Wakil rakyat lama perlu berundur

on Monday, December 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

GPB setuju sangat saranan Tun M agar parti Umno perlu meletakkan ramai pemimpin muda pelapis sebagai calon pilihanraya . Kepada pak menteri yang rasa dah lama di atas itu sejak era zaman Tun M , elok lah berundur secara sukarela . Parti ini bukan untuk individu mencari jawatan tapi untuk perjuangkan agama ,bangsa dan negara .


IPOH 5 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, UMNO perlu mencalonkan pelapis muda dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi memberi peluang kepada mereka memegang jawatan dalam parti.


Beliau berkata, wakil rakyat yang sudah berumur perlu berundur secara sukarela bagi memberi ruang kepada golongan muda yang berkebolehan dan berbakat untuk menyandang jawatan dalam UMNO.


"Kita masuk UMNO bukan kita nak dapat jawatan, kita masuk UMNO adalah kerana bangsa, agama dan negara. Yang penting perjuangan perlu diteruskan dan parti menang,” katanya kepada pemberita pada “Wacana Transformasi PBT Melangkah ke Hadapan: Apa kata Tun M” di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.


Ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menghina Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada satu ceramah baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, parti itu tidak mempunyai idea selain mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.


"Perkara itu menjadi kebiasaan kepada pemimpin-pemimpin DAP dengan memaki hamun serta menghina orang lain. Sepatutnya pemimpin tunjuk perkara yang baik dan apa boleh mereka lakukan kepada rakyat,” katanya. – Bernama. 


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps