Sebanyak 42 anggota PAS di Bakau Tua di sini bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan PAS yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.
Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.
Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Kami juga mengambil keputusan keluar dari PAS adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata tindakan mereka itu juga bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.
Komen GPB
Dr Hassan Ali juga menyebut 2 daripada 3 perkara yang dipejuangkan beliau secara peribadi , iaitu agama & bangsa . Hari ini 42 orang ahli PAS hardcore keluar parti kerana demi perjuuangan agama & bangsa juga .
Nampaknya ada persamaan prinsip perjuangan ahli parti peringkat akar umbi dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini . Semakin ramai dah sedar bahawa PAS kini sudah tidak berani lagi pejuangkan agama dan bangsa sendiri dek kerana takut dengan PKR dan DAP lahanat .














pakat2 kita tinggalkan Pas yg semakin terpesong jauh demi puak2 kafir Dap sehingga agama pun sanggup digadaikan...