS , pesawat TUDM itu hanya mampu mengangkut 40 orang sekali penerbangan dan itu belum tahu lagi keadaan di aiport depa macamana .

Kerajaan Malaysia diterajui BN sentiasa  mendahulukan rakyat  dan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru. PM juga berkata :



"Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir," katanya.

default

PKR mengaku parti mereka adalah rasis ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

PKR tidak ubah seperti parti ibarat meludah ke langit akhirnya terkencing muka sendiri . Apa tidak hari ini depa gelarkan Gobala MP Pdg Serai yang keluar dari parti ini adalah seorang rasis !

Kah kah kah ... PKR sebelum ini begitu bangga menyatakan parti mereka berbilang kaum dan tidak mengamalkan perkauman . Tetapi hari ini mengaku ada pemimpin mereka masih lagi berotakan rasis .. hahaha

Mereka tuduh UMNO rasis & mengamalkan perkauman tetapi kini depa pulak terpaksa mengaku ada malaun dalam  kelompok depa pun ada bersifat rasis  . Tetapi ayat mereka cukup berlapik ibarat masih lagi tidak mengaku perkara yang sebenar .

“ PKR sanggup hilang pemimpin rasis macam MP Pdg Serai “ .. ayat pondan & penuh retorik dari seorang YB jambu Nik Nazmi .. kah kah kah ..

Tak ada ayat lain ka untuk hang pikiaq untuk bagi sebab Gobala keluar parti hang tu…Gobala keluar kerana penasihat seumur hidup Anwar Antaturk buat parti PKR  macam parti keluarganya anak beranak ..

Tapi biasa la skrip lama akan digunakan semula juga jika ada sesiapa yang keluar PKR ….

default

Harakah pun dah jadi portal rasis , cuba cucuk pengundi Cina & India di Tenang ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tuduhan & analisis  penulis Haprak Daily , Zulkifli Sulong  bahawa agensi kerajaan persekutuan tidak membantu pengundi Cina & India dan hanya bangsa Melayu  ke tempat pengundian ketika hujan lebat dan banjir di PRK Tenang   satu tuduhan yang berniat  jahat . 

PAS menuduh penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

 petugas jentera BN membawa pengundi ke tempat pengundian

PB nak tanya penulis bangang PAS   ini tempat  manakah  pasukan penyelamat & keselamatan harus utamakan dan pergi dulu   bila  berlaku banjir teruk  yang air naik dengan cepat  ?

Budak tabika pun tahu jawapannya iaitu tempat berlaku banjir ...

Jadi , adakah salah trak polis , Bomba  , JPA dan tentera ke kawasan seperti di Kg Felda Tenang, Kg Redong , Kg Gatom , SMK Kamarul Ariffin ,  Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Kampung Sungai Gatom, Ladang Voules dan Pekan Air Panas ini dulu ? 

Di SMK Kamarul Ariffin sendiri ,air yang sudah naik ke 2 meter hingga menyebabkan TPM sendiri terkepung di situ beberapa jam .


ada ke pengundi Cina sanggup naik trak askar seperti TPM ke tempat pengundian


Adakah penulis totok  PAS ini lebih pentingkan undi daripada ribuan nyawa mangsa banjir ?  Di samping petugas2 pasukan keselamatan ini membawa pengundi ke tempat pengundian , mereka juga menyelamatkan terus mangsa2 banjir yang kebanyakannya  di sekeliling rumah mereka sudah ditenggelami banjir seperti pulau .

Pengundi Cina pulak terutama tinggal di tengah2 pekan Labis ( taman2 perumahan di sekitar Majlis Daerah Labis ) tidak terjejas langsung  masalah banjir . PB sendiri lihat mereka rela duduk rumah daripada keluar mengundi sedangkan pusat pengundian tidak jauh pun .

Jadi  , kalau mereka sendiri tak mahu keluar rumah kerana takut hujan ..mengapa haprak daily ini hendak salahkan pulak petugas2 pasukan keselamatan yang kononnya diskriminasi pengundi Cina dan India .

Lebih baik diutamakan kepada mangsa2 banjir di kampung2 dan felda yang lebih memerlukan bantuan dan mahu pergi mengundi . PB betul-betul  kagum dengan semangat pengundi2  Melayu tidak kira tua atau muda  yang lebih berani dan bersemangat untuk ke tempat pengundian walaupun terpaksa menaiki trak , pickup ,dan bot .

ada ke pengundi Cina sanggup dok atas jeep ini saja  ke tempat mengundi ?


Jadi , tak payah la Haprak Daily memainkan sentimen perkauman di sini agar  orang Cina dan India membenci kerajaan persekutuan disebabkan peratusan keluar mengundi kaum ini rendah  . Kita bukan boleh paksa dan mengarah mereka  untuk keluar mengundi . Terpulang la kepada diri sendiri kalau mereka tak mahu dibasahi setitik air hujan .

Selain itu ,  kepada akhbar haprak ini ... untuk makluman  Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengamalkan pendekatan diskirminasi  jika berlaku keadaan2 seperti ini  . Boleh dilihat sendiri rekod sepanjang lebih 50 tahun BN memerintah tak pernah pun bezakan bantuan mengikut kaum.

Kalau PAS sendiri buat sudah kita dah  tengok sendiri berlaku  semasa  banjir di Kedah tahun lepas macamana depa membezakan bantuan antara orang Melayu  UMNO dan  Melayu PAS .

default

Guan Eng musibat dengki kemenangan BN di Tenang !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments







Kalau dah kalah , terima la hakikat bahawa pengundi itu   berhak menentukan siapa wakil  rakyat yang hendak dipilih berkhidmat kepada mereka  . Tetapi ada seorang chauvinis yang tak  diterima langsung pengundi Felda iaitu Ketua Menteri diktator , Guan Eng lidah  yang masih lagi meroyan tentang kemenangan BN di PRK Tenang .

Seperti cuba menjadi seorang Profesor yang menganalisis politik , apek ini cuba bermain silap mata kungfu pulak ..




"Pemenang dan si kalah bukanlah calon tetapi orang lain," kata setiausaha agung DAP itu.


Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Manakala pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.MK 


Mengapa pemenang iaitu calon BN serta parti BN dianggap bukan menang oleh Guan Eng ? Calon BN iaitu Azahar Ibrahim adalah wakil kepada parti dan jika beliau menang maka parti BN juga menang . MB Johor adalah Pengarah Jentera BN dan sememangnya tugas beliau memastikan kemenanan calon BN dalam pilihanraya kecil ini.


Tak payah la dok putar kepala otak orang pulak suruh pikiaq analisis taraf longkang Guan Eng ini . Kalau PAS dulu yang menang di Manik Urai tipis sahaja masih lagi cakap depa menang . Politik kalau berdasarkan angka ...siapa yang banyak undi , ia akan menang tidak kira la lebih 1 undi pun .


Keputusan di Tenang jelas sekali menunjukkan Pakatan terdiri PAS , PKR dan DAP ditolak oleh pengundi . Guan Eng lebih baik buat post mortem kekalahan daripada dok bising dengan analisis bodoh ini

default

Team blogger Pro BN terperangkap di Labis akibat banjir !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Banjir besar di seluruh negeri Johor telah diumumkan kerajaan pusat  tetapi  PB dan beberapa rakan blogger telah terperangkap di pekan  Labis selepas tamat  tempoh pengundian lagi kelmarin .  

Pagi tadi lebih kurang pukul 9.00 , PB dan rakan2 tekad untuk meredah juga bagi mencari jalan pulang ke Pulau Pinang . Menurut maklumat , dikhabarkan ramai petugas jentera BN telah bertolak awal pagi  selepas air dikatakan surut sikit walaupun hujan masih lagi turun dengan lebat . 

Jalan pertama kami cuba  lalui melalui Felda Chemplak ke Bukit Kepong  ..tetapi malang sekali air deras sudah naik mendadak di jalan berkenaan .











Jadi , terpaksa la menggunakan jalan terakhir iaitu menuju ke arah selatan iaitu jalan ke Yong Peng kerana tiada jalan keluar yang lain untuk keluar dari Labis . 

Mujurlah jalan menuju ke Labis seperti di pekan Chaah tidak dinaiki air teruk seperti jalan Felda Chempelak . Kenderaan ringan kami masih lagi boleh merentasi arus deras air yang semakin melimpah ke jalan .

air di jalan ke Yong Peng sudah naik melimpah ke jalan ..nasib baik sempat 


Syukur  Alhamdulillah ..lebih kurang jam 12 tengahari kami selamat  tiba di  Yong Peng dan sempat makan tengahari di situ . Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan oleh PB apabila berdepan pilihanraya dalam keadaan banjir . 



Selamat tinggal bumi Tenang  & terima kasih kerana mengundi  parti yang banyak berjasa  BARISAN NASIONAL

default

Doa PAS tidak dimakbulkan , bukti BN dipihak yang benar ..

on Monday, January 31, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Sebelum hari berkempen lagi ketika penamaan calon , PAS telah mengeluarkan pelbagai ajaran2 songsang yang tiada dalam ajaran Islam di PRK Tenang . Bermula Nizar Boneka DAP yang ikut suka  dia mengeluarkan fatwa Haram Syarie mengundi UMNO & Halal Syarie undi PAS .

Masa hari penamaan calon pulak boleh dilihat papan tanda baik punya di atas lori penerangan PAS iaitu Doa menghancurkan UMNO dan beri kemenangan kepada merek .

Semalam diumumkan kemenangan BN dengan majoriti yang lebih besar . BN tidak hancur pun malah memperoleh kemenangan lagi. Adakah doa puak2 PAS ini untuk menghancurkan saudara Islam lain tidak dimakbulkan Allah ?

default

Apa kata pemimpin Pakatan Haram kekalahan di Tenang ?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Aiyaaa ! Waa cakap 70 % pengundi Cina Labis sokong Pakatan ..tapi waa tak tau macamana peti undi majoriti  Cina itu boleh kalah ..ini mesti ujan la punya pasal ..kita olang tak boleh keluar itu umah masa ujan lebat ..banyak suweeee ....


Ini semua kerana kerja TV3 & Utusan Malaysia yang kawal media & bersekongkol dengan UMNO/BN memperbodohkan rakyat & pengundi di Tenang ..


pergi jahanamu semua sekali ..mu semua tak undi PAS adalah orang Jahiliah


Peneroka2 Felda  masih lagi  diperbodohkan Isa Samad & Ahmad Maslan 
untuk menuntutkan hak mereka


itu UMNO  bodoh , dayus , lembikkkkkk


walau apapun kata mereka ...BN telah ditakdirkan Allah menang dan mewakili rakyat di Tenang . PB masih lagi  berada di sini dan mengharapkan air akan surut agar boleh pulang semula ke Penang .



default

Apa lu bikin Soi Lek ? Pengundi Cina masih tak undi BN ..

on Sunday, January 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



PB melihat disebalik kemenangan BN di PRK Tenang ini , pengundi Cina dilihat masih lagi tidak mengundi BN sebaliknya menyokong Pakatan Rakyat . Trend pengundi Cina tidak menyokong BN sejak dalam beberapa pilihanraya kecil hinggalah la PRK Tenang jelas menunjukkan kaum ini tidak mengenang jasa kerajaan BN walaupun pelbagai bantuan & peruntukan disalurkan .

Walaupun ramai pengundi Cina dikatakan tidak keluar mengundi oleh puak2 yang kalah ini ,tetapi sebenarnya banyak pengundi Cina di Labis menolak BN dengan lebih suka terpengaruh dakyah perkauman DAP .

Kita boleh tengok sendiri di bawah ini keputusan peti undi Labis Timur & Labis Tengah yang di situ solid majoriti CIna .


Labis Tengah 
( Jumlah Bil Pengundi - Melayu : 55 Cina : 2068 India : 40  Lain -Lain :  74 )

  BN 365       PAS : 851 ( PAS MENANG )


Labis Timur
( Jumlah Bil Pengundi -  Melayu : 541 Cina : 1322 India :  221 Lain-lain :  70 )

       BN  669    PAS 632   ( BN MENANG )
Labis  
( Jumlah Bil Pengundi -  Melayu : 109 Cina : 723 India :  415 Lain-lain :  30 )        

    BN  380    PAS 337   ( BN MENANG )


Keputusan di beberapa peti undi di atas ini menunjukkan pengundi Cina di kubu kuat Chua Soi Lek  tidak memberi undi yang banyak pun kepada BN . BN hanya mengharapkan undi Melayu & India sahaja untuk  memenangi peti-peti undi yang majoriti Cina , itu pun kemenangan tipis sahaja


MCA dan Chua Soi Lek perlu bekerja lebih keras lagi menarik sokongan pengundi Cina kerana jelas dapat dilihat mereka gagal menarik sokongan ramai pengundi Cina . Dalam kempen2 ceramah pun PB tengok ceramah DAP lebih ramai menarik perhatian pengundi Cina berbanding ceramah MCA .


PB  harap Najib & Soi Lek dapat memikirkan semula strategi terbaik untuk menarik sokongan kaum Cina. Kaedah beri peruntukan untuk SJKC bila tiba PRK seperti tidak boleh digunapakai lagi .

default

PAS tenggelam dalam banjir ditolak pengundi Tenang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Akhirnya , BN berjaya BN memenangi PRK DUN Tenang dengan majoriti lebih besar lagi daripada PRU 12 iaitu lebih 3000 undi  !  Satu  keputusan yang membanggakan kerana walaupun peratusan yang keluar mengundi rendah iaitu 71 % tetapi undi majoriti nampaknya BN bertambah .

Walaupun pelbagai dugaan dan kepayahan yang terpaksa ditempuhi pengundi2 untuk keluar mengundi seperti hujan lebat & meredah banjir besar di beberapa kawasan peti undi ,namun ia tidak sedikit menghalang mereka  untuk keluar mengundi .

Sehingga ada yang sanggup keluar mengundi menaiki trak askar dan bot untuk ke pusat pengundi . PB salute la kepada pengundi di Tenang terutama bangsa Melayu yang sanggup meredah hujan & banjir   !

pengundi sanggup menaiki bot ke tempat pengundian 



Selain itu , PB juga melihat semangat jentera2 BN terutama perayu undi cukup kuat terutama di hari pengundi yang sanggup berdiri dalam keadaan hujan yang cukup lebat sehingga mengalami banjir . Syabas !!

Walaupun PAS yakin akan menang di peti undi majoriti CIna , tetapi ternyata faktor hujan menyebabkan peratusan keluar mengundi kaum itu menyebabkan mereka tewas di peti undi Tenang Station , Labis ,dan Labis Timur .

PAS hanya mampu menang di Peti undi Labis Tengah sahaja . Memang pengundi Cina di Labis rata-rata tidak menyokong BN sebeliknya menyokong PAS hasil dakyah perkauman oleh DAP .


semangat jentera perayu undi BN

Di  peringkat awal pengiraan undi lagi yang dapat kepada PB ,  keputusan jelas memihak kepada calon BN. Peti2 undi seperti  di Sawah Baru , Felda Chemplak , Felda Tenang , Chemplak Barat , Ladang Bukit Dato yang majoritinya Melayu semuanya solid menyokong BN & menolak sepenuh Pakatan .

Syabas PB ucapkan  kepada pengundi2 dari peneroka Felda iaitu  Generasi Pertama dan  Generasi Kedua di Tenang  yang terus yakin untuk menyokong   BN . Marah betul puak2 kopiah putih PAS kepada peneroka Felda yang terus menyokong BN dan tidak  langsung mempedulikan dakyah pembangkang .

PAS dengan konco2nya  Anwar ibrahim  & DAP ternyata ditolak oleh pengundi Tenang  hingga tenggelam dalam banjir .

default

Live ! Keputusan PRK Tenang : BN menang majoriti 3685

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Jumlah keluar mengundi : 10,579 
  %                               :    71.71


Keputusan Tak Rasmi  N05 Dun Tenang 

                                 BARISAN NASIONAL   :      6679 
                                PAS                           :      2994

MAJORITI   : 3685  ( Tak Rasmi )

BN : 69  % 
PAS : 31 %
UNDI ROSAK : 86

Keputusan Peti Undi 


Pekan Air Panas :         BN 451   PAS 83    (  BN MENANG )

Ladang Labis Utara :      BN 152  PAS 40   ( BN MENANG )

Felda Tenang         :      BN 955  PAS  160   ( BN MENANG )

Ladang Bukit Dato  :     BN 351  PAS   99    ( BN MENANG )

Tenang Station        :      BN 744  PAS  352  (  BN MENANG )

Labis Tengah                 BN 365  PAS  : 851 ( PAS MENANG )

Kg Redong              :     BN  462   PAS :105  ( BN MENANG )

Chemplak Barat             BN  838   PAS 142   ( BN MENANG )

Chemplak                      BN   985   PAS 135  ( BN MENANG )

Sawah Baru                   BN  212    PAS  55   ( BN MENANG )

Labis                             BN  380    PAS 337   ( BN MENANG )

Labis Timur                   BN  669    PAS 632   ( BN MENANG )

Undi Pos                       BN  115      PAS   3    ( BN MENANG )

default

Live dari Tenang : 68.68 % keluar mengundi , hujan semakin lebat di Tenang

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Terkini :

Peratusan keluar mengundi sudah 68.68% mengundi sehingga 4 petang. Hujan semakin lebat turun di bumi Tenang sekarang ini .Banyak jalan-jalan utama di sekitar Tenang & Labis telah ditutup .


kereta terperangkap dalam arus air banjir


trak RAMD turut membantu memindahkan mangsa banjir dan membawa pengundi

masih lagi bersemangat Wanita UMNO sebagai perayu di Tenang Station

motorsikal ini terpaksa diangkut lori bagi meredah banjir di depan

default

Live dari Tenang : 65.19 % keluar mengundi , DAPig meroyan tuduh BN beli undi !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kemaskini :

Peratusan keluar mengundi 65.19% ( 9618 ) . pada jam 3 petang telah mencatatkan sedikit  peningkatan. DAP semakin panik dengan situasi dan mereka mula meroyan macam orang gila bila menuduh MCA beli undi di Tenang Station dalam Malaysiakini

Tak ke bodoh namanya  nak beli undi guna cek .Tiga ribu ringgit untuk membayar seorang  pengundi...kah kah kah ...ini game apa pulak DAP cuba bikin di tempat terbuka seperti sekolah berkenaan . 

Lepas itu depa boleh senang2 snap gambar lagi ... kah kah kah ..

Drama DAP ini adalah satu taktik terdesak mereka untuk memburukkan setelah ramai pengundi yang janji nak sokong PAS tidak keluar undi kerana takut hujan

default

Live dari Tenang : 61.17 % keluar mengundi , DAP bengang pengundi Cina seronok duduk rumah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kemaskini :  Sehingga jam 2 petang, peratusan yang keluar mengundi semakin meningkat iaitu sebanyak 61.17% atau  9,025 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka. 



DAP semakin takut dengan perkembangan ini iaitu tinggal lagi 2  jam sahaja lagi tempoh berkempen akan tamat pada 5 ptg. Beberapa pemimpin parti rasis telah   menghantar 'SOS' menggesa mereka keluar mengundi. Antaranya Teo Nie Ching yang pulun hantam BN semalam di Paya Merah yang telah menulis di twitternya


"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter.

Baru hujan lebat dan banjir ini berlaku sahaja menyebabkan ramai pengundi Cina tidak mahu keluar rumah untuk mengundi .  Di sini kita dapat lihat perbezaan ketara sekali melalui peratusan keluar mengundi di semua UPU .

jam .2.30 petang

1. Bdr labis tgh - 28.6%
2. Bdr labis tmr - 30.8%
3. Chemplak - 55.9%
4. Chemplak brt - 63.7%
5. Felda tng - 59.4%
6. Kg.redong - 67.3%
7. Labis - 31.0%
8. Ldg bkt dato - 57.3%
9. Ldg labis utara - 38.4%
10. Pkn ayer pns - 56.5%
11. Sawah bahru - 72.0%
12. Tenang stion - 38.3%

Boleh lihat sendiri peratusan tinggi keluar mengundi banyak di kawasan majoriti Melayu seperti Kg Redong , Felda Chemplak ,  Felda Tenang , Sawah Bahru . PB puji semangat orang Melayu di Labis ini yang sanggup meredah banjir & hujan lebat demi menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi . 

Semangat orang di kawasan2 majoriti mereka seperti Labis menunukkan pengundi kaum Cina nampaknya lebih takut hujan untuk keluar mengundi yang hanya mengambil masa sekejap sahaja.   

Memang patut la pun puak2 DAP ini kelam kabut kerana selama beberapa hari mereka berkempen dan memainkan api perkauman , nampaknya sia-sia la kerana yang mai dengar nak sokong Cikgu Mala itu tidak keluar mengundi .

default

PRK Tenang : Hujan semakin lebat , air semakin naik !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Terkini  !    

Perkembangan banjir di PRK Tenang semakin buruk hinga menyebabkan beberapa jalan terputus hubungan seperti dilaporkan antaranya  Sg Paya Merah ,Kg Tenang ,lembah Bakti , Tenang Station .

PB mendapat berita  , 300 orang anggota  tentera dari  RAMD Kluang dan Gemas yang ditugaskan di PKR Tenang ini bagi menghadapi banjir telah  bertungkus lumus bantu org ramai keluar mengundi dan berpindah ke tempat penempatan banjir .


default

Live dari Tenang : 55.36 % keluar mengundi , PAS sebar dakyah palsu

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Kemaskini 

Setakat jam 1.15  tengahari , sudah 55.36 % pengundi telah keluar mengundi . Puak-puak Pakatan jelas bimbang dengan situasi ini sehingga menyebarkan sms berita bahawa pilihanraya ini ditangguhkan SPR  .

Yang mereka lagi tak puas hati ialah peratusan keluar mengundi Cina rendah berbanding PRU 12  kerana inilah undi yang mereka harapkan untuk memenangkan Cikug Mala .  Di tambah lagi situasi banjir di UPU Tenang Station  Jika keadaan ini berterusan , BN kini terus dijangka terus mendahului  walaupun hujan yang agak lebat sekarang ini

default

Live dari Tenang : 48.93 % sudah keluar mengundi sehingga 12 tengahari

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


kemaskini:

Sehingga jam 12 tengahari , sudah 48.93 % ( 7219 ) pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mereka . Hujan ketika ini di Pekan Labis hanya la renyai-renyai sahaja.



Sehingga jam 11 pagi tadi, seramai 5,703 pengundi atau 38.66 peratus sudah keluar mengundi di 12 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, lapor Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 


Yang agak merisaukan ialah laluan di sekitar Kampung Sawah dan Tenang Station di sini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam . 



default

Live dari Tenang : Wanita UMNO berkempen di hari pengundian ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




 Makcik-makcik Wanita UMNO  dalam keadaan hujan ini hendak ke mana agaknya ? Adakah dok pi kempen rumah ke rumah ?  

Puak-puak pencacai blogger  Pakatan pagi ini cuba memfitnah tentera merah UMNO kononnya berkempen di hari pengundian . Yang bodoh dan bangangnya mereka ambil gambar makcik2 ini tengah berjalan menggunakan payung meredah hujan yang lebat .




Mana gambar yang dikatakan mereka berkempen di rumah-rumah Cina ? Gambar dok jalan -jalan macam ini berlambak dalam kempen2 PKR Tenang .

Inilah antara psywar  budak PASTI PAS yang semakin menampakkan kebodohan mereka. 

default

Live dari Tenang : Hujan menyukarkan pengundi keluar awal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Proses pengundian N05 DUN Tenang bermula jam 8.00 pagi di mana semua peti undi telah dibuka kepada 14,511 orang pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih calon samada dari BN Sdr Azahar Ibrahim atau PAS Cikgu Mala .

Hujan lebat pagi ini sejak semalam lagi di Tenang sedikit sebanyak menyukarkan pergerakan pengundi untuk keluar mengundi .

PAS yakin jika hanya 75 % sahaja peratusan pengundi yang keluar , maka mereka mempunyai harapan cerah untuk melakukan kejutan . Manakala BN perlukan peratusan keluar mengundi lebih 80 % bagi memenangi majoriti lebih besar berbanding PRU 12 .

Nantikan keputusan penuh serta laporan terkini PRK Tenang ini .........

default

Pengundi India Taman Orkid sokong calon BN Tok Ai ..

on Saturday, January 29, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

KRT Taman Orkid & MIC Taman Orkid  tekad sokong calon BN , Tok Ai ..


Tok Ai bersama juga bersama Setiausaha Agung MIC yang turun sama berkempen di sini

tentera merah Wanita UMNO terus bekerja keras bagi memenangkan calon BN

300 orang penduduk2 berbilang kaum di KRT Taman Orkid , Labis turun ke majlis 
ramah mesra bersama calon BN


Pengundi India di sini tekad akan kembali sokong BN

saya merayu kepada pengundi2 di KRT Taman Orkid agar esok dapat
mengundi BN seterusnya mendapat majoriti lebih besar






Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.