KR1M : Nurul Izzah mesti terasa gelaran " kemere " oleh Muhkriz

on Monday, December 5, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menggelarkan kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang sebagai “kemere” kerana tidak mempunyai daya usaha untuk membantu rakyat keluar dari tekanan hidup kerana mereka hanya tahu mengkritik.

Katanya ini kerana kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang seharusnya bersama kerajaan pusat menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka tidak bagi buah fikiran cara terbaik untuk diselesaikan pada masa rakyat terbeban dengan bermacam-macam masalah sebaliknya hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh-temeh.

Inilah bezanya pendekatan kerajaan BN dengan parti pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat,” katanya selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ke-15, di Padang Sera, Jerlun, di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata kewujudan KR1M tidak akan membunuh kedai-kedai runcit atau mewujudkan persaingan tidak sihat malah ia membantu pengusahanya mendapat bekalan lebih mudah, harga murah dan keuntungan berpatutan.

Katanya kerajaan mahu mewujudkan satu sistem pengedaran produk berkualiti berharga murah melalui KR1M supaya orang ramai dapat membeli barangan asas pada harga terkawal dan berpatutan dan tidak bertujuan menanggung subsidi harga barangan.

KR1M adalah usaha murni kerajaan BN sebaliknya menjadi amalan pembangkang menjadikannya satu polemik supaya dapat mengkritik dan mempolitikkan apa saja usaha BN walaupun ia dilaksanakan demi kebaikkan rakyat, kata Mukhriz.

Rakyat menerima tempias kenaikan harga barang kesan dari ekonomi dunia yang lembab walaupun ekonomi dalaman negara baik tetapi kerana perkara yang berlaku di luar kawalan seperti kenaikan harga minyak memberi kesan secara langsung,” katanya.

Menurutnya rakyat cukup matang untuk menilai usaha kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.

Mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memberi penekanan setiap produk memenuhi piawaian kesihatan dipatuhi, Mukhriz berkata produk KR1M memenuhi syarat tersebut dengan baik.

“Masalah yang berlaku baru-baru ini hanyalah pelabelan tetapi selepas diletakkan pelekat kita sudah menyelesaikan untuk jangka masa pendek, ini bukan isu kritikal yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” jelasnya.


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps