Rakyat Pulau Pinang yang marah kepada DAP negeri, tengah hari tadi telah menyerahkan empat ketul 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan 'tahi manusia' tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.
"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya
Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'pondan' kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.
Tidak cukup dengan itu katanya, 'tahi manusia' berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
"Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah ('tahi manusia') sebegitu.
"Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu ('tahi manusia') dia (Guan Eng) tak terima," ujar beliau.














sori to say lah.. saya org UMNO, saya malu lah dengan tindakan macam ni.. saya berpendapat, cara begini boleh membuatkan orang bertambah jauh dengan UMNO.. Kita di bawah bertungkus lumus nak tarik orang sokong UMNO, yang mamak sekor ni nak pergi jahanamkan usaha ahli2 peringkat akar umbi. Please lah, if DAP guna taktik kotor sekalipun, tak perlu kita pun nak guna taktik kotor (tahi).. memalukan... sebab majoriti pilih pembangkang, apa kita nak buat.. kalo kita pun guna taktik kotor (tahi), boleh ke kita fikir yang kita akan menang?? saya tak rasa yg kita UMNO akan menang.. Tolonglah...