500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
“Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun… dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara… tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.
Komen GPB
Mohd Jeffry ini cakap kenal Anwar Ibrahim sejak 13 tahun .... bila sudah keluar parti , sudah tentu Anwar terus buat tak kenal dan Sam Boroi AMK pulak cakap beliau bukan ahli AMK ..hahaha
Tahniah kepada AMK PKR Hulu Klang ...anda sudah sedaq dari penipuan PKR ini . Tak guna menjadi balaci kepada pemimpin gila kuasa & masalah moral yang kronik ini .





