..

..

Tony Pua hanya pandai fitnah ATM tapi pengecut jumpa Zahid Hamidi !

,
on Friday, December 30, 2011 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempelawa Datuk Zaid Ibrahim untuk ‘duduk semeja’ menjelaskan isu pembelian enam kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Selain Zaid selaku Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) itu, turut dipelawa ialah Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang sebelum ini lantang mempertikai keputusan kerajaan dalam pembelian aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berkata, kedua-dua individu berkenaan perlu tampil bertemu beliau bersama bukti agar mereka serta rakyat tidak mendapat maklumat yang salah mengenai isu berkenaan.

Katanya, Kementerian Pertahanan terbuka untuk menjawab apa jua persoalan termasuk dakwaan Tony Pua yang mengatakan kos membina kapal tempur pesisir pantai (LSC) melambung kepada RM9 bilion daripada RM6 bilion.


‘‘Dari mana dia (Tony Pua) dapat jumlah itu? Dari Dr. Kua Kia Soong (Pengarah Suara Rakyat Malaysia-Suaram)? Dia sepatutnya jumpa saya. Jangan takut dengan saya. Saya bukannya singa atau buaya.


‘‘Begitu juga dengan Zaid. Boleh datang jumpa dan saya akan terangkan,’’ katanya.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.