Dilema Najib: Winnable candidate VS sabotaj dalam parti - Siri 1

on Wednesday, December 7, 2011 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Selepas tamat persidangan Agung UMNO , semua perwakilan UMNO hingga ke pemimpin tertinggi parti telah ber "baiah"  bahawa tidak akan mensabotaj calon yang dipilih parti pada PRU 13 akan datang . Pemuda , Wanita dan Puteri telah berikrar akan menyokong siapa saja calon yang dipilih demi survival parti dalam pilihanraya paling getir dalam sejarah .



Perwakilan P.Pinang , Datuk Musa Sheikh Fadzir semasa ucapan menyokong usul terima kasih ucapan dasar Presiden ,  beliau telah membangkitkan isu sabotaj dalam parti oleh segelintir pengkhianat  dalam UMNO ini semasa PRU 12 .  Mereka ini juga menurut beliau  akan kita berdepan semasa PRU 13 akan datang .


Malah perwakilan Wilayah Persekutuan juga cadangkan agar Lembaga Disiplin parti  diwujudkan semasa PRU bagi kenalpasti ahli /pemimpin  yang cuba sabotaj calon parti semasa kempen . Persoalannya , adakah ia  akan berkesan bagi hapuskan unsur sabotaj dalam parti ini bagi memenangkan calon Winnable Candidate parti ?

GPB yakin DS Najib , TS Muhyiddin ,termasuk Ku Nan tentu dalam dilema bagi memilih calon Winnable Cndidate untuk UMNO dan BN . Mereka ini telah merasai betapa peritnya PRU 12 lalu dan melihat bagaimana calon parti disabotaj ahli .

Semasa PAU 2011 ,Panglima Perang termuda parti  Khairy Jamaluddin  juga telah   bangkitkan semasa ucapan penggulungannya bahawa calon Winnable Candidate perlu juga disokong jentera parti sendiri . Ya ! Ini merupakan faktor penting dan jika calon tidak disokong jentera, bagaimana hendak pergi berperang !


GPB ingin mengimbau kembali saat sabotaj calon  dalam parti UMNO  ketika peristiwa hitam PRU 12 yang mana kita hilang kuasa di 5 buah negeri .  Pak Lah masa itu sebagai pemimpin  gagal dan tidak dihormati jentera partinya sendiri .  Kita harap tidak berlaku lagi di zaman Najib di mana kita berperang untuk survival Melayu dari hilang kuasa di Putrajaya !




Bekas MB Perlis , DSK terpaksa menangguhkan pengumuman calon ke keesokan harinya disebabkan masalah sabotaj dikalangan penyokong wakil rakyat masing2  . Di tambah lagi ketika itu ramai AJK Bahagian terutama bahagian Arau yang mana ramai telah  meletakkan jawatan disebabkan tak puas hati calon dicadangkan bahagian tidak diberi perhatian .

Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini kerana beliau kesuntukan masa untuk mengumumkannya hari ini disebabkan terdapat 'sedikit masalah teknikal'.


"Memang sepatutnya saya umum hari ini tetapi ada sedikit masalah teknikal, jadi saya terpaksa tangguhkan pagi esok yang akan diadakan kira-kira pukul 9 pagi di Dewan 2020 di Kangar," katanya ketika dihubungi semasa dalam perjalanan pulang ke Kangar dari Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, penangguhan dibuat kerana beliau juga perlu berjumpa dengan semua pemimpin dan ahli UMNO negeri terlebih dahulu.


"Saya perlu berjumpa dengan semua ahli UMNO di ketiga-tiga bahagian di Perlis untuk meminta mereka menarik semula peletakan jawatan masing-masing yang dibuat pagi ini.


"Saya perlu jumpa dan bercakap dengan mereka kerana mereka ini orang penting di bahagian masing-masing dan tidak sepatutnya meletak jawatan," katanya.


Shahidan merujuk kepada kira-kira 60 ahli jawatankuasa (AJK) UMNO, sebahagian besarnya dari bahagian Arau yang menyerahkan surat peletakan jawatan dalam parti kepada beliau, Presiden UMNO dan Setiausaha Agung UMNO hari ini.


Peletakan jawatan itu dibuat selepas terdapat spekulasi bahawa Shahidan tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kali ini yang boleh menyebabkannya kehilangan jawatan Menteri Besar.


Beberapa AJK Bahagian dari Kangar dan Padang Besar turut meletak jawatan. Keputusan itu dibuat kira-kira pukul 4 pagi ini di kediaman rasmi Menteri Besar.


Idris Jusoh hadapi masalah bantahan oleh penyokong2 wakil rakyat yang tidak 
dicalon parti semasa PRU 12. Setiap hari kediaman rasmi beliau siri bantahan
diadakah hingga hari mengumumkan senarai calon 



Lebih 50 penyokong penyandang kerusi DUN Batu Maung, Ir Mansor Musa, dan anggota parlimen Bayan Baru, Datuk Wong Kam Hoong, secara terbuka menaikkan sepanduk berdemonstrasi di kompleks PISA, Pulau Pinang, untuk merayu Abdullah mengubah keputusannya .Natijahnya Norman Zahalan menggantikan Mansor, sementara calon baru Ooi Siew Kim menggantikan Wong  kalah kepada calon PKR iaitu Malik Kassim dan DS Zahrain Hashim



Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga timbalan pengerusi BN, telah  berpesan kepada penyokong-penyokong agar tidak mensabotaj kempen pilihanraya calon-calon parti itu jika wakil rakyat mereka digugurkan kali ini.

"Itu dah melangar disiplin parti.


"Kalau setakat merayu dia pergi rumah Menteri Besar, atau cari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, itu biasa, tapi kalau sampai dah sabotaj itu maknanya dia dah melampaui batas dan tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka."


GPB harap Najib & pimpinan tertinggi BN  dapat kenalpasti dulu puak2 yang nak sabotaj parti ini dulu. Ini lah perosak dan pengkhianat sebenar yang nak melingkup parti untuk kepentingan diri .  Kita tidak mahu tragedi hitam ini yang sudah  kena kepada Pak Lah dan barisan kepimpinan parti di negeri  berlaku lagi di PRU 13 .



Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps