Nik Aziz mesti marah kenyataan panas terbaru Tun M ini ..

on Wednesday, December 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya segera bersara daripada arena politik memandangkan Menteri Besar Kelantan itu sudah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

"Eloklah dia bersara, saya sendiri telah bersara dan dia lebih lama (berkecimpung dalam politik) daripada saya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz di Kota Bharu, Kelantan semalam yang mengulangi hasrat untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang biarpun telah menjadi wakil rakyat kira-kira 40 tahun.

Hasrat tersebut disebabkan Nik Aziz mahu terus melawan UMNO yang didakwa telah memecahbelahkan rakyat.Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberikan alasan keputusan berkenaan dibuat kerana beliau telah banyak membawa pembangunan dan kemakmuran di Kelantan.

Dalam pada itu, kata Dr. Mahathir, kenyataan Nik Aziz tersebut menunjukkan pemimpin utama Pas tersebut sangat membenci UMNO.

"Bagi dia (Nik Aziz) lebih baik Karpal Singh (Pengerusi DAP) daripada UMNO. Itulah Nik Aziz," ujarnya secara sinis.



*** NIK AZIZ GUNA ALASAN LAWAN UMNO UNTUK TERUS BERKUASA...hahaha


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps