Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan projek bangunan letak kereta bertingkat-tingkat berharga RM5 juta yang terletak di kaki Bukit Bendera, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Dr Yen Yen, yang menyuarakan kekecewaannya, menuntut jawapan daripada Guan Eng, selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), agensi yang bertanggungjawab menguruskan projek itu yang dibiayai kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan.
"Jika mereka tidak boleh membina tempat letak kereta, apa lagi yang mereka boleh lakukan?”
Dr Yen Yen berkata, Guan Eng mesti memberi jawapan dan menegaskan bahawa peletakan jawatan seorang atau dua orang berhubung perkara itu tidak memadai.
Pada Sabtu lalu, Guan Eng dilaporkan berkata, tempat letak kereta bertingkat-tingkat itu akan dirobohkan, direka semula dan dibina semula seperti yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.
Projek itu yang disiapkan pada Mac lepas, gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang kerana rekaannya yang lemah.
Komen GPB
Nak Roboh !! ..syarikat di bawah kerajaan DAP sendiri yang bina, lepas itu bila ada masalah terus nak roboh .
Woi apek ??? Itu bukan duit kerajaan negeri , tapi duit kerajaan Pusat . Suka hati mak bapak dia terus nak roboh projek yang dianugerahkan kerajaan Pusat kepada PDC untuk membina. Sepatutnya PDC & Guan Eng perlu bertanggungjawab di atas kegagalan projek jutaan ringgit ini .
SATU LAGI PROJEK DAP YANG MERUGIKAN RAKYAT P.PINANG !






